23

13.3K 506 16
                                    

Aku yang berada di dalam selimut itu langsung tidak bergerak melainkan jantungku yang pantas berdegup ini. Tapi, kenapa senyap aje? Aku ni mengigau lagi ke? Aku cuba keluarkan diri dari selimut itu. Mataku membulat apabila melihat Arash masih lagi berada dekat denganku.

Tapi..

Kenapa dia pandang aku semacam? Keningnya juga turut diangkatnya. Pelik sangat ke muka aku sekarang sampai nak pandang pandang macam tu?

"Dah kenapa terjerit jerit macam orang kena histeria? Siap menangis pula tu," katanya lagi.

Aku tunduk, malu.

"Jangan datang dekat. Saya tak suka." Balasku. Dan mataku terlihat apa yang dia sedang pegang itu. Eh, dia pegang teddy bear yang dia bagi kat aku hari tu lah! Jadinya... Aku dah salah faham ke ni? Ah, banyak sangat tengok drama kau ni Rania! Sampai sampai kau terfikir benda yang macam dalam drama.

Dia tersenyum nakal.

"Ohh... Saya faham kenapa awak takut sangat tadi.. Awak takut saya apa apa kan awak kan?" Katanya. Senyuman yang agak nakal masih lagi ada dibibirnya.

Malunya.

Aku rasa soalan dia tu betul betul bodoh. Perempuan mana tak takut weh kalau tiba tiba lelaki datang dekat, dah tu duduk sebilik pula tu. Haih, aku kena lari ni!

Aku buat muka selamba. Kononnya nak control riak wajah ni supaya jadi tenang, tapi tak tau lah menjadi ke idok.

"Apa? Saya jerit sebab tiba sakit perut tu datang lagi la.. Jangan perasan okay, saya langsung tak takutkan awak. Sikit pun tak," Balasku. Aku tahu tindakanku ini sedikit bodoh. Ada ke patut aku jawab aku tak takut kepada dia? Buatnya dia apa apa kan kau, naya kau Rania!

Aku keluar dari selimut dan bangun dari katil. Nak keluar, buang masa aje duduk dia dia ni. Lagipun tak elok, karang ada syaitan menghasut, naya lagi kau Rania.

Dia tarik hujung lengan bajuku sehingga aku hampir sahaja terjatuh. Wah, main kasar nampak? Aku rasa hati aku dah mendidih ni, tunggu nak meletup aje ni. Nasib baik dia tarik hujung lengan baju, kalau dia sentuh kulit aku... Memang  nahas la dia aku sepak terajang!

"Apa ni?" Marahku kepadanya. Dia pula hanya tersenyum sinis memandangku. What the hell, kenapa dia buat macam ni? Kalau lah aku sekarang ni tak menumpang rumah dia, dah lama aku pijak pijak dia ni. Tak pun, bagi tumbukan yang padu!

Dia menapak ke arah aku lagi. Aku megerutkan dahi. Dia ni nak apa lagi? Agaknya kalau aku terajang dia sekarang boleh tak? Tak salah kan kalau aku nak terajang dia? Dia yang cari pasal dulu, bukan aku.

"Nak pergi mana?" Soalnya dengan nada separuh berbisik.  Err, habis naik semua bulu roma aku. Dah kenapa entah perangai dia lain macam hari ini.  Menakutkan betul. Tak pasal pasal aku jadi gugup bercampur menggelabah di hadapannya.

Lagi sekali aku menapak ke hadapan untuk ke pintu. Dia halang lagi sekali dengan menarik bajuku sehinggakan muka aku hampir sahaja terkena dadanya. Hampir! Tapi belum terkena.

"Awak nak apa lagi?" Kali ini suara aku benar benar kuat. Tapi suaraku kedengaran seperti gagap kerana takut. Sengaja aku kuatkan suara supaya Imanina dan Bella dengar dan datang ke bilik ini.

Dia tenungku lama sehingga jantungku berdegup dengan kencang sekali. Hati aku juga menjadi tidak keruan. Ya Allah, bantu aku! Aku paling benci perasaan yang aku alami sekarang ini. Ianya amat seksa!

Selepas beberapa saat itu dia ketawa kecil.

"Tau takut. Lain kali jangan berlagak berani okay? Ni baru usik sikit dah kecut perut.." Ejeknya sambil ketawa. Nak aku ulang lagi ke? Memang wajar la aku takut bila dia tenung macam tu! Girls, siapa yang tak takut kan kalau lelaki tenung lama lama macam tu? Lain la kalau perempuan tu pun tergedik gedik suka kena tenung macam tu dengan lelaki.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now