This is the real chapter 😁
Sebelum maghrib lagi aku sudah sampai di sini. Aku terbaring di atas katil sambil merenung ke arah kipas yang berputar di atas siling bilikku. Aku mengeluh. Entah mengapa, setelah sampai aje ke rumah, semuanya terus lain dan tidak seperti hari hari yang sebelumnya. Suasana rumah ini juga kelihatan muram.
Mungkin sebab aku rindukan Imanina?
Selesai sahaja membersihkan diri dan menunaikan solat, aku terus mempersiapkan baju untuk dipakai esok. Dan selepas itu, aku akan terus masuk tidur kerana badan terasa amat letih.
Yelah, dari semalam sampai ke hari ini aku langsung tak berehat.
Lampu bilik ditutup.
Ting!
Terdengar sahaja message WhatsApp masuk, mata aku terus terbuka. Ahh, terlupa nak tutup data connection lagi. Alang alang sudah membuka phone ini, aku memutuskan untuk membaca setiap message WhatsApp yang masuk. Aku baca sehingga sampai ke message yang terakhir sekali.
▶ SMKMYG's batch 07- 09 Reunion
Harap maklum, SMKMYG's batch 07- 09 Reunion akan bertukar waktu. Waktu yang sebenar iaitu pada pukul 2:30 petang akan ditukarkan kepada pukul 8:00 malam. Maaf segala atas kesulitan ini, sekian terima kasih.
Aku mengeluh. Kalau aku tahu majlis ni terpaksa ditukarkan waktu, tak ada lah aku pulang seawal semalam. Sekurang kurangnya aku boleh duduk berkepit dengan Imanina lagi. Dalam pada masa yang sama, hati aku berasa sedikit lega kerana esok boleh la aku tidur sepuas puasnya!
***
Aku terjaga dari tidurku yang tak berapa nak lena itu setelah ketiduran ketika berehat di hadapan televisyen. Ketukan demi ketukan kedengaran di telingaku. Sebelum ke pintu, aku menggagahkan diri untuk naik ke bilik untuk mengambil tudung sarung.
Setelah itu, barulah aku menuju kearah pintu.
Sebelum membukanya, aku terlebih dahulu mengintai disebalik langsir yang menutup sliding door itu. Kelihatan dua orang gadis di luar yang sedang menunggu pintu terbuka. Kedua dua gadis tersebut menyandang sebuah beg.
Uh oh?
Gadis yang sedang menunggu di luar itu adalah Bella. Dan seorang lagi, mungkin temannya? Dengan kadar segera, aku membuka pintu yang masih berkunci itu. Perasaan gembira dan teruja kini bermain di hati aku. Sudah lama tidak bertemu dengan Bella. Rindu!
"Bella!!" Sapaku teruja lalu mendepakan kedua dua belah tanganku untuk memeluknya. Kami berbalas pelukan antara satu sama lain.
"Kak Rania... Sihat?" Soalnya terlebih dahulu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
"Akak, kenalkan ni kawan Bella. Akak boleh panggil dia Syaf.. Syaf, kenalkan ni kawan abang aku merangkap bakal ka—"
"Oh hi Syaf! Syaf boleh panggil akak, Kak Rania." Potongku sebelum Bella bercakap lebih tentang ini. Rasanya tidak perlu dia bercakap mengenai hal ini kerana kita hanya merancang, dan tiada siapa tahu apa yang Allah tentukan kepada kita.
ANDA SEDANG MEMBACA
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance
