6

17.8K 643 8
                                    

"Okay pelajar selain dari tingkatan 4 dan 5 boleh beredar ke kelas sekarang. Dan untuk semua pelajar tingkatan 4 dan juga 5, anda semua diminta untuk tunggu sebentar." Aku menyampaikan arahan selepas tamat perhimpunan sekolah. Usai sahaja pelajar yang tidak berkenaan beredar ke kelas, aku kembali membuat pengumuman.

"Pelajar, sila bawa bertenang. Saya tau kamu semua panas, tapi ketahuilah bahawa saya juga panas bila mendengar kamu semua ni bising. Kejap lagi kamu semua akan dibawa masuk ke dalam dewan seperti yang disedia maklumkan.." Selepas itu, aku terus ke dewan untuk program yang akan berlangsung itu. Tugas menjaga murid kuserahkan kepada guru yang lebih tegas supaya mudah dijaga.

Beberapa minit selepas aku berada di dewan sekolah itu, beberapa nurse sudah pun sampai dengan menaiki ambulan. Tak lama selepas itu, seorang doktor dengan kameja kasual putihnya dan berseluar slack hitam keluar dari keretanya. Doktor itu keluar dengan penuh karismatiknya. Kaca mata hitamnya dibuka tatkala turun dari keretanya, alaaaa yang macam hero dalam drama selalu buat tu. Lepas tu buat slow motion lagi.

Memang segak habis!

Dari dalam dewan, aku meilhat aksi karisma doktor yang segak lagi kacak itu. Memang bergetar imanku, tetapi ku cuba sedaya upaya untuk kembali menenangkan imanku itu.

Doktor itu kini betul betul berada di hadapanku untuk memulakan sesi programnya. Aku pegang dadaku yang kian berombak itu. Perasaan yang sama ini muncul kembali. Perasaan yang sama seperti dulu, iaitu cinta pertamaku bersama dengan seseorang yang agak dingin dan dia tidak bergaul dengan pelajar perempuan. Watak dia itulah yang membuatkan aku jatuh hati kepadanya.

Aku memerhati Doktor itu dengan teliti dan terperinci. Aku berfikir, sama ada muka itu pernah nampak ataupun tidak. Eh wait! Doktor itu memang aku kenal. Dia adalah- Doktor Arash! Mulutku melopong serta mataku juga membulat besar.

Tidak menyangka yang aku akan bertemu dengan doktor itu kembali. Mungkin Allah hantar Doktor Arash ke sini untuk memberi jalan supaya mudah untuk aku meminta maaf kepadanya? Amin, semoga berjalan dengan lancar!

Apabila Doktor Arash naik sahaja ke pentas untuk memulakan program penyakit Talasemia itu, suara gedik pelajar perempuan sudah kedengaran. Ada yang menjerit, ada yang membuat 'wiwit!!', dan macam macam lah! Naik menyampah juga aku. Ye lah, belum habis belajar lagi nak menggedik sana sini. Kalau ye pun doktor itu handsome sangat, cubalah kawal diri tu sebaik yang mungkin. Jangan la jadi macam perempuan liar sangat, dik.

Doktor Arash sudah mulakan programnya itu. Aku bersama guru yang lain patuh mendengar setiap perkataan yang dikeluarkan olehnya. Apa yang aku dengar pasal Talasemia yang disebut sebutkan para nurse dan Doktor Arash ini ialah, suatu penyakit keturunan yang diturunkan daripada kedua ibu bapa. Ini juga adalah satu penyakit yang berkaitan dengan darah.

Penyakit Talasemia terbahagi kepada dua iaitu penyakit Talasemia Major dan pembawa Talasemia. Pesakit ini memerlukan pemindahan dan rawatan seumur hidup jika mempunyai tanda tanda penyakit itu. Hanya dengan melalui ujian darah dapat dikesan tentang penyakit ini.

Selama satu jam setengah berada di dewan, kini masanya untuk bersurai. Mataku melilau mencari kelibat Doktor itu. Puas mataku berpusing dari arah itu dan itu. Takkan dah balik kut?

Aku keluar dari dewan memandangkan semua pelajar juga sudah masuk ke kelas masing masing. Oleh kerana aku tiada kelas sekarang, aku menggunakan masa ini untuk mencari Doktor itu kembali. Hasratku ialah satu iaitu untuk mendapatkan maaf darinya.

Sedang mataku ralit mencari lelaki itu, telingaku mendengar jelas suara garau lelaki sedang bercakap di telefon bimbitnya. Aku cuba mengintai disebalik dinding itu, berharap agar lelaki itulah yang aku cari.

Ya, dialah lelaki yang aku cari! Doktor Arash. Kakiku pantas melangkah ke arahnya. Aku menunggu dibelakangnya sehingga dia habis bercakap di telefonnya.

Badan Doktor Arash terhinjut terkejut tanpa suara setelah badannya dipusingkan kearahku. Dan apa yang membuatku terpana dan kaku apabila telefon bimbitnya jatuh ke permukaan jalan tar yang sememangnya tidak rata itu. Kalau jatuh sahaja takpe, ini hancur berkecai! Bertambah cuaklah mukaku ini.

Doktor itu mengurut dadanya berkali kali. Aku pula menutup mulutku dengan kedua dua belah tanganku. Takut akan dimarahinya, cepat cepat aku keluarkan dompetku dan mengambil beberapa keping wang sebagai ganti rugi.

"Dok- doktor, saya minta maaf sangat sangat! Saya tak expect pula benda macam ni boleh terkejutkan doktor. Sebagai ganti, doktor ambil duit ni beli telefon baru. Saya minta maaf sangat sangat." Tergagap gagap jugalah aku bicara dengannya. Kepala beberapa kali aku tundukkan ke arahnya.

"Err takpe lah Rania, awak simpan je lah duit tu. Memang saya cadang nak beli phone baru pun hujung bulan ni.." Katanya. Riak wajahnya seperti kasihankan aku.

Tapi, betulkah apa yang aku dengar sebentar tadi? Dia masih ingat namaku? Dia masih ingat mukaku?

"Eh doktor, tak boleh. Tak boleh macam tu.. Tolonglah, ambil duit ni. Saya merayu sangat doktor.. Kalau taknak jugak, doktor anggap je ni hadiah untuk doktor. Please doktor, terima.." Aku merayu kepadanya. Kini, rasa bersalahku kepadanya bertambah dua kali ganda.

Sudahlah yang pasal hari itu pun belum lagi meminta maaf, ini pula ditambah masalah lagi. Ya allah, dugaan apa pula ni?

Doktor Arash menggosok leher belakangnya.

"It's okay la Rania. Lebih baik duit tu awak bagi kat mak bapak awak kat kampung sana tu. Takpun, sedekahkan kat mana mana masjid ke, rumah anak yatim ke, rumah orang orang tua ke. Ada juga faedahnya daripada bagi saya yang terlebih mampu ni. Relax la, telefon je kut." Ucapnya tenang. Setenang air laut yang kian membiru.

Aku mengeluh lega.

"Tak pe ke Doktor? Saya memang tak boleh nak relax, sebab ni salah saya. Kalau la tadi saya takde kat belakang doktor, mesti benda ni tak akan jadi punya! Doktor, doktor cakap je apa yang saya kena buat untuk menghilang rasa bersalah saya ni terhadap doktor. InsyaAllah saya tunaikan!" Kataku dengan bersemangat yang tinggi.

"Woah, dah banyak cakap dah sekarang.." Doktor tersenyum. Ya ampun, aku disini sudahpun mencair menjadi air.

"Apa?" Soalku polos.

Dia menggeleng.

"Takde apa, awak salah dengar. Saya cakap sorang tadi.." Balasnya. Hah? Cakap seorang diri? Aku hanya mengangguk mengiakan. Hakikatnya, tadi aku sendiri yang dengar ayat yang dikeluarkan olehnya itu. Ah, mungkin betul. Aku salah dengar.

"Jadi girlfriend saya. Ini untuk tebus semua kesalahan awak. Termasuklah yang awak tuduh saya lelaki miang tu. Boleh kan?" Soalnya.

"What? Takkan la saya nak jadi girlfriend doktor pula? Come on la, kita langsung tak kenal antara satu sama lain! Selain daripada permintaan itu please?"

"Awak kenal saya."

"Tak! Kita baru je kenal masa saya hantar pelajar saya hari itu."

"Awak kenal saya, dah lama."

"Tak!!"

"Okay kalau tak kenal, kenal lah saya."

"Saya tak nak kenal awak."

"Tak kenal maka tak cinta."

Aku membuat muka geli.

"Doktor please lah! Saya mana cintakan doktor. Kenal pun tak pernah!"

"Okay kalau macam tu maaf awak tak diterima. Bye." Katanya sambil berlalu pergi ke arah keretanya.

Aku membiarkan dia pergi. Lantak la dia nak pergi ke apa ke. Yang penting aku tak nak jadi girlfriend dia. Macam lah aku ni kenal dia? Ingat aku ni desperate sangat ke nakkan lelaki? Hell no! Doktor tu yang desperate perempuan sangat.

"Desperate!!" Jeritku setelah kereta itu hilang dari pandanganku.

*******

Have fun guys!

11 Apr
19:36
Mon

Much love,
Myra.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now