27

13.8K 456 49
                                    

Malam itu aku langsung tidak boleh melelapkan mata. Mungkin belum biasa lagi dengan tempat yang baru. Ataupun sebab tadi? Hati aku juga tidak tenang memikirkan hal tadi. Nak mengadu kepada Bella, tapi takut kacau dia pula. Aish, berserah pada Allah aje lah, malas dah aku nak fikir.

Entah pukul berapa aku tertidur ketika membaca novel. Bangun bangun aje sudah pukul 6.15 pagi, aku lewat 15 minit! Nasib baik 15 minit aje, kalaulah lewat lebih daripada 15 minit, habislah jatuh saham aku sebagai seorang guru yang tepati masa! Bukan jatuh saham aje, malah pasti dimarahi pengetua!

Selepas bersiap semuanya, aku dan Imanina terus bergegas keluar dari rumah. Disebabkan hari ini aku dan Imanina tiada sebarang kelas tambahan, kami berdua menaiki sebuah kereta. Lebih jimat dan tak mensesakkan jalanraya!

Dengan pantas aku menuju ke arah keretaku yang berada di hadapan pintu rumah. Sedang aku membuka pintu kereta, aku terdengar suara yang memanggilku. Sudah tentu bukan suara Imanina kerana suara itu suara lelaki. Takkan Imanina berubah menjadi lelaki pula kan?

Aku memandang ke arah empunya suara itu.

"Baru pindah sini ke?" Tanyanya yang juga sibuk bersiap untuk memasuki kereta. Perasaan aku sedikit terkejut. Dia ke jiran baru aku? Tapi semalam kenapa rumah sebelah ni macam tak ada orang?

"Haah, kitaorang baru aje pindah semalam.. Oh, so kita ni berjiran lah? Tapi semalam langsung tak nampak pun orang dalam rumah ni?" Balasku kembali sementara menunggu Imanina mengambil sesuatu yang tertinggal di biliknya.

Dia mengangguk membalas persoalan aku.

"Semalam saya tak ada kat rumah, saya balik kampung.. Saya still tak sangka tau yang kita ni berjiran. Kalau macam tu, boleh lah kita jumpa hari hari!"

"Saya pun tak sangka juga. Kalau macam ni, muak juga saya asyik asyik tengok muka awak. Kat sekolah tengok muka awak, kat rumah pun nampak muka awak juga. Lama lama boleh termuntah dan naik bosan juga kalau macam ni," gurauku. Tapi di dalam hati, setiap kata kata yang aku keluarkan itu, ada benarnya.

"Itu awak. Saya sedikit pun tak bosan tengok muka awak hari hari Rania.. Malah, saya gembira sangat bila dapat tahu yang awak duduk sebelah rumah saya tau. Semakin banyak lah chance saya nanti," kata katanya itu membuatkan aku berasa loya nak termuntah.

"Okay lah Akmal, saya pergi dulu, dah lewat ni.." Balasku sebaik sahaja melihat Imanina yang sudah menutup pintu pagar rumah. Kalau aku lama layan Akmal ni, agaknya boleh termuntah pelangi mendengar kata katanya yang sedikit poyo itu.

Aku yang sudah berada di tempat pemandu itu dapat melihat wajah Imanina yang seakan akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Masakan tidak, Imanina pun tidak suka dengan Akmal itu. Kaki bodek!

"Betul ke apa yang aku nampak tadi?" Soal Imanina sebaik sahaja dia menaiki kereta.

"Betul lah. Kau tak percaya kan? Aku lagi lah tak percaya. Nampaknya, tak keluar lah kita kalau macam ni. Mana taknya, keluar aje dah nampak muka dia tu. Menyampah!" Balasku. Nak sidai kain pun pasti berasa tidak tenang nanti.

"Betul tu betul, aku sokong kau! Tapi kau pernah terfikir sesuatu tak Rania?"

"Terfikir apa dia?"

"Fikir aje lah dulu. Bila kau dah fed up baru aku kasi kau jawapan."

"Eh cik Imanina, aku ni tak ada masa tau nak main teka teki dengan kau. Kau nampak kan aku tengah drive ni. Tak ada masa lah aku nak fikir benda benda macam tu. Kalau kau nak main sangat teka teki, pergi ajak encik tunang kau tu.."

"Ish kau ni Rania relax sudahlah, aku gurau aje. Aku terfikir yang kita ni dah kenapa asyik bencikan sangat dengan Akmal tu? Dia ada buat apa apa salah ke dengan kita sampai kita selalu kutuk kutuk dia hah?"

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now