Doktor Arash terus berlalu pergi tanpa berpaling ke arah aku lagi. Dahiku berkerut seribu apabila melihat wajahnya yang terkejut, teruja dan terus berlalu pergi itu. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Lalu, aku memandang ke arah Safiyyah. Safiyyah mengangkat bahunya, tanda tidak faham juga dengan situasi itu.
Ah, abaikan.
Setelah lama menunggu, akhirnya kedua ibu bapa Aina sampai juga. Aku meminta diri untuk kembali ke sekolah. Aku toleh ke arah jam tanganku, sudah pukul satu lebih. Selepas menemani Safiyyah mengambil beg sekolahnya, aku terus menghantarnya pulang kerana basnya sudah meninggalkannya. Nasib baik hari ni tiada kelas tambahan, kalau tidak...
"Safiyyah, tak nak lunch dulu ke dengan cikgu? Cikgu belanja." Soalku. Rasa bersalah sebab menyusahkan safiyyah. Agak agak, ibu safiyyah risau tak yang safiyyah ni tak balik lagi?
"Eh tak payah susah susah la cikgu.. Ibu dah masak kat rumah, so saya makan di rumah je.." Jawab safiyyah. Aku sekadar mengangguk dan tersenyum. Di dalam otakku sekarang sudah tergambar pelbagai teddy bear yang aku peluk untuk tidur. Lagi lagi katil dan selimut! Aww, I really need you blankie (blanket).
***
Sedar sedar sahaja jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Sebaik selesai makan Maggi cup untuk alas perut, aku terus ke katil dan menarik blankie. Tahu tahu sahaja sudah terlena, penat betul hari ni. Solat? No, hari ni aku cuti.
Selepas bangun tidur tu, aku ke dapur untuk memasak. Masak ala kadar je. Tiba tiba pula tekak aku teringin nak makan nasi goreng kampung dekat kedai Thai tu. Nak masak sendiri, lansung tak sama rasanya. Masak dicancelkan.
Handphoneku diambil. Nombor Imanina ditekan.
"Imanina, balik nanti beli nasi goreng kampung untuk aku tau. Aku tak masak. Tiba tiba pulak mengidam nasi goreng kampung kedai Thai tu.." Arahku. Dah alang alang dia nak balik nanti lalu kedai tu, so apa lagi?
"Hm ye lah.. Macam macam lah kau ni, mengidam konon. Puih!" Kedengaran Imanina ketawa sambil menjawab arahanku dan terus meletakkannya. Woi, aku tak habis cakap lagi la!
Sambil ada masa yang terluang ni, aku luangkan masaku dengan menanda buku latihan pelajarku. Well, itu dah jadi rutin harianku. Kira benda ni dah jadi kewajipan harianku. Berpusing pusing mataku tatkala membaca semua jawapan yang diberikan pelajar. Ah stress!!
"Assalamualaikum!" Salam diberi oleh Imanina. Kakiku melangkah laju ke arah pintu untuk menyambutnya pulang. Macam isteri mithali kan? Kahkah. Aku menyambut kepulangannya dengan begitu ramah dan mesra.
"Abang, akhirnya sampai juga.. Penat baby tunggu tau?" Acahku saja menyakat dia. Imanina membuat muka, yang macam- nak teran berak tu. Macam suga selalu buat tu, aww kyeopta! "Oh my gawd please, aku bukan lesbo okay." Kata imanina lalu terus ke biliknya. Aku terus mengajuk ajuk kata katanya. Eh kejap, macam ada je yang kurang.. Nasi mana nasi? Nasi, where are going baby?
"Imanina! Jangan cakap yang kau lupa nak beli nasi goreng kampung aku tu?" Kataku separa menjerit. Aku mengekorinya dari belakang. Imanina terus berubah muka, tiba tiba dia mengetuk kepalanya.
"Aku lupa!"
"What the... Weh serious aku mengidam benda tu, sampai hati kau lupa.." Muncungku sudah memanjang beberapa inci. Hmm, nampaknya malam ni kena masaklah jugak. Baik aku masak terus tadi, nanti boleh relax dah. Aku mengeluh hampa.
"Nasi tu tak kemana pun lah, ada dalam kereta aku. Aku lupa nak ambik tadi. Wah, seronok jugak eh kenakan orang.. Patut la kau suka kenakan aku, rupanya memang seronok, benda ni patut jadi hobi baru aku jugak," mataku terus bersinar kembali. Aku terus mengambil kunci kereta Imanina di atas rak kunci dan terus mengambil nasi itu.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance