Ketika di bilik guru, baru aku berkesempatan untuk membuka handphone milikku. Maka, mesej yang sampai malam tadi itu aku buka. Sebelum membukanya, dahi aku berkerut. Nombor yang dihantar ini bukan dari Malaysia. Aku sendiri tidak tahu kod nombor ini berasal dari mana.
Aku membacanya.
From: unknown
I miss you so badly!Setelah membacanya, terus aku memadamkan mesej itu. Dah sah sah pengirim ni salah nombor. Tu la, siapa suruh tak berhati hati nak hantar mesej. Tak pasal pasal dah tersilap sent kat orang lain and automatic pembaziran berlaku akibat kecuaian kau.
Maaf, terbebel pula.
Sedang aku sentuh sentuh skrin telefon pintarku, aku tergerak hati untuk membuka aplikasi Instagram. Wah memang dah berhabuk Instagram aku, naklumlah sudah lama tak buka. Sewaktu tanganku lincah menurun naik di skrin itu, aku ternampak wajah yang amat aku kenal.
Bella.
Tanpa berlengah, aku terus menyentuh gambar itu dan memberinya like. Sedekah. Lalu, aku memfollownya. Tidak banyak gambar yang Bella masukkan ke situ. Hanya beberapa belas keping foto sahaja yang dia masukkan. Gambar yang pertama kali yang Bella masukkan, amat menarik perhatian aku. Gambarnya bersama dengan Arash.
Entah mengapa, hati aku menyuruh untuk menyentuh nama yang di tag di muka Arash itu. Tanpa sedar, Instagram Arash sudah ada di depan mataku. Gambar akhir yang dia masukkan adalah gambar aku yang sedang leka membaca novel sewaktu kami makan di Seoul Garden bersama Bella. Masihkah kau ingat?
Beberapa bulan yang lalu. Itu sudah lama. Dan tiada gambar yang baru selain dari gambar aku yang leka membaca novel itu.
Tiba tiba aku terfikir yang mungkin dia tidak lagi memarahi aku atau dengan lebih tepatnya dia sudah memaafkan aku? Sebabnya kalau dia betul betul marahkan aku dan bencikan aku, sudah tentu gambar aku dia buang.
Tapi, bila aku scroll semua gambarnya. Langsung tiada gambar perempuan selain dari aku, Bella dan... Ibunya mugkin? Mana gambar girlfriend dia? Huish, sayang betul Arash pada girlfriendnya sampai nak share dekat insta pun taknak.
Dan entah macam mana pula, aku tertekan butang follow. Oh my god, apa nak buat ni? Aku taknak follow dia. Cukuplah dapat stalk dia dari jauh kerana sememangnya aku dah belajar. Belajar untuk melupakannya.
Takkan aku nak unfollow semula? Kantoi, aku stalk dia. Malunya malu! Aku menggigit gigit bibir bawahku menahan geram akibat kesalahan diri. Rasa macam nak hantukkan kepala dekat screen phone aje.
Setelah buang masa menghadap phone di bilik guru, segera aku turun untuk ke kelas yang seterusnya. Dan macam biasa, tugas aku sebagai guru adalah mengajar dan mendidik pelajar pelajar supaya maju kedepan dan terus mara di masa yang akan datang.
Tapi satu sahaja yang membuatkan aku tak senang nak mengajar. Apabila beberapa pelajar perempuan yang sibuk berbual di belakang. Hey, dia fikir aku ni tunggul kayu ke? Orang berusaha nak ajar dia, dia sibuk bergelak ketawa macam Cik Ponti pula di belakang. Biadap! Tak mengapa, aku masih lagi boleh bersabar dan bertahan.
"Girls, please tumpukan perhatian semasa saya mengajar." Kataku sedikit tegas.
Aku menyambung mengajar lagi dan mereka terus terusan berbual dan mengabaikan aku. Kerana aku manusia biasa yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi seperti langit, aku berhentikan pembelajaranku dan memandang mereka tajam.
"You, you and you. Kalau taknak belajar dekat class saya, pergi keluar and get lost! To be honest, saya langsung tak kisah la yang korang ni nak belajar ke tak nak ke, I don't care. But, please respect to mereka yang nak belajar ni! Kesiankan diaorang yang penat penat datang sekolah untuk tambah ilmu ni.." Kataku sambil tanganku sibuk menunjuk muka muka pelajar itu. Aku dapat rasakan yang muka aku dah berubah menjadi merah ketika ini.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomansaHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance