"Arash, ni bilik untuk Arash rehat ye. Maaflah, kalau ada yang kurang.." Ujar ibu sambil menepuk lembut bahu Arash.
"Eh takpe makcik, ni pun dah lebih dari okay. Terima kasih ye makcik sebab sudi tumpangkan saya kat sini," balasnya dengan senyuman tak lekang dari bibir. Tak lenguh ke? Ibu hanya mengangguk dan senyum juga.
Aku pula?
Masih berada di sebelah ibu, dan masih lagi terpaku dan terkejut dengan sikap drastik ibu ini. Biasanya, kalau kawan aku nak overnight bersama sama di rumah pun dia tidak benarkan, tetapi kali ini kenapa lain?
Walaupun hati aku sedikit gembira dengan kedatangannya, namun perasaan gusar itu tetap tetap ada di hati. Eh gembira? Aku cakap gembira ke? Tak kan? Mungkin salah cakap.
Aku mengekori ibu sampai ke dapur. Kemudian aku menarik tangannya dan menyuruhnya duduk. Tanpa bantahan, ibu terus duduk di meja makan sambil memandangku.
"Ibu! kenapa tak biarkan dia tidur hotel je? Bahaya tau tak? Sudah lah ayah dengan Raiqal tiada di rumah. Dibuatnya kalau Arash tu jahat dekat kita macam mana ibu?" Kataku separuh berbisik. Nak cakap kuat karang, takut ada yang terdengar.
"Hisy nia ni apa cakap macam tu! Kata kata tu adalah doa tau tak?" Ibu memukul pehaku sedikit kuat serentak aku menutup mulutku dengan kedua dua tanganku. Kata kata itu adalah doa? Aku memukul mulutku yang sedikit celupar ini. Haih, minta simpang!
"Bukan macam tu maksud nia, ye lah kita kan tak kenal dia.. Risau lah juga nia KALAU apa apa terjadi kan. Lagipun kita dua ni perempuan ibu,"
"InsyaAllah dia seorang yang baik. Buktinya, dari Kuala Lumpur sampai sini, nia selamat je. Dia langsung tak ambil kesempatan ke atas diri nia kan?" Ibu masih lagi membela Arash. Aku hanya mengangguk kecil.
"Biar lah... Lagipun hari dah malam kan, kesian juga dekat Arash, penat dia bawa nia balik rumah.. Ibu pun pelik juga dengan diri sendiri, tiba tiba je ibu bagi dia tumpang kat sini. Cara dia jaga nia, nampak ikhlas sangat. Mungkin sebab itu ibu benarkan dia bermalam di sini.." Ujar ibu lembut.
Di dapur itu, aku menceritakan semua kepada ibu sambil menolong ibu memasak. Dari detik pertama perjumpaan aku bersama Arash hinggalaj hari ini. Entah kenapa, setiap kali aku sebut namanya, hatiku berbunga bunga. Macam macam jenis bunga yang ada di dalam hatiku sekarang.
Merepek kan?
Sesudah siap menolong ibu, aku meminta diri untuk mandi seketika. Dalam pada aku berjalan untuk ke bilik aku, aku terdengar suara Arash yang sedang membaca doa. Ya, dia membaca doa untuk kebahagiaan kedua ibu bapa mereka dan beberapa perkara lagi yang tidak dapat didengar dengan jelas. Hatiku sedikit tergugat apabila mendengar dia membaca beberapa potong doa itu. Oh my god, cair mak.
Oleh sebab bilik aku dengan bilik Arash bersebelahan, maka aku terpaksa mengunci pintu bilikku. Bukan apa, rasa macam tidak selesa untuk berkemban kalau ada lelaki di dalam rumah ini. Kadang kadang kalau ada Raiqal, selamba badak dia terjah bilik aku semata mata nak pinjam charger. Geram betul! Kalau di rumah aku dengan Imanina, selamba bapak kitaorang je berkemban di ruang tamu dengan rasa tidak malunya.
Aku keluar ke dapur semula untuk pergi ke bilik air. Bilik air di rumah ini ada 3 iaitu di dapur, di bilikku dan juga bilik ibu ayah. Tapi malangnya di bilikku tiada air pancuran. Jadi, aku lebih gemar mandi di bilik air yang ada di dapur kerana ada air pancuran tu.
Selesai membersihkan diri, aku keluar untuk ke bilik. Dan— what the hell? Kenapa Arash ada di dapur!! Dengan keadaan aku yang hanya mengenakan kain batik yang menutup dada hingga ke paras lutut itu, disertakan dengan tuala yang menutup bahu itu, aku rasa macam nak nangis!
Arash memandangku dari atas kebawah tanpa mengelip mata. Tuala yang menutup bahu itu ditarik lagi untuk menutup dada yang terdedah sebelum aku melarikan diri sampai nak terlicin sebab tak sempat nak lap kaki. Nasib tak jatuh, weh!
Tak aku sangka pula yang dia akan keluar ke dapur. Aku fikir, dia akan berehat di bilik lebih lama. Aku menarik rambutku sendiri melepaskan geram. Kalau lah aku mandi di bilik ni, benda ni tak akan jadi!
Tu la mengada, hanya disebabkan bilik ni tiada air pancuran kau pergi mandi di bilik air sana. Nah, padan muka kau nia!! Jeritku di dalam hati.
Ya Allah!! malunya
Kalau boleh, aku tak nak langsung berdepan dengannya sampai bila bila. Rasa macam nak suruh ibu halau je Arash ni. Aku tak sanggup nak berdepan dengan dia!
"Nia, sini turun makan!" Jerit ibu dari dapur. Tanpa melengahkan masa, aku terus menyambar tudung sarung dan terus memakainya. Huh, duduk di rumah sendiri pun kena menutup aurat. Ni sebab kau la Arash!
Sebelum menjejakkan kaki ke dapur, aku sempat mengintai di dapur. Takut takut ada muka si Arash tu. Line clear! Dia takde, so aku bebas makan tanpa rasa malu. Aku tergelak setan di dalam hati.
"Nia, tolong ibu panggilkan Arash keluar makan. Ibu nak jawab panggilan tu, ada orang call." Kata ibu lalu pergi ke ruang tamu untuk bercakap dengan siapa entah.
Aku yang sedang galak ketawa setan di dalam hati itu terus memberhentikan acara bodoh itu. Kenapa harus aku yang memanggilnya? Kenapa perkara ini terjadi?
Aku mengekori ibu ke ruang tamu.
"Ibu je lah yang pergi panggil Arash tau? Nia nak pergi ke bilik air sekejap," Pintaku dengan nada yang perlahan. Ibu yang sedang bercakap di telefon menjenggilkan matanya dan mengangkat tangan dan menghalauku untuk memanggil Arash. Hisy, garang betul. Aku mencebik, nampaknya plan tak menjadi. Terpaksa lah panggil juga dia.
Di depan pintu bilik itu, aku berdoa. Aku berkira kira untuk ketuk ataupun tidak. Okay, aku terpaksa memanggilnya untuk turun makan. Kalau tidak, habis dibebel oleh ibu.
Tanganku diangkat di permukaan pintu untuk mengetuk pintu itu. Belum sempat pintu itu diketuk, orang di dalam sudah membukanya. Terkejut aku. Aku menggaru leher belakangku untuk cover malu.
"Eh?" Ternyata dia juga terkejut apabila melihat aku di depan biliknya itu.
"Err ibu panggil makan. Kalau awak dah siap, boleh la turun makan malam," kataku. Mataku langsung tidak memandang ke arahnya. Hanya memandang lantai marmar di bawah itu. Lalu, cepat cepat aku membuka langkah ke dapur.
"Ibu, nia rasa tak lapar lah. Ibu makan dengan Arash je lah ye?" Entah mengapa, aku betul betul tak selesa dengan keadan selepas kejadian itu terjadi.
Arash yang ada di meja makan terus mengangkat mukanya memandang ke arah aku. Mukanya sedikit serba salah.
"Eh kenapa pulak? Tadi beria sangat suruh ibu masak semua ni. Penat penat ibu masak, nia tak nak makan pula.." Kata ibu dengan nada yang sedikit sedih.
Hey, siapa yang taknak rasa masakan ibu yang super duper sedap tu? Berjuta kali rindu aku pada masakan ibu. Tapi, disebabkan kejadian tadi, aku terpaksa menahan laparku ini.
"Rania, betul cakap makcik tu.. Walaupun awak tak lapar, at least makan la sikit nasi ni. Nanti sakit perut susah pula makcik nanti," katanya yang dari tadi mendiamkan diri. Ibu mengangguk beberapa kali menyokong kata Arash itu.
"Ataupun awak tak selesa sebab saya ada kat sini? Takpe, saya boleh makan dekat ruang tamu. Yang penting, awak kena makan okay?" Katanya lembut. Oh god, please. Dia membuatkan aku seperti ais krim yang berada di tengah cahaya matahari yang terik. Cair.
"Eh bukan macam tu, bukan! Takpe takpe, awak makan je kat sini dan saya akan makan juga. Tiba tiba rasa lapar pula tengok masakan ibu ni.." Aku menghalangnya dari bangun. Ibu yang melihat tingkah laku ku itu hanya mampu menggeleng.
Arash juga hanya tersenyum.*******
30 Apr
01:20
Sat
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance