Selesai sahaja membuncitkan perut, aku mengambil masa ini untuk membaca novel sementara menunggu mereka berdua masih makan. Aku mula mengeluarkan novel The Wedding Breaker daripada beg plastik.
Arash dan Bella yang masih lagi makan aku abaikan dan meneruskan pembacaanku. Beberapa minit aku membaca, aku mengangkat mukaku untuk menghilangkan lenguh di leher seelum meneruskan kembali.
Tapi, apa yang menyebabkan aku mengangkat mukaku kembali apabila aku dapat rasakan diri ini sedang diperhatikan. Ya, diperhatikan oleh sepasang mata milik seorang jejaka yang bernama Arash yang berada di hadapanku. Apabila mataku bertentangan dengan matanya, cepat cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Nampak macam gelabah. Aku abaikan.
Pandangan dia- sama macam pandangan 'dia'!
Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan kisah ketika aku di sekolah menengah dulu. Situasi yang sama seperti ini juga berlaku.
Throwback.
Hari ini semua tingkatan tidak perlu masuk ke kelas kerana perlu memulangkan semula semua buku teks yang telah dipinjamkan oleh kerajaan selama hampir setahun. Sementara menunggu giliran kelas kami, aku meminta novel kepada rakanku yang kebetulan membawa.
"Ain, kau bawa novel kan? Nak pinjam!!" Aku menghulurkan tanganku kepadanya. Dia mengangguk berkali kali dan mengambil novel di dalam begnya lalu diberi kepadaku.
Di dewan itu, aku membaca sambil duduk bersila. Tangan kiri ditongkatkan didagu manakala tangan kanan memegang novel tersebut. Kawan aku yang lain masih seronok berbual sesama mereka.
Kebetulan, kedudukanku ketika itu bertentangan dengan Firdaus iaitu budak sekelasku. Atau lebih mudah, diperkenalkan dengan nama my crush. Ya, aku memang simpan perasaan kepadanya. Sejak beberapa tahun yang lalu, memang aku simpan perasaan terhadapnya. Dia, bukanlah seorang yang handsome seperti artis pujaanku, tapi sikapnya yang dingin terhadap perempuan itu membuatkan aku tersangkut dengannya. Hewhew
Gedik.
Aku rasa macam menyesal pula duduk berhadapan dengannya walaupun jarak kami agak jauh. 2 langkah aje jauhnya. Namun, aku teruskan membaca walaupun terasa macam tak selesa. Dalam masa aku sedang membaca, mataku juga gatal nak memandang Firdaus yang sedang berbual dengan rakannya.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance