Tamat sahaja movie itu, kami terus melangkah keluar dari shopping mall itu. Oleh disebabkan kesuntukan masa, aku tidak sempat menjejak kaki ke guardian untuk membeli barang keperluanku.
Suasana di sekitar tempat parking kereta di situ agak lengang memandangkan waktu itu sudah lewat malam dan hari minggu. Sesekali aku dan Imanina memandang ke arah belakang, takut takut diikuti oleh orang yang tak dikenali.
Aku dan Imanina berjalan dengan segera dan pantas untuk sampai ke kereta. Menyesal pula rasanya keluar malam malam macam ni. Akhirnya, sampai juga aku ke dalam kereta.
Di tempat pemandu itu, aku segera membuang nafas lega seperti Imanina yang berada di sebelahku. Aku kemudian memandu kereta dengan berhati hati ke rumah.
"Weh Rania, doktor tu ke yang hantar kau sampai melaka hari tu?" Imanina membuka bicara. Aku hanya mengangguk mengiakan. Malas mahu bercakap hal ini.
"Dia duduk sekali dengan family kau la masa tu?" Tanya dia lagi. Aku mengeluh berat. Dia ni memang takde soalan lain ke? Soalan ini juga yang suka ditanyanya.
"Imanina, kau ni pekak eh? Tadikan aku dah cerita semuanya tentang ni.. Apa yang kau nak tahu lagi? Mengalahkan wartawan je dia ni," kataku sambil focus memandang ke hadapan.
"Takde la... Aku suka dengar cerita kau ni, sweet mengalahkan cotton candy! Aku pulak yang rasa jelesnya." Katanya sambil membuat muka terujanya. Aku sendiri tidak tahu mana datangnya sweet yang diberitahu Imanina. Aku tak rasa pun benda yang aku cerita tu sweet.
Aku membuat muka bosan mendengar bicaranya.
"Alamak! Rania, kau stop dekat 7 Eleven sekarang! Aku lupa nak beli something ni," jeritnya membuatkan aku terkejut. Minah ni memang tak boleh nak slow kan volume suara dia ke apa? Dalam tekak dia tu ada microphone ke? Nak aje aku keluarkan microphone itu dari anak tekak dia. Biar dia dapat memediumkan suara dia.
"Nak beli apa lagi? Esok esok je la, ni dah lewat sangat ni. Aku tak berani la, dah la kat kawasan tu sunyi tengah tengah malam macam ni.. Kau ni masalah la Imanina.." Kataku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.
"Tak boleh! Hal ini berkaitan dengan hal hidup ataupun mati tau!" Katanya membuat aku meremang. Apa dia merepek ni?
"Kau jangan main main Imanina.. Apa yang kau nak beli sebenarnya? Lemme know."
"Aku nak beli pad. Pad aku dah kehabisan stok." Katanya selamba.
"What the... Flower. Kau ni kan, suka sangat main main. Kau tau tak betapa cuaknya perasaan aku tadi?" Aku pukul pehanya kuat.
"Betul apa! Benda ni penting okay. Aku nak pinjam kau punya tadi, tapi kau punya pun dah kering kontang. Nasib baik aku ada spare satu lagi. Kalau tak.. Sadis!" Katanya menjeling ke arah ku.
Tanpa bantahan mahupun bebelan, aku berhenti di 7 Eleven. Oleh kerana aku tak berani nak duduk dalam kereta sorang sorang, aku mengekori Imanina membeli barangnya.
Aku mengambil satu botol air coca cola vanilla. Terasa macam mengidam benda alah ni pula. Rasanya sudah lama tak minum coca cola ni, bisik hati kecilku.
***
Aku dan Imanina tergamam. Terkelu. Alangkah terkejutnya hati kami berdua apabila memasuki rumah. Segala perabot yang ada di ruang tamu habis bersepah. Televisyen juga hilang dicuri. Laptop yang aku tinggalkan di meja ruang tamu juga sudah tiada.
Kakiku laju melangkah ke atas untuk ke bilik dan... Semuanya musnah. Barang barang penting aku juga habis dicuri. Beberapa barang kemas yang ibu belikan sewaktu kecil juga hilang begitu saja. Duit yang aku simpan di dalam sebuah kotak berkunci juga hilang.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance