Bukan main rancak lagi ibu dan Arash berbual di hadapan televisyen di ruang tamu itu sambil pekena kopi kaw kaw dari air tangan aku. Peramah juga eh Arash ni, walaupun mukanya nampak dingin dan serious all the time.
Dari riak wajahnya dan cara percakapannya, langsung tiada rasa kekok diantara perbualan antara ibu dengan Arash. Aku hanya duduk di situ menjadi tunggul kayu. Nak join rasa macam kekok kok kok la pula.
"Ibu, nia masuk tidur dulu ye? Dah lewat ni, esok nak bangun pagi jumpa ayah!" Kataku riang. Memang tidak sabar mahu berjumpa ayah. Lagipun, nak lepaskan rindu bersama ayah tercinta.
"Haa ye lah nia, jangan lupa baca doa dulu okay?" Ibu mengingatiku. Dia tidak pernah jemu untuk memperingatkanku setiap amalan amalan yang perlu diikut. Aku mengangguk dan mencium tangannya itu.
"Good night, ibu.."
Sempat juga aku memandang sekilas wajah Arash yang mengenakan track suit dan baju T-shirt. Macho babe. Eh, baru aku perasan satu perkara. Dari mana dia dapat pakaian tu semua? Nak kata tu baju Raiqal atau ayah, bukan. Sebab aku langsung tak pernah tengok T-shirt tu.
***
Awal awal pagi lagi aku sudah bangun untuk menyediakan makanan untuk dibawa ke hospital. Di hari minggu ini, memang tak sah kalau di bandar melaka ini tak dipenuhi dengan pelancong pelancong. Nak keluar rumah pun susah, jalan sungguh sesak dengan pelbagai kenderaan.
Sedang aku ralit memasak, Arash masuk di dapur. MasyaAllah, bangun tidur pun still handsome ke? Walaupun rambutnya agak serabai, tetap kacak dan macho!
"Morning, Rania. Makcik mana?" Katanya sambil duduk di meja makan.
"Morning Arash.. Oh, ibu ada kat belakang tu ha, sibuk bercucuk tanam.." Kataku sedikit kekok. Sebenarnya, aku nak bertanya sesuatu kepadanya, tapi malu.
"Err, awak? Nanti boleh tak tolong hantarkan saya dengan ibu pergi jenguk ayah?" Soalku.
"Oh, sure. Saya ambil MC tiga hari untuk temankan awak di sini.." Katanya tenang. Arash masih lagi berada di tempat yang sama.
"Maksudnya, awak duduk sini tiga hari juga lah? Takpe ke, tak menyusahkan ke?"
"Yup. Kenapa? Awak tak suka ke saya kat sini lama lama? Menyusah kan? Macam yang saya cakap awak hari tu, saya suka tolong awak. Beban awak, beban saya juga kan?" Dia bangun dan menghampiri aku yang sedang terkulat kulat memandangnya.
"Eh no. Bu— bukan macam tu, saya okay je kalau awak duduk sini. Tapi, janganlah sampai awak menyusahkan diri awak sampai sanggup ambil MC berhari hari.." Kataku pantas menjauhinya yang sedang datang menghampiri aku.
Dia hanya diam tidak menjawab. Lalu lagi sekali kakinya melangkah ke arah aku. Kenapa perangainya agak lain macam hari ini? Perangainya itu membuatkan rasa takut untuk berada dekat dengannya.
"Ibu! Dah jom masuk, cepat bersiap. Nia tak sabar nak jumpa ayah ni.." Jeritku sambil kaki laju melangkah ke belakang. Sebenarnya, aku mahu melarikan diri dari Arash.
Dapat aku dengar, suara yang ketawa terkekek kekek di dapur itu. Cis! Dia sengaja nak mempermainkan aku, kurang ajar. Aku megurut dada, lega. Aku fikir, otaknya mereng secara tiba tiba. Rupanya tak, dia sengaja berbuat demikian. Motif? Masih belum diketahui.
Aku kembali pegang dadaku yang berombak laju. Masih lagi berdegup laju. Memang, setiap kali aku berdepan dengannya, jantung ini akan mula aktif yang amat.
***
"Ayah!!" Kataku seraya memeluk erat tubuh ayahku itu dengan senang hatinya. Muka ayah memang terkejut akan kehadiran aku itu.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance