"Hai cikgu. Cikgu single lagi ke?" Tanya salah seorang pelajar lelaki tingkatan 5 Marikh yang bernama Arif. Badannya disandarkan di dinding sambil memberi senyuman yang agak menyeramkan. Ini yang aku paling malas nak masuk kelas bawah ni, bukan apa aku takut akan pelajar pelajar lelaki itu. Diaorang nakal sangat, kadang kadang kenakalan mereka membuatku tidak selesa. Sesetengah pelajar di kelas ini baik, senyap je. Tapi, majoritynya perangai hampeh, nakal ya ampun!
"Seronok eh bertenggek depan koridor ni? Pergi masuk sekarang!" Arahku. Wajahku sudahpun bertukar menjadi wajah yang bengis. Suka sangat nak bertenggek depan kelas, bukannya nak belajar. Cuba lah belajar atau buat perkara yang tak membuang masa sikit semasa cikgu belum masuk. Arif lalu masuk ke kelas selepas habis ketawakan aku. Entah apa yang lucu?
"Okay pelajar pelajar, saya taknak you guys semua buat bising. Sepatah perkataan pun saya taknak dengar dari mulut korang. Bukak buku sekarang, and you must study right now! Sedar sikit yang awak semua ni dah nak spm, tolong lah study sebaik yang mungkin. Awak kena ingat eh, spm ni penting sangat untuk masa depan awak semua. Kalau takde sijil, awak fikir ada ke orang nak ambil awak sebagai pekerja? Jangan mimpi la.."
"... And as you know, spm kita memerlukan 3 subjek yang perlu lulus. Jika gagal, tiadalah sijil spm untuk kamu. 3 mata pelajaran yang penting tu wajib sangat sangat lulus, tak kira apa pun alasan." Hujahku panjang. Aku sebagai pengajar iaitu ibu bapa kedua mereka, ingin sekali melihat anak anak muridku berjaya di masa hadapan.
"Cikgu, 3 mata pelajaran apa yang kena lulus tu?" Soal Arif. Aku menepuk dahi lalu menggelengkan kepala. Tinggal beberapa bulan sahaja pun still tak tau apa mata pelajaran yang wajib lulus. Aku mengeluh. Inilah budak zaman sekarang, mengabaikan mata pelajaran.
"Bahasa melayu, Bahasa inggeris dan sejarah. Ketiga tiga mata pelajaran itu memang kena lulus, take note. Tapi, bahasa inggeris tu saya tak pasti lagi sama ada wajib ataupun tidak. Yang penting, kamu semua harus berusaha lebih lagi untuk capai kejayaan.." Aku memberi kata kata semangat kepada mereka. Siapa kata aku tak sayang pelajar yang nakal? Aku marah ataupun tidak suka akan perangai mereka, tidak bermaksud aku tidak sayang akan mereka. Jelas sekali aku risau akan peperiksaan spm yang bakal menjelang beberapa bulan sahaja lagi.
Mereka semua mengangguk tanda faham. Yang berborak tu, aku abaikan. Malas mahu mengambil pusing, yang penting tugas aku untuk menyampaikan pesanan ringkas sudahpun selesai.
***
Aku diberitahu bahawa esok akan diadakan program kesihatan yang berkaitan dengan penyakit Talasemia. Hanya untuk tingkatan 4 dan 5 sahaja. Aku sendiri pun tidak tahu apa penyakit itu, tidak pernah dengar.
Aku bersorak dalam hati kerana esok selepas rehat aku tiada kelas. Maka, dapatlah aku siapkan segala tugasku. Tapi, para guru juga dikehendaki berada di dalam dewan.
Suasana di kelas kini benar benar mengimbau masa laluku ketika berada di bangku sekolah menengah. Aku tersenyum sendiri, memperingatkan hal hal yang gembira sepanjang menjadi pelajar. Tidak dapat aku gambarkan, betapa seronoknya masa itu bersama rakan rakan.
Dan saat itu juga aku teringat akan seseorang. Seseorang yang pernah ada dalam hatiku. Cinta monyet mungkin? Cinta yang aku pendam seorang diri selama 4 tahun. Namanya tidak perlulah disebutkan kerana sudah lama nama itu dihapuskan olehku atas faktor yang positif.Kadang kadang, apabilaku mengimbau semua kenangan kenangan itu, air mataku seakan akan mahu terjatuh dari tubir mata. Bukankah itu kenangan yang manis? Kenapa perlu mengeluarkan air mata? Mungkin aku rindu akan semua kenangan yang telah terbina itu. Ya, aku rindu mereka semua yang pernah menjadi sahabatku.
Macam orang selalu cakap, dalam gembira pun ada juga terselit kesedihan. Hey come on la Rania, asal kau emosi sangat ni huh? Chill babe, chill.
"Cikgu okay tak?" Tanya salah seorang pelajar perempuan yang aku lupa apa namanya itu menghentikan lamunanku. Aku terpinga pinga sebentar.
"Cikgu? Okay tak?" Pelajar itu melambai lambaikan tangannya di hadapan mataku. "Eh, cikgu okay je la. Cuma cikgu mengantuk sikit, banyak buku nak tanda semalam.." Kataku bagi alasan. Alasan yang kukuh, kan?
"Dia kerja apa eh sekarang? Entah entah dah kahwin ada anak 4 dah." Kataku seorang diri. Kesemua pelajar memandangku dengan riak wajah yang amat pelik sekarang. Awkward gila. Aku tersengih dan cuba mencari alasan. "Cikgu tengah baca novel ni.." Kataku sambil menunjukkan sebuah novel cinta yang menjadi peneman setiaku.
Nasib baik ada alasan! Kalau tidak, pasti mereka semua menganggap aku gila sebab cakap sorang sorang.
***
Sedang aku ralit lihat panggilan yang pernah masuk di WhatsApp, tanganku tertekan nombor doktor Arash. Tertekan, bukan sengaja!! Aku panik dan tanganku ingin meletakkan panggilan tetapi malangnya panggilan itu sempat dijawab olehnya.
"Hello? " Doktor Arash menjawab panggilan itu dengan nada yang agak ceria. Namun ceria itu seperti dikawal supaya sentiasa kelihatan cool dan macho."Haa hello doktor, saya ni cikgu Rania.." Dalam pada itu, aku sedang berfikir untuk menjawab soalan yang bakal kuterima sebentar sahaja lagi. Think it fast Rania!!
"Ye saya tau, saya save number awak.. Kenapa call saya? Nak jumpa saya ke?"Jawabnya dengan begitu confident.
Dahiku berkerut. Perasan betul mamat ni. Kenal pun tak, nak ajak keluar. Memang tak la. "Err bukan, saya call ni just nak tanya keadaan Aina je. Ye la, minggu ni saya busy sangat sangat and tak sempat nak jenguk dia.. Aina macam mana, okay ke?" Fuhh, nasib baik alasan ni boleh pakai!
"Aina? Alhamdulillah kaki dia dah okay. Lusa insyaAllah dah boleh balik. Kenapa cik Rania tak tanya parents dia je? " Ah sudah, apa aku nak jawab weh?
"Oh tu!! Saya— lupa nak save number parents Aina.." Tergagap gagap aku menjawabnya. Harap doktor ini tidak banyak soal lah. Naik rimas juga aku dengan doktor ini.
" Oh kalau macam tu bila nak melawat Aina? Datang la lawat dia, alang alang tu boleh kita jumpa.. " balasnya.
"Tengok la dulu kalau esok saya free saya tengok dia. Err doktor, jangan miang sangat boleh tak? Kadang kadang your attitude ni buat saya rasa menyampah plus geli geleman. Betul, saya menyampah gila dengan ayat doktor tu. Nak jumpa la nak ajak keluar la. Please la, be a professional doctor. Okay?" Tiba tiba beraniku datang untuk memaki hamun doktor itu. Habis dadaku turun naik turun naik kerana membebel dengan sekali lafaz. Fuhh
"Sejak bila pula saya miang? Saya ajak awak keluar and jumpa sebab saya just nak discuss pasal your student tu. Habistu takkan saya nak discuss benda ni dalam talian ni pula? Ini tanggungjawab awak sebagai guru, takkan nak let go macam tu je? And please be a professional teacher." katanya tegas lalu meletakkan panggilan itu. Eh dia ni memang cepat bertukar mood ye? Tadi ok je, ni tiba tiba dah sentap!
Woi Rania, siapa yang tak sentap kalau dituduh lelaki miang?
Aku terkaku sendiri. Handphone masih lagi melekap ditelingaku. Marah betul doktor handsome tu sampaikan aku belum sempat pun menjawab dan meminta maaf. Perasaan serba salah mula timbul di hati ini, sudahlah tidak sempat meminta maaf.
*******
9 Apr
16:30
SatMuch love,
Myra ❤
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance