Selepas mandi, aku melangkah semula ke dalam bilik. Masuk sahaja di dalam bilik, mataku terhenti di tangan milik Imanina. Di tangannya memegang teddy bear yang diberikan oleh Arash tadi. Imanina memandangku dengan wajah yang dihiasi senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan. Yang aku tahu, dia cuma senyum gedik.
"Bak sini!" Aku merampas teddy bear itu dari tangan Imanina lalu memeluk teddy bear itu.
"Eleh, tau lah boyfriend bagi.. Wah, tak sangka aku yang kawan aku ni finally dah berpunya! Oh god, am I dreaming?" Dia menarik-narik rambutnya berusaha untuk membuktikan bahawa dia bermimpi atau tidak.
"Imanina, kau ni betul betul macam psycho weh kalau kau buat macam tu.. Sumpah aku tak mengaku kawan kalau kau buat macam tu depan orang," aku mengekek ketawa.
"Do I care? Walaupun kau cakap aku ni macam psycho, at least aku ada tunang tau.. Kau ada? Takde kan.." Katanya dengan angkuh sambil menjeling ke arahku.
"Biarlah.. Lambat laun nanti aku akan ada jugak tau.. Lagi handsome dari Asyraf! Lagi sweet dari Asyraf!" Kataku tidak mahu kalah.
"Whatever, hari ni tiba tiba aku malas nak layan kau. So, kau enjoy je lah layan perasaan kau yang berbunga bunga lepas Arash bagi bear ni kat kau okay?"
"Woah! Imanina mengalah? Setahu akulah kan, dalam bab bab macam ni aku yang selalu mengalah dengan otak sengal kau ni. But not for today.. Am I dreaming?" Kali ini aku pula menarik-narik rambutku yang belum sepenuhnya kering persis orang gila. Sengaja aku meniru aksi Imanina tadi.
Imanina baling bantal ke arahku.
Aku masih ketawa sambil memegang perutku yang senak dek ketawa yang terlampau. "Dah la kau.. Garam pulak aku dengan kau hari ni. Tau la baru lepas hadiah dari encik boyfie, tak payah la buli aku macam ni.." Imanina membuat duckface. Hal itu membuatkan aku bertambah geli hati. Omg, Imanina. Ketinggalan zaman! Sekarang no more duckface okay!
"Okay fine aku stop! Aku pun dah penat nak gelak.." Aku menahan perutku. Aku cuba berhenti untuk ketawa perlahan lahan. Dan akhirnya aku berjaya berhenti ketawa. Syukur.
"Eh Imanina, adik Arash ada kat rumah ni tau sekarang. Tadi masa kau terbongkang tidur, Arash datang dengan adik dia, Bella. Aku dah borak borak dengan Bella, she's so friendly!" Beritahuku.
"Oh ye ke? Ah, okay lah kalau dia friendly, ada la jugak teman gossip kita nanti! Okay la, aku nak mandi dulu," katanya lalu bingkas bangun dari katil.
Ketika Imanina mandi, aku membelek belek hadiah yang diberi Arash itu. Coklat yang terletak di tengah tengah teddy bear itu aku buka lalu makan.
Handphone yang terletak di atas katil itu aku ambil lalu menghantar sesuatu kepadanya.
To: Arash
Thanks for the cute teddy bear and the chocolate !
I love it ! Kenapa tak bagi sendiri je? Tak gentleman langsung tau..Aku tunggu dia untuk membalas whatsapp, tetapi tetap tidak dibalas. Mungkin dia masih di hospital.
***
Selepas sahaja makan malam, kami bertiga melepak di hadapan televisyen dan berborak borak. Sesekali kami ketawa dengan apa yang dicerita oleh Bella. Serious, Bella boleh jadi rajalawak kerana dia memang pandai buat lawak.
![](https://img.wattpad.com/cover/66208337-288-k260836.jpg)
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance