Pagi pagi lagi aku dan Imanina sudah bersiap berkemas untuk berpindah. Memang rasanya berat sangat nak tinggalkan rumah ini. Lagi lagi nak melepaskan Bella. Aku sendiri pun dah anggap Bella tu macam adik sendiri, teringin sangat nak ada adik perempuan macam Bella!
Imanina sudahpun turun menungguku di keretanya. Manakala aku masih lagi di dalam rumah. Time nak cepat ni la perut nak meragam pula. Habis kelam kabut aku dibuatnya. Aku masuk bilik untuk memakai skirt labuhku, tetapi skirt itu tiada. Seingat aku, sebelum aku ke masuk ke bilik air tadi, aku meletakkannya di atas katil.
Habis setiap ruang di bilik dan rumah itu aku cari. Tak jumpa jumpa juga! Dan dalam masa kelam kabut aku mencari skirt labuhku yang entah hilang ke mana itu, aku termasuk ke dalam satu bilik. Mungkin bilik Arash.
Dengan tuala yang masih bersangkut di pinggang, aku melangkah masuk di dalam bilik itu. Aku memandang sekeliling biliknya yang boleh tahan kemasnya itu. Dinding biliknya dicatkan dengan warna tenang dan sejuk iaitu warna biru muda. Di depan katilnya pula terdapat sebuah meja untuk bekerja. Terdapat banyak helaian helaian kertas dan buku yang masih tersusun rapi di atas meja itu.
"Rania!! Cepatlah!!" Panggil Imanina dari luar rumah. Eh, dia naik atas semula ke? Ish dia ni, tak menyabar betul. Bukannya lama sangat pun aku melepaskan hajat tadi, termasuk melawat bilik Arash ni. Sempat lagi aku membebel.
"Rania!!!" Jerit Imanina lebih kuat. Terhenjut bahuku akibat terkejut. Wah, macam suara hulk! Tak sempat aku nak describe dengan lebih lanjut berkenaan dengan bilik ini. Disebabkan suara Imanina yang mungkin boleh menggegarkan satu kondo ini, aku terus mencapai satu gambar yang terletak elok di sebelah laptopnya.
Maaf, bukan curi! Itu terjadi secara automatic apabila melihat gambar itu kerana gambar itu kepunyaan aku! Bila masa entah dia ambil gambar ini. Patut la selama ni aku cari tak ada! Rupanya dia ni yang ambil, kurang ajar betul! Sempat lagi aku merungut dalam hati.
"Bella! Skirt akak hilang. Ada nampak tak?" Bella yang sedang bersama Imanina itu aku tanya. Kot kot la dia ada ternampak kan. "Bella tak nampak la pula.. Akak letak mana tadi?" Bella menyoalku lagi. Imanina memandangku tidak puas hati. Aku mengabaikan saja.
"Akak letak atas katil tadi.. Akak ingat, memang ada atas katil tadi.." Jawabku bersungguh sungguh. "Cuba check lagi sekali. Kau ni memang tak sah kalau tak check dua tiga kali.." kata Imanina dengan bersahaja.
Aku kembali ke bilik untuk mencari. Tak sampai satu minit, aku ternampak skirt itu yang terselit di antara celah celah dinding dan katil. Ah, ni mesti masa kelam kabut tak tahan nak buang air besar tadi skirt ni jatuh tergelincir disebabkan dicampak oleh aku.
"Hah kan dah agak. Kan betul aku cakap, kau ni memang tak sah kalau tak check dua tiga kali." Kata Imanina. Bella pula hanya ketawa kecil.
"Tak apa ke Bella duduk seorang? Ke Bella nak ikut kitaorang sekali?" Tanya Imanina prihatin. "Eh tak apa akak Imanina! Kejap lagi Bella ada class. Lepastu terus balik hostel.. Kunci rumah spare ni nanti boleh tak akak tolong bagi dekat abang? Abang balik lewat hari ni, Bella tak dapat nak tunggu sampai dia balik.." Kunci rumah itu diberikan kepada aku. Aku menyambut hulurannya itu lalu mengangguk.
Aku mengeluh dalam hati. Nampak gayanya aku harus berjumpa dengan dia lagi lah.
"Okay lah Bella. Kitaorang gerak dulu, take care ya? Nanti kalau ada masa Bella call la kitaorang. Ada masa nanti boleh lah hangout sama sama.." Kataku. Air mata ni terasa macam nak terjatuh je, tapi aku gagahkan supaya ianya tidak terjatuh. Malu lah menangis depan orang. Cengeng!
Bella mengangguk lemah. Aku tahu, dia pun sedih dengan pemergian kami berdua. "Akak berdua pun take care juga tau.. InsyaAllah kalau ada masa free kita keluar sama sama lagi." Katanga lalu tangannya dihulurkan kepadaku untuk bersalaman. Selepas menyalamiku, Bella menyalami Imanina pula.
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
عاطفيةHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance