19

12.8K 536 23
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam lif untuk naik ke atas dengan mulut masih lagi tidak berhenti ketawa mengekek.

"Boyfriend pun takde, ada hati nak mengaku ada suami!" Aku berkata sendirian di dalam lif itu sambil mencebik. Inilah yang akan terjadi apabila terlalu bosan. Bercakap sendiri pun jadilah, asalkan boleh berborak.

Aku membuka pintu. Kelibat Imanina yang baru keluar bilik sudah pun tergambar di anak mataku. Baru lepas balik keluar dating la tu..

"Rania! Kau pergi mana tadi? Cuak aku tengok kau takde dalam rumah. Dah la keluar tak bagitahu. Lain kali bagitahu, ni buat aku risau je.." Katanya sebaik sahaja aku menutup pintu.

"Aku ada je kat bawah tu, tengok diaorang mandi swimming pool.. Yang kau nak risau sangat ni kenapa? Bukannya aku lari mana mana pun, relax la.. So macam mana tadi? Seronok keluar dengan Asyraf tadi?" Aku menghempaskan badanku ke atas sofa sambil membuka tudung bawal dan juga cardigan yang dipakaiku.

"Mestilah aku risau! Kau tu kawan aku, kawan dunia akhirat pulak tu.. Of course lah seronok! Dah lama gila kot tak hangout dengan Asyraf. Tadi kan kitaorang pergi usha baju kahwin! Weh, rambang mata aku tengok semua tu!!" Katanya dengan penuh teruja.

Tiba tiba aku jadi sedih apabila mengenangkan nasib aku apabila Imanina berkahwin. Sudah tentu aku akan jadi lebih sunyi dan sunyi.

"Weh asal kau sedih ni Rania? Aku ada tersalah cakap ke Rania?" Kata Imanina sambil memegang lenganku.

"Aku sedih la.. Nanti bila kau kahwin, aku dah takde kawan gila macam kau. Masa kau pergi Johor hari tu pun aku dah rasa macam nak gila, ni kan pula kau dah tak duduk dengan aku sampai bila bila.." Luahku.

"La sebab itu ke? Jangan la sedih sedih macam ni Rania.. Kita still boleh jumpa dekat sekolah kan? Lepastu, bila ada masa kita keluar la lepak sama sama.." Pujuknya.

Aku menarik nafasku dalam dalam. Ya, aku tak patut rasa sedih. Sebaliknya, aku patut rasa gembira kerana Imanina akan berkahwin dengan cinta hatinya.

"Okay sekarang aku dah tak sedih! Aku happy sangat yang kau akan jadi isteri orang tak lama lagi. Lagi berapa bulan eh? 5 bulan kan?"

"Haa macam tu la kawan aku, sentiasa happy.. Haah, lagi 5 bulan aku akan jadi isteri. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan jadi isteri secepat ni.." Imanina memelukku erat. Aku pun membalas pelukannya itu. Tak lama lagi, tak dapat rasa dah pelukan sahabat macam ni.

Aku ketawa.

"Kalau kau pun tak percaya, aku lagi double tak percaya tau.. Aku ni, entah bila la nak naik atas pelamin.."

"Takpe, aku harap nanti lepas aku kahwin, kau pulak kahwin dengan Arash!"

Dengar sahaja nama Arash, aku kembali menjadi murung.

"Cakap pasal Arash kan, boleh tak aku nak mengadu sesuatu kat kau? Aku pun rasa penat pendam ni sorang sorang. Kalau aku cerita kat kau, at least kurang sikit beban yang aku rasa ni,"

"La kenapa dengan Arash? Cerita la, aku sentiasa menjadi pendengar setia kau tau!" Katanya menaikkan semangat aku.

"Lepas dia bagi bear kat aku hari tu, dia langsung tak tegur aku! WhatsApp aku, langsung dia tak reply. Apa yang dia tahu, bagi bluetick je.. Yang paling aku sakit gila gila hati ni, dia datang sini langsung tak tegur aku! Pandang pun macam nak tak nak aje.." Luahku sekali nafas.

"Kau jangan la amik hati ye, mungkin dia busy?"

"Busy apanya? Dah datang sini bukannya nak tegur. Senyum pun tak! At least bagi la aku satu senyuman yang macho bila dia pandang tu," aku masih lagi di dalam frasa meluahkan.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now