20

14.5K 511 32
                                    

Selesai sahaja habis kelas tambahan aku bersama pelajar yang kami buat di taman tasik titiwangsa, aku berjalan jalan di sekitar situ untuk mengambil angin.

Aku bercadang untuk datang jogging di sini pagi esok memandangkan aku masih lagi bercuti. Sambil sambil tu, bolehlah aku menyihatkan badan yang sudah lama tidak bersenam ini.

Dapat keluarkan peluh sedikit pun okay, asalkan keluar peluh disebabkan bersenam. Baru lah sihat!
Ketika aku sibuk menghirup udara yang segar di situ, aku ternampak kelibat Bella bersama Arash yang tidak jauh denganku. Alamak, kenapa time ni juga dia ada kat sini? Aku tak nak tengok muka dia! Tak nak, tak nak!

Takde tempat lain ke diaorang nak jumpa? Sibuk je datang sini, menyakitkan mata betul!

Aku terus patah balik ke belakang untuk pulang ke rumah. Tengok muka dia, buat aku hilang mood saja. Lebih baik aku beredar dari tempat ni. Namun, belum sempat aku langkah 6 langkah, suara Bella sudah kedengaran memanggil aku.

Aduh, kenapa dia perasan?

Aku teruskan berjalan dan buat buat pekak.

"Akak Rania!!" Panggil Bella.

Aku berjalan lagi.

"Akak, stop lah!" Panggil Bella lagi.

Dan akhirnya aku berhenti daripada berjalan. Terasa serba salah pula memenatkan Bella. Eh kejap, siapa suruh dia kejar aku? Kalau nak cakap apa apa pun, tak boleh tunggu kat rumah nanti ke?

Dan perlahan lahan aku memusingkan kepalaku ke belakang.

"Eh sorry Bella, akak tak perasan yang Bella panggil akak tadi. Patut la dengar macam ada orang panggil nama akak, rupanya Bella yang panggil.." Kataku tersengih sengih. Maaf Bella, akak terpaksa menipu. Ampun!

Di situ, aku terlihat Arash yang seperti mahu ketawa tetapi ketawanya itu seperti ditahan tahan. Dia kembali kepada muka asalnya iaitu kekal macho.

Entah apa apa dia ni, benda macam tu pun nak ketawa. Fikir lawak? Dah tu, nak ketawa ketawa je lah. Tak payah nak tahan tahan macam orang nak tahan berak. Meluat aku tengok.

Aku merenungnya tajam.

Menyampah. Rasa macam nak tumbuk tumbuk aje muka dia ni.

"Eh takpe akak.. Bella panggil ni pun sebab nak ajak akak lunch sekali dah kebetulan jumpa akak kat sini kan.."

Alamak.

"Eh takpe lah Bella, akak dah masak tadi kat rumah tu. Ada kat bawah saji.." Bohongku lagi berharap Bella tidak membuka saji sewaktu dia berada di rumah tadi.

"Eh? Tadi Bella check takde pun?"

Dush.

Apa aku nak jawab ni? Tu la kau Rania, kalau nak menipu pun agak agak la, fikir dulu. Ni tak, main bedal je cakap.

"Nak join ke tak ni?" Tiba tiba Arash bersuara. Kata katanya kedengaran seperti dingin. Tapi takde la dingin sangat. Entah, tak tau nak describe macam mana.

"Takpe, nak makan kat rumah je.." Tolakku lagi. Memang tak la aku nak makan semeja sekali dengan Arash ni. Dah la buat muka sombong dengan aku. Eeii serious rasa macam nak sepak.

"Ala please akak? Lagipun nanti alang alang tu nanti kita balik sama sama je lah. Kejap lagi Abang Arash dah kena balik hospital.. Tu pun kalau tak menyusahkan akak la.." Rayunya lagi.

Aku mengalah juga akhirnya. Akur. Kesian pula melihat Bella yang separuh merayu kepadaku. Tapi, aku tak nak berdepan dengan dia ni.

"Okay la akak ikut." Kataku lemah.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now