"Hello?" Aku menjawab panggilan telefonku itu.
"Apa?! Ya Allah, macam mana boleh jadi macam tu ibu? Ok macam ni lah, nanti nia balik ye.." Aku menjadi cemas selepas mendengar berita dari ibuku yang mengatakan bahawa ayah terjatuh di dalam bilik air.
"Arash, saya kena balik kampung saya sekarang ni jugak. Awak, hantarkan saya ke rumah sekarang ye?" Pintaku. Arash yang dari tadi hanya memandangku terus mengangguk setuju untuk menghantarku pulang ke rumah untuk mengemas barang.
Aku menghantar pesanan ringkas kepada Imanina untuk meminjam keretanya untuk dibawa pulang ke kampung. Aku memang tidak mahu menyusahkan Imanina, tetapi kali ini aku betul betul terpaksa meminta bantuannya.
Satu mesej sampai kepadaku. Pasti mesej ini daripada Imanina.
From: Imanina Gedik
Hah kereta rosak? Rania, aku betul betul minta maaf. Aku kena pergi kursus dekat Johor esok, kau lupa ke? Aku memang nak sangat tolong kau, tapi aku tak boleh.. Habistu macam mana ni?Aku mengeluh. Aku lupa apa yang diberitahu Imanina kelmarin. Dia memang sudah beritahuku bahawa dia akan ke Johor untuk menghadiri kursus. Aku perasan yang Arash sempat mengerling ke arahku sebelum menyambung pemanduannya.
To: Imanina Gedik
Hmm tu la, tiba tiba je buat hal. Haah la, aku lupa pulak yang kau kena pergi Johor. Takpe la kalau macam tu, aku cari bas ataupun train je lah kejap lagi. Kau jangan risau k?
Imanina sempat mengirim salam kepada kedua ibu bapaku. Hm, nampaknya terpaksalah aku naik bas untuk ke Melaka. Kenapalah masa ni jugaklah kereta nak rosak? Kenapa tak lain kali je? Bentakku dalam hati.
Arash berdehem.
"Nanti balik sana nak naik apa?" Soalnya.
"Naik bas la kot." Jawabku tiada mood. Dalam kepalaku sekarang sudah mengatur apa yang akan aku lakukan selepas sampai di rumah. Pertama, kemas barang yang perlu di bawa. Kedua, call teksi untuk ke terminal bas.
Dia mengangguk.
"Kampung awak jauh ke? Dekat mana?" Soalnya lagi. Eh, mulut dia ni memang tak reti duduk diam eh? Tak penat ke asyik tanya tanya orang? Aku membebel di dalam hati. Penat juga mahu membalas semua pertanyaannya itu.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance