40

15.4K 477 20
                                    

Setelah hampir satu jam bersiap, akhirnya siap juga. Aku memerhatikan diri aku sendiri di pantulan cermin yang berada di hadapan aku ini. Aku tersenyum. Apa salahnya sekali sekala melaram kan?

Aku memilih hanya untuk mengenakan dress labuh berwarna maroon. Kain chiffon yang berwarna maroon itu digabungkan dengan kain lace berbunga bunga yang terletak di bahagian perut hingga ke dada. Shawl berwarna soft pink itu sudah elok terlilit di kepalaku.

Ah, makeup di bahagian muka pula tidak terlalu heavy. Cukup lah sekadar memakai smooth makeup agar kelihatan natural. Di hadapan cermin itu, aku berpusing pusing ala ala puteri kayangan. Seronok pula apabila melihat dress labuh ini kembang bak bunga yang mengembang.

"Bella, Syaf, akak pergi dulu ya? Nanti kalau nak makan, panaskan je lauk yang akak dah masak bawah penutup saji tu." Pesanku kepada mereka berdua sebaik sahaja turun dari bilik.

"Okay! Hati hati akak.." Jawab mereka berdua.

***

Sampai sahaja di tempat berkenaan, aku tidak terus keluar dari kereta kerana aku ada berjanji untuk menunggu rakan di tempat parkir kereta. Beberapa minit tunggu, akhirnya mereka sampai jua.

"Ika!!!"

"Rania!!"

Aku berjalan menuju kearahnya lalu memeluk Ika, atau nama sebenarnya adalah Zulaikha. Kami berbalas pelukan sesama sendiri. Ya Allah, sungguh aku rindu akan suasana seperti ini.

"Rania... Rindunya aku dekat kau.." Ucapnya masih lagi dalam berpelukan.

"Aku pun.. Aku rindu kau dengan yang lain lain. Eh, yang lain mana? Bukan bertolak sekali dengan kau ke?" Soalku. Pelik juga, dalam WhatsApp tadi kata nak gerak sama sama. Tapi apa yang aku nampak hanyalah Ika.

"Diaorang dah tunggu kita dekat dalam.. Memang plan nak bertolak sama sama, tapi tak jadi. Aku ada hal sikit tadi. Jom, masuk dalam?"

***

Setelah kakiku memasuki ke dalam dewan hotel itu, mataku meliar mencari kelibat rakan rakanku yang lain. Semua yang hadir pada malam ini sudah pun mengambil tempat duduk mereka masing masing.

"Ika, aku tak nampak pun diaorang? Betul ke diaorang dah sampai?" Soalku sambil mata masih meliar mencari mereka.

"Tak apa, kau relax aje lah.. Aku tahu diaorang ada kat mana. Meja kita semua dekat depan tu lagi.." Aku hanya mengangguk sambil meneruskan perjalanan.

"Hah tu pun diaorang!" Kata Ika separa berbisik.

Aku dan Ika mengambil tempat dimana Ain, Mya, Intan, Mimi, sedang duduk. Meja bulat yang memang dikhas untuk 6 orang itu dihiasi alas meja berwarna dark maroon.

Aku dan Ika masih belum duduk kerana masih berpelukan dengan mereka. Ya, aku rindukan big hug dan group hug ini. Setelah itu, masing masing bercerita tentang zaman persekolahan itu.

Dewan kembali senyap apabila pengacara majlis mula memainkan peranan mereka. Aku juga turut kembali memandang kehadapan.

Dan apa yang membuatkan satu dewan riuh adalah apabila mengetahui tetamu pada hari ini. Ya, tetamu jemputan pada hari ini adalah Puan Rozana iaitu guru disiplin yang terhangat pada ketika itu.

Jujur aku kata kan, memang menakutkan apabila melihatnya. Masih lagi aku ingat, ketika itu Puan Rozana mengajar pendidikan jasmani untuk kelas aku. Dan malangnya, kami tidak menepati masa. Disebabkan itu, semua didenda dengan berlari di padang selama 7 pusingan.

Kedatangan Puan Rozana hari ini disambut dengan meriah. Memandangkan hari ini adalah hari lahirnya, mereka membuat surprise party. Oh, patut la di dalam whatsapp group menyatakan agar membawa hadiah. Hint untuk penerima hadiah hanyalah perempuan.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now