37

14.2K 452 14
                                    

"Happy memanjang nampak?" Tegur Imanina yang datang lalu duduk di sebelahku di atas sofa sambil meminum kopinya. Aku tersenyum lagi. Penyakit senyum tak henti henti ini merebak   merebak sejak pulang dari hospital petang tadi.

Tapi yang peliknya, aku langsung tiada rasa lenguh walaupun dari petang tadi tersenyum. Hm, itulah yang dinamakan kesan magis cinta.

"Kau nak tahu tak, ku happy sangat hari ni Imanina.." Kataku dengan mata masih lagi melekat pada kdrama yang bertajuk Legend Of The Blue Sea itu.

"Kenapa? Sebab Lee Min Ho kau tu ada dalam cerita ni ke?" Soalnya lagi. Mengangguk pun tidak, menjawab pun tidak. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Habistu kenapa? Oh, sebab kau dah siap tandakan semua quiz untuk budak spm eh?" Mulutnya masih sibuk berbicara. Hish, nak fokus pada drama pun susah!

"Tak lah, semua jawapan kau salah! Okay disebabkan aku malas nak dengar mulut kau yang sibuk bertanya dari tadi sampai aku hilang fokus pada Lee min ho ni, aku bagitau kau jawapan ya,"

Aku menarik nafas sedalam dalamnya sebelum,

"Jawapannya, Arash dah sedar weh!!" Jawabku teruja mengalahkan anak kecil yang mendapat gula gula lolipop.

"Eh betul ke ni? Alhamdulillah lah kalau dia dah sedar. At least, aku dapat tengok muka ceria kau lagi. Dan, tak ada lah risau sangat aku bila aku nak tinggalkan kau nanti."

"Hish kau ni! Kalau kau tak duduk sini dah nanti, bukannya Arash boleh gantikan tempat kau pun!" Protesku.

"Tiada yang mustahil kalau kau dah kahwin dengan dia." Jawabnya selamba sambil mengunyah roti kosong.

"Kahwin, kahwin, kahwin je kau tahu kan? Aku tak ready lagi lah. Aku dengan Arash pun still lagi dalam fasa kenal hati budi masing masing. Kalau terlalu cepat nanti, tak menjadi apa juga kalau tak tahu hati dia yang sebenar." Jawabku.

"Kan boleh bercinta selepas nikah?"

Aku membuat poker face. Dia ni memang nak menang aje, sama dengan Arash. Cuba bagi chance untuk aku menang pula kali ni. Lalu aku menayangkan penumbukku kepadanya.

"Eh dia ni. Suka hati aku lah nak kahwin bila. Tahun depan ke lusa ke esok ke. Yang kau terlebih excited kenapa?"

Imanina hanya menayang giginya kepadaku.

"Aku tak sabar nak tengok kau pakai gaun pengantin nanti. Lepastu, aku ingat nak mengandung sama sama." Katanya dengan masih menayangkan giginya itu.

Aku ketawa setelah mendengar jawapannya itu. Ada pula dia fikir jauh sampai ke situ? Boleh pula dia nak aku dengan dia mengandung sama sama? Weh, itu memang mustahil lah! Takkan setiap kali nak 'tidur' kena bagitahu antara satu sama lain? Oh my, memang tak lah.

"Aku nak puji kau ni Imanina. Kau punya imaginasi tu memang tiptop la. Dan, semestinya merepek! Dah lah malas aku layan kau ni. Baik aku layan novel kat atas. Chiou!" Kataku setelah episod Legend Of The Sea habis untuk hari ini.

***

Hari ini aku bangun sedikit awal daripada hari biasa untuk memasak bekal yang bakal dibawa ke hospital nanti. Setelah siap berkemas dan memasak, aku naik ke atas untuk mandi dan bersiap.

Aku hanya mengenakan sweatshirt berwarna peach dan berseluar panjang berwarna putih. Shawl hitam pula aku lilit ala kadar.

Di dapur, setelah bersiap, aku memanaskan semula nasi goreng itu agar lebih sedap. Apabila semuanya selesai, barulah aku bergerak untuk ke hospital.

Setelah memberi salam, aku terus memulas tombol pintu wad itu. Apa yang aku nampak adalah Arash bersama Asyraf sedang rancak bebual. Ketawa mereka berdua pun boleh dengar dari luar.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now