21

13K 491 3
                                    

Tentang rumah dipecah masuk, aku masih belum beritahu kepada ibu dan ayah. Rasanya tak perlu la kot beritahu tentang ni, lagipun semua selamat kan? Kalau beritahu takut mereka risau pula. Jadi lebih baik aku simpan perkara ini daripada pengetahuan ibu dan juga ayah..

"Akak! Hari ni akak cuti lagi kan?" Bella menyergah aku dan Imanina yang sedang ralit menonton televisyen.

"Haah, kenapa Bella?" Tanyaku. Imanina masih lagi menonton televisyen. Kusyuk betul, sampai kedatangan Bella pun dia tak perasan agaknya.

"Hari ni akak berdua kena tolong Bella jaga baby! Boleh kan?"

"Hah jaga baby? Anak siapa pulak yang kena jaga ni Bella?" Imanina bersuara setelah agak lama mendiamkan diri oleh kerana kusyuk menonton. Aku pula mengangguk mengiakan persoalan Imanina itu.

"Anak buah Bella, iaitu anak kepada kakak Bella.. Pengasuh dia ada emergency, so terpaksa lah dia ambil cuti.. Nak hantar rumah mama dengan abah, diaorang tak ada kat sini sebab ada kenduri kat Pahang.." Terang Bella. Aku mengangguk mendengar penjelasannya itu.

"Oh.. Akak dengan akak Imanina okay aje.. Berapa hari nak kena jaga? Baby tu berapa bulan? Ke berapa tahun? Lelaki ke perempuan?" Soalku bertubi tubi. Tiba tiba rasa macam teruja nak jaga baby. Tak ada lah sunyi rumah ni kalau ada baby, mesti riuh rendah!

"Akak nak tahu semua tu, tunggu baby tu datang sini ye? Kejap lagi sampai lah tu.. Kita kena jaga dia 3 hari kot.. Entah la Bella pun tak pasti lagi.. Tapi tak lama pun kita jadi babysitter, sampai petang je.."

"Akak boleh jaga sampai esok je sebab lusa dah kena balik rumah baru.." Kataku dengan nada sedikit sedih.

"Oh takpe, esok rasanya mama dan abah dah balik.. So maybe lusa nanti hantar kat rumah mama je.."

***

Ketika aku berada di bilik air, aku dengar suara yang agak riuh rendah. Ah, mereka dah sampai la tu. Sesudah selesai mandi aku terus keluar dan masuk ke bilik. Nasib baik bilik air dan bilikku hanya bersebelahan.

Selesai memakai pakaian, aku keluar. Di ruang tamu hanya tinggal Imanina, Bella dan seorang bayi. Kakak Bella mungkin sudah balik kerana perlu bergegas ke ofisnya.

"Comelnya!" Kataku sambil berlari menuju ke arah mereka bertiga. Lalu pipi bayi perempuan itu aku gomol gomol sepuas puasnya. Alah tembamnya!

"Bella, apa nama baby ni? Kita nak panggil apa budak tembam ni?" Aku masih lagi mencium cium bayi yang sedang didukung Bella itu.

"Nama dia Medina Balqish. Akak panggil dia Medina aje pun boleh.. Kan Medina kan?" Jawab Bella sambil mengagah Medina yang sedang didukungnya.

"Cantiknya nama! Cantik macam Medina jugak.. Alolo baiknya budak ni.. Tak nangis pun, good girl!" Aku mengagahnya. Dia senyum. Ala, comelnyaa. Medina yang didukung oleh Bella sebentar tadi telah beralih di tanganku.

"Bella, Medina berapa tahun? Setahun ye?" Tekaku. Melihatkan badan Medina yang sedikit tembam, pandai senyum itu, aku mengagak umurnya kira kira satu tahun.

"Haah bulan ni masuk setahun dah.. Akak, petang nanti kita keluar jalan jalan nak tak? Kita bawak Medina sekali.. Hari ni Medina duduk dengan kita sampai malam tau sebab Bella nak lepaskan rindu dengan dia hari ni.."

"Wah ye ke? Boleh boleh! Kalau perangai Medina ni macam ni, sebulan pun akak sanggup jadi babysitter! Senyap je dia, tak meragam pun.. Bella nak pergi mana nanti?" Betul, aku tak menipu. Sebulan pun aku sanggup jadi babysitter kalau dapat budak yang tak banyak meragam macam Medina ni.

Bella dan Imanina ketawa.

"Kalau macam tu, dah boleh jadi mak budak la kau Rania.." Imanina mencelah. Kini Medina beralih pada Imanina pula. Hari ini terpaksalah Medina menghadap muka dua akak yang sedikit kecoh ni. Jangan meluat sudah la..

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now