30

15.3K 449 18
                                        

Aku seolah olah berada di alam mimpi selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Arash itu. Aku berniat untuk berjumpa dengannya sekali lagi untuk membuktikan sendiri sama ada dia benar benar mencintai aku ataupun sebaliknya.

Aku tersenyum riang.

Idea yang baru masuk ke dalam otak sebentar tadi memang idea yang paling bagus untuk membuktikannya. Dan aku berharap, segala yang dirancang akan menjadi baik baik sahaja kerana setiap yang dirancang tidak semuanya akan menjadi elok kerana manusia hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Wallahualam.

Aku keluar dari bilik dan seterusnya menuju ke ruang tamu. Aku mengambil tempat dimana Imanina sibuk menonton sambil membuat kerjanya.

"Imanina, can I ask you something?" Tanyaku.

"Sure, teruskan." Balasnya sambil matanya tidak lekang dari laptop.

"Macam mana Asyraf pikat kau dulu? I mean, apa dia buat untuk mendapatkan hati kau?" Tanyaku beria ria. Aku perlu tahu semuanya tentang ini. Hal ini mungkin akan lebih memudahkan urusan aku.

Imanina berfikir sejenak.

"Dulu Asyraf selalu bawa aku keluar makan. Selalu dia aje yang belanja. Kalau kau nak tahu, aku langsung tak pernah belanja dia makan. Sebab dia cakap, dia buat semua ni sebab dia nak belajar sebahagian tanggungjawab seorang suami." Cerita Imanina.

"Lagi?"

"Lepastu, dia akan cuba juga dapatkan aku dengan ayat ayat sweet dia. Masa mula mula dulu, aku memang nak termuntah dengar ayat sweet macam tu. Tapi at last, aku termakan juga dengan ayat gula dia tu,"

"Kalau Asyraf ni dia lain sikit tau. Sebab setiap bulan, dia akan bagi aku hadiah. Bagi coklat, bunga, perfume, shawl. Sampai aku rasa macam segala kehendak aku dah cukup, tak payah beli lagi." Aku mengangguk angguk mendengar kisah cinta rakan baikku seorang ini.

"Sekarang dia still bagi kau hadiah ke?"

Imanina menggeleng.

"Aku kasi warning dia awal awal supaya tak membazir. Aku cakap, kalau dia nak kahwin dengan aku, kena simpan duit and tak payah bersusah payah bagi aku hadiah. Apa yang penting, duit untuk masa hadapan kitaorang. Dan last sekali, kitaorang tunang! Now, tunggu masa nak naik pelamin aje!" Katanya girang.

Pada pandangan aku, Asyraf tu nampak seperti seorang jejaka yang langsung tiada sifat romantik! Zero point! Tapi bila dengar kisah kisah cinta Imanina dengan Asyraf, aku sedikit terkejut. Oh, romantik rupanya si Asyraf ni.

"Kenapa kau tiba tiba tanya pasal ni? Ada apa apa yang kau sorokkan dari aku ke Rania?" Kini tiba masanya Imanina bertanyakan soalan kepadaku.

"Tak ada apa pun, saja tanya." Balasku sambil tersengih. Imanina menggeleng lalu menyambung kembali kerjanya.

***

Malam keesokannya, seperti yang dijanjikan, aku bersama Arash keluar untuk makan malam. Sebenarnya bukan aku yang ajak, tetapi dia yang ajak! Aku apa lagi, rezeki jangan ditolak. Dah ada orang nak belanja dinner, why not kita ikut kan?

Arash juga yang akan menjemputku dari rumah. Katanya lebih jimat jika menggunakan satu kenderaan. Dia juga memberi alasan bahawa restoran yang dituju oleh kami itu berdekatan dengan rumah aku. Pada awalnya memang aku membantah kerana aku tidak mahu menyusahkannya lagi. Tapi setelah dia memberi alasan yang kukuh untuk aku menumpangnya, aku akur.

Kedengaran seperti bunyi hon beberapa kali. Aku menjenguk melalui sliding door, nampaknya Arash sudahpun sampai. Aku melangkah keluar dari rumah dan memakai flat shoes lalu masuk ke dalam keretanya.

Please Be Mine, Sayang.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang