Perasaan malu tadi masih lagi berbaki ketika ini walaupun kami sudah berada di dalam kereta. Bella dan Medina duduk di belakang, manakala aku dipaksa Bella untuk duduk di sebelah tempat pemandu iaitu di sebelah Arash.
Mata aku kini memang rasa nak tertutup rapat. Langsung tak boleh buka! Itu sudah menjadi kebiasaan aku bila naik kereta dan jadi penumpang. Nak tidur, tapi rasa macam tak selesa la pula. Lagi lagi berada di sebelah Arash ni. Aku toleh ke belakang untuk melihat Bella dan Medina. Mereka berdua sudah pun tidur.
Aku membuka mata luas luas untuk menghilangkan rasa mengantuk itu. Sesekali aku mengerlipkan mataku berkali kali juga untuk menghilangkan mengantuk. Bila nak sampai ni? Hari ni bukannya hari minggu pun, tapi kenapa jalan jammed?
"Nak tidur tu tidur je lah.." Kata Arash itu membuatkan aku terkejut. Tiba tiba aje bersuara, setelah sekian lamanya membisu. Mana tak terkejutnya weh?
Eh macam mana dia tahu?
"Eh tak ada lah.. Tak mengantuk pun," bohongku padahal rasa macam nak aje terbongkang tidur sekarang. Eh, kenapa aku penat sangat ni? Padahal semalam bukannya lewat mana aku tidur.
"Tidur je lah. Setengah jam lagi kot nak sampai, jammed ni.." Balasnya. Aku mengangkat bahu berfikir sendiri. Ah tidur aje lah, dia dah bagi green light tu! Lagipun kalau aku tak tidur bertambah awkward pula situasi ni.
***
Terasa macam bahuku ditolak berkali kali sehingga membuatkan aku terpaksa membuka mata. Sebelum aku buka mata, sempat lagi aku menepis kasar tangan orang yang berani kacau aku ni. Haih, siapa berani kacau aku tidur ni? Nak kena smack down ke?
"Hmm give me 5 minutes please, Imanina." Lagi sekali aku menepis tangan itu. Tapi tangan ni memang berbeza dari tangan Imanina. Lebih besar dan agak kasar. Imanina ni dah lama tak pakai lotion ke apa?
"Bangun, dah sampai." Bisiknya. Dan ini benar benar membuatkan aku terkejut. Lantas aku terus membuka mata dan membetulkan posisi kedudukanku. Cepat cepat aku menutup malu dengan membetul shawl yang terlilit di kepala. Matahari yang menyinari itu membuatkan mataku terasa pedihnya.
"Lap air liur basi sekali tu," arahnya. Aku tak tahu nak berikan reaksi apa sebab aku betul betul malu sekarang. Cepat cepat aku bawa tanganku ke mulut. Aku raba raba tepi mulutku. Mana ada air liur basi! Main main pula dia ni. Aku tahu, dia sedang menahan diri daripada ketawa. Huh
Aku memandangnya tajam. Sudahlah mood aku tidak beberapa baik sejak dia ada depan aku ni. Ni bertambah geram bila dia main mainkan aku. Hey, nak main main pergi playground la dey! Dia hanya membalas dengan senyuman kerang busuk.
"Mana Bella?" Sedari aku yang hanya berdua bersama Arash, pantas aku mencari kelibat Bella dan Medina. Dia hanya mengangkat bahu dan terus berlalu daripada tempat parkir kereta sambil menolak stroller Medina.
Tindakan dia itu benar benar membuat aku geram. Lalu aku berlari anak mengejar dia yang sudah jauh kedepan. Tahu lah kaki panjang macam galah, tak boleh ke jalan slow sikit? Setelah masuk ke mall itu, baru aku terlihat kelibat Bella dan juga Imanina yang sedang duduk di atas kerusi.
"Bella! Kenapa tinggalkan akak tadi?" Kataku tercungap cungap. Arash pula sedang mendukung Medina untuk dimasukkan ke dalam strollernya.
"Sorry lah akak, memang Bella nak tunggu akak tadi.. Tapi tadi Medina ni meragam pula. So Bella terpaksa bawa Medina masuk dalam ni, sejuk sikit.." Terang Bella. Aku mengangguk tanda faham. Biasalah budak, kalau kena panas sikit akan meragam. Lagi lagi sekarang ni musim panas. Bukan setakat budak aje meragam, orang tua pun boleh meragam lebih teruk dari budak. Kan?
Ketika Bella sibuk memilih barangnya di popular, ketika itu lah aku mencari novel untuk dibeli dan yang dikirim Imanina. Medina pula masih dijaga Arash. Tapi yang membuatkan aku rimasnya, Arash kerap mengekoriku dari belakang. Gayanya persis seperti pekerja yang selalu mengekori pelanggan ketika kita sibuk nak cuci mata.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
Roman d'amourHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance