"Siapa kau? Macam mana boleh masuk wad ni?" Soalnya lagi dengan memandangku pelik. Mukanya kini seperti singa jantan yang sedang bergaduh, tunggu nak mengaum sahaja lagi.
Aku hanya terdiam tidak berputik.
Pecah, remuk, hancur berderai dan retak hati aku apabila soalan itu terpancul keluar dari mulutnya itu. Apakah ini cuma mimpi? Apakah ini cuma halusinasi aku? Ataupun, aku salah dengar?
Okay he must be kidding me.
"Awak tak main main kan Arash?" Soalku kepadanya.
Dahinya berkerut seribu apabila mendengar soalan aku.
"Main main? Main main apa ni?" Ketawanya sinis sekali.
"Oh ya, awak nurse kan? Kalau macam tu, boleh lah call family ak— saya. Lagi satu, bila saya boleh keluar? And berapa lama saya duduk kat sini?" Soalanku berbalas balik dengan soalannya. Aku terkedu dan terdiam seribu bahasa.
"Bu— bukan! Saya Rania, Arash. Tolong lah, takkan awak langsung tak kenal saya? Cuba ingat balik Arash, ingat!" Aku mendesaknya.
"Merepek apa ni?"
"Ya Allah.." Hanya perkataan itu yang dapat keluar dari mulutku.
Air mata yang sudah hilang tadi kembali menjenguk ditubir mata sebelum menitis ke pipiku. Nampaknya, Arash memang sudah lupakan aku.
Kenapa mesti terjadi kepada aku?
Oleh kerana terlalu sebak dan sedih, aku terus memusingkan badanku untuk keluar dari wad ini. Buat apa kenangkan orang yang sudah melupakan kita?
"Princess, come here."
Perkataan itu membuatku toleh kebelakang semula.
"Jangan lah menangis, I was kidding!!" Katanya lalu ketawa mengekek seperti mengejek aku.
"Awak cakap dengan saya ke?" Soalku meminta kepastian darinya. Takut tersalah dengar. Jantungku juga masih lagi tidak stabil. Mungkin kau bermimpi Rania?
"Ya Rania Auleea. And not, you're not in your nightmare. You're in reality."
Mataku tertumpu kepada rambutnya dengan perasaan amarah yang membuak buak. Dadaku naik turun naik turun menahan amarahku yang sudah menggelegak ini.
Tak semena mena, rambutnya menjadi mangsa tarikan aku dengan kuatnya. Biar dia rasakan apa yang aku rasakan seketika tadi. Sakit bukan?
"Auch sakit!"
Segera aku berhenti mengerjakannya.
"Ya Allah sorry, sorry. Sakit kat mana?" Tanyaku gelabah.
"Kidding." Tangannya membuat peace sign.
Lagi sekali. Aku terkena.
Kurang asam jawa betul.
"Sampai hati kan?" Kataku dengan nada mengendur. Sebenarnya aku masih lagi terkejut dengan situasi ini. Air mata yang hampir kering itu aku lap. Hatiku sedikit tenang sekarang. Syukur, Ya Allah.
"Alah tak mau la merajuk. Saja je nak lepaskan rindu. Kan kita dah lama tak jumpa?" Pujuknya.
"Perlu ke buat macam tu? Nak sangat ke hilang ingatan betul betul? Nak sangat ye lupakan saya? Awak tau tak Arash, awak buat saya risau sangat sangat."
"Jangan la fikir macam tu sayang. Saya ingat cara macam ni dapat gembirakan awak sebab benda ni macam surprise kan? Mula mula saya buat buat tak kenal, then pap! Tiba tiba saya kenal awak pulak. Haa kan surprise tu?" Terangnya panjang lebar.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomantizmHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance