12

16.3K 599 13
                                    

Aku mengeluh berat sambil kaki memandang siling di bilikku. Rasanya tidak puas berada bersama keluarga di sini. Aku mengeluh lagi sekali, esok dah nak balik KL.

Jam tangan di tangan kiriku aku pandang sekilas. 7.15 malam. Hm, masih awal untuk aku melelapkan mata walaupun badan dan mata tetap degil taknak menggerakkan diri mereka. Pantas aku buka shawl yang masih ada di kepalaku, dan mengambil tuala untuk membersihkan diri.

Tidak mahu hal memalukan itu terjadi lagi, aku membuat keputusan untuk mandi di bilik air yang ada di bilik aku. Biarlah tiada shower pun, asalkan peluh yang melekat di badanku ini terhapus. Selesai mandi, aku menunaikan solat maghribku.

Sunyi pula rasanya apabila ibu tiada dirumah. Selalunya, adalah juga teman berborak. Kalau tak berborak pun, dengar bebelan dia pun jadilah. Aku menapak keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu sambil menonton berita di Tv3.

Sedang aku kusyuk mendengar bebelan yang disampaikan oleh pembaca berita di Tv3 itu, ada satu tangan yang merentap kasar di bahuku. Bahuku terus terangkat seperti terkena renjatan elektrik. Rasanya mahu sahaja jantungku ini terjatuh di lantai rumah. Terkejut bukan main kepalang aku dibuatnya.

Raiqal ketawa terbahak bahak melihat mukaku tadi. Budak ni memang, sesaat tak mengganggu ketenteraman hidup aku, agaknya boleh sakit kot? Aku sabar dan tabahkan hati dengan mencuba untuk tidak mengeluarkan perkataan kesat kepadanya.

"Bila nak masak ni? Perut kitaorang dah lapar ni," kata Raiqal sambil mengusap perutnya. Aku hanya memandang Raiqal sekilas dan kemudian beralih ke televisyen pula. Kenapa macam ada dua orang tadi? Pantas aku mengerling kearah Raiqal kembali dan melihat ada seorang lagi yang duduk di sebelah Raiqal. Arash.

Entah bila dia ada disini pun aku tak perasan.
Yang aku tahu, cuma nak rehatkan diri didepan televisyen sahaja.

"Woi dengar tak? Qal dah lapar ni.." Bentaknya. Kakinya menyepak nyepak kakiku, dah biasa dah.
Aku hanya memandangnya dengan pandangan yang berapi, sampai mataku sendiri terasa panas.

Melihatkan aku dan Raiqal seperti mahu memulakan acara gusti, Arash cepat cepat bangun dari kedudukannya dan terus bergerak ke dapur. Aku dan Raiqal hanya memandangnya pelik dan mengangkat bahu.

Raiqal mengekori langkah Arash ke dapur. Aku pula meneruskan menonton televisyen.

"Akak!! Hari ni abang Arash yang masakkan untuk kita malam ni!" Jerit Raiqal dari dapur. "Nak harapkan orang tu, sampai mati kebulur pun dia tak akan buat!" Sambungnya lagi memerli aku. Aku menarik nafas dalam dalam, cuba untuk menahan sabar.

Entah kenapa malam ni aku rasa macam nak marah marah semua orang dalam rumah ni. Nak period kot? Rasa macam semua tak kena. Lalu, aku melangkah masuk ke dalam bilik untuk berehat. Perut tak lapar, lebih baik aku penuhkan semula tenaga aku yang kian habis itu.

Setengah jam aku terlelap, aku dikejutkan dengan bunyi suara sumbang yang mengejutkan aku dari luar. Siapa lagi kalau bukan Raiqal tu?

"Pergi je lah makan, akak tak lapar!" Jerit aku dari dalam. Pantang betul orang yang ganggu aku tengah syok tidur ni.

"Rania, keluar lah makan. Nanti habis semua ni, kitaorang tak tahu eh!" Kini giliran Arash pula menyampuk disebalik pintu.

"Kisah pulak aku? Macam lah sedap sangat," Hanya itu yang aku jawab. Itupun perlahan, take berani nak cakap macam tu depan depan. Takut dia terguris hati.

***

Mataku terbuka dari pejaman. Jam yang ada di atas meja sebelah aku ambil untuk melihat pukul berapa. Shit! Jam tu dah mati. Terpaksalah mataku menahan perit yang diberikan oleh sinaran cahaya dari handphoneku itu untuk melihat jam berapa.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now