41

21.8K 523 135
                                        

Beberapa acara sudahpun berjaya dilangsungkan dan satu acara lagi yang akan berlansung sebelum tamatnya majlis ini. Keadaan di dalam dewan ini masih lagi aktif dengan suara suara yang bercakap.

Sedang aku berbual bersama sama dengan Mya, Intan, Mimi, Ain dan Ika, seluruh lampu di dalam dewan ini dengan tiba tibanya terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita. Tiada apa yang aku lihat buat masa ini. Dan dewan ini mula bising dengan pertanyaan pertanyaan dari para hadirin yang lain.

Tanganku digerakkan diudara untuk mencari rakanku yang lain. Namun hampa, aku tidak berjaya mencari mereka.

"Mya?"

Tiada sahutan.

"Intan!!" Jeritku perlahan. Tangan masih lagi mencari Cari mereka.

"Mimi, ika!!"

Tiada sahutan. Apa yang aku dengar hanya lah suara suara yang lain.

"Weh Ain!! Dengar tak?"

Dan memang tiada.

Ah! Kemana mereka semua pergi?

Tiba tiba tanganku ditarik seseorang. Tapak tangannya dapat aku rasa, ianya lembut. Bermakna seseorang yang menarikku ini adalah perempuan dan bukannya lelaki.

"Hey, nak pergi mana ni?" Soalku sambil sambil cuba melepaskan pautannya. Takut juga kalau kalau perempuan ni nak culik aku ke. Ye lah, zaman sekarang tiada apa yang boleh dipercayai. Tanganku terus ditarik menuju ke hadapan.

Tangan yang menarikku itu menaiki satu per satu anak tangga. Dengan gelabahnya aku membuka beg tanganku dan mencari cari telefon pintar untuk mengeluarkan cahaya. Tapi malangnya apabila aku susah untuk mencapai telefon pintar itu apabila sebelah tanganku ditarik manakala kaki pula sibuk berjalan mengikut langkah seseorang yang menarikku itu.

Dan selepas 4 tangga yang berjaya dinaiki, aku berhenti apabila dia pun berhenti. Tak lama selepas itu, dia perlahan lahan melepaskan pergelanganku. Aku menggosok gosok pergelangan tanganku yang sedikit sakit itu.

Cahaya mula kelihatan tatkala aku sedang memerhatikan keadaan di sekeliling. Cahaya dari lampu spotlight itu membuatkan aku sedar bahawa aku kini berada di atas pentas.

Dan di atas pentas itu terlihat seseorang yang aku amat kenali. Lampu itu betul betul menghala kearahnya yang sedang duduk di atas pentas sambil jari jarinya menari di atas piano.

Seketika itu, dia berdiri. Pandangannya menuju ke arah aku yang berada di sudut pentas. Aku hanya berdiri kaku. Kenapa Arash berada di sini?

Perlahan lahan suatu alunan muzik yang amat aku kenali bergema di satu dewan itu sebelum dia menyanyi lagu itu.

🎶 I want to breathe, I hate this night
I want to wake up, I hate this dream
I'm trapped inside of myself and I'm dead
Don't wanna be lonely
Just wanna be yours

Why is it so dark where you're not here
It's dangerous how wrecked I am
Save me because I can't get a grip on myself

Listen to my heartbeat
It calls you whenever it wants to
Because within this pitch black darkness
You are shining so brightly

Give me your hand save me save me
I need your love before I fall, fall
Give me your hand save me save me
I need your love before I fall, fall

Give me your hand save me save me
Give me your hand save me save me

Save me, save me

Please Be Mine, Sayang.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang