Sebelum maghrib lagi aku sudah sampai di sini. Aku terbaring di atas katil sambil merenung ke arah kipas yang berputar di atas siling bilikku. Aku mengeluh. Entah mengapa, setelah sampai aje ke rumah, semuanya terus lain dan tidak seperti hari hari yang sebelumnya. Suasana rumah ini juga kelihatan muram.
Mungkin sebab aku rindukan Imanina?
Selesai sahaja membersihkan diri dan menunaikan solat, aku terus mempersiapkan baju untuk dipakai esok. Dan selepas itu, aku akan terus masuk tidur kerana badan terasa amat letih.
Yelah, dari semalam sampai ke hari ini aku langsung tak berehat.Lampu bilik ditutup.
Ting!
Terdengar sahaja message WhatsApp masuk, mata aku terus terbuka. Ahh, terlupa nak tutup data connection lagi. Alang alang sudah membuka phone ini, aku memutuskan untuk membaca setiap message WhatsApp yang masuk. Aku baca sehingga sampai ke message yang terakhir sekali.
▶ SMKMYG's batch 07- 09 Reunion
Harap maklum, SMKMYG's batch 07- 09 Reunion akan bertukar waktu. Waktu yang sebenar iaitu pada pukul 2:30 petang akan ditukarkan kepada pukul 8:00 malam. Maaf segala atas kesulitan ini, sekian terima kasih.Aku mengeluh. Kalau aku tahu majlis ni terpaksa ditukarkan waktu, tak ada lah aku pulang seawal semalam. Sekurang kurangnya aku boleh duduk berkepit dengan Imanina lagi. Dalam pada masa yang sama, hati aku berasa sedikit lega kerana esok boleh la aku tidur sepuas puasnya!
***
Bunyi lagu I need U itu membangunkan aku dari lena yang indah. Mataku berkelip beberapa kali menahan cahaya matahari yang memancar ke arah mata aku. Ah, sungguh silau!
"Hello." Jawabku ringkas.
"Hello princess. Baru bangun ke? Ya Allah dah pukul berapa ni?" Mendengar sahaja suaranya itu aku sudah tahu siapa orangnya. Lalu pantas aku melihat kearah jam dinding yang terletak di dinding itu. Jam menunjukkan sudah pukul 1:20 tengah hari. MasyaAllah.
Aku membetulkan suara.
"Eh taklah, dah lama bangun. Cuma tertidur masa tengok tv. Kenapa call ni Arash?" Bohongku menutup malu. Lelaki boleh bangun awal, kenapa kita sebagai perempuan tidak boleh?
"Ye la tu... Hmm tak ada apa, saja rindu. Jom kita keluar nak tak? Lagipun kan, dah lama kita tak keluar sama sama kan? "
"Ala, saya ingat nak rehat la hari ni. Badan ni penat sangat sangat. Malam ni pula nak kena pergi nak pergi majlis reunion tu lagi. Lain kali ye?" Aku menolaknya lembut.
"Oh hampir terlupa pula pasal reunion awak tu. So maksudnya majlis tu akan diadakan malam ni la? Hmm tak apa lah kalau macam tu, awak rehat aje lah.." Balasnya. Aku mencebik kerana dia seperti tidak mengambil tahu tentang perkara sebegini. Perkara macam ni dia boleh lupa?
![](https://img.wattpad.com/cover/66208337-288-k260836.jpg)
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance