14

14.9K 586 53
                                        

Selepas balik dari dating, eh silap! Jumpa dengan Arash, aku hanya bersantai di bilik sambil mendengar lagu. Aku mencari novel untuk dibaca, namun hampa. Semuanya habis licin dibaca olehku. Oleh kerana tiada apa yang perlu dibuat selain mendengar lagu, aku menaip sesuatu di youtube. Setelah jumpa apa yang ku cari, aku bangun dari katil dan berdiri di hadapan cermin.

Lagu Tinkerbell yang dimainkan itu bermain di gegendang telinga aku. Setiap gerak geri beberapa gadis comel yang menari itu aku ikut mengikut rentaknya. Lagu ini menjadi daya tarikanku kerana tarian dan lagunya yang comel. Bukan itu sahaja, oleh kerana aku adalah penggemar 'fairy tale', maka secara tidak langsungnya aku menjadi suka dengan tema dan konsep lagu ini.

Music videonya juga memaparkan seperti kita berada di alam dongeng. Hal itu membuatkan segala penat lelah aku hilang seperti ditiup angin.

Aku bukan sejenis yang suka buang masa dengan tidur sahaja. Daripada tidur, lebih baik aku menghabiskan masa dengan menari. At least, lemak yang tak beberapa nak ada dibadan juga turut terbakar dengan mudahnya. Petang itu, masaku habis dengan menari sahaja.

Ya, inilah kehidupanku. Kehidupan tanpa seseorang kekasih. Lebih menyeronokkan bukan?
Aku sendiri tidak tahu bila mahu meninggalkan dunia kpop. Mungkin bila aku berkahwin nanti, dunia kpop ini akan aku tinggalkan. Paling tidak pun, aku layan drama aje. Lagu lagu tu semua akan aku cuba untuk dibuang. Auch. Orang yang merasainya akan tahu apa yang aku rasa sekarang ini kan?

***

Aku baring di atas sofa untuk merehatkan badan. Tv yang terpasang di hadapan sofa juga aku tonton sambil berbaring. Tiada rancangan mahupun drama yang menarik, lalu aku keatas untuk mengambil buku pelajar yang perlu ditanda.

Rumah ini benar benar sunyi tanpa Imanina. Sesekali aku rasa macam nak mengeluarkan air mata disebabkan merinduinya.

Oleh kerana petang tadi aku dah makan, jadi malam ni rasanya aku boleh bertahan kot sampai pagi esok. Kalau lapar pun, kunyah biskut cicah teh'o ke, makan maggie ke.

Sedang aku kusyuk menanda buku buku latihan pelajar, tiba tiba hatiku berasa tidak tenang. Macam ada aje benda yang tak kena. Aku rasa macam asyik terfikir pasal penyamun aje. Untuk menghalau perasaan itu, segera aku mengacau teh'o dan mengambil balang yang berisi biskut kosong.

Makan. Mungkin ini dapat menghalau perasaan ini? Sambil aku makan, sambil aku menyiapkan segala tugasanku. Sesekali aku ketawa kecil melihat jawapan yang diberi pelajar, merepek. Sekolah menengah pun ada yang suka beri jawapan yang merepek macam ni.

Selepas siap menanda, aku menutup segala yang perlu dan beredar untuk ke bilik. Mataku sudahpun terasa berat. Aku menguap beberapa kali sebelum aku akhirnya tertidur dengan hati yang gembira kerana esok Imanina akan pulang!

***

Di sekolah macam biasa, aku melayan setiap karenah anak muridku. Sebagai seorang guru yang masih lagi muda, aku dikategorikan sebagai salah satu seorang guru yang sporting dan agak famous. Tapi! Sporting sporting aku pun, kalau kerja rumah tak siap, berdiri depan kelas! Takpun, kasi tangan untuk dipukul guna pembaris khas yang sentiasa ada di dalam bag aku.

"Cikgu! Hari ni boleh tak cikgu stay sekolah sampai petang? Kitaorang nak buat discussion pasal soalan ni.." Kata salah seorang pelajar perempuan yang bernama Wawa itu.

Aku berfikir sejenak. Terasa serba salah la pula kalau tolak ajakan mereka. Mereka bukannya ajak lepak ke apa, mereka ajak belajar. Perkara yang baik. Tapi dalam pada masa yang sama, aku juga terikat dengan perjanjian untuk menunggu kepulangan Imanina.

"Cikgu, boleh ataupun tidak? Ke cikgu ada date dengan boyfriend ke petang ni.. Kalau macam tu takpe la, esok boleh kan?" Tanya wawa lagi.

"Eh budak ni, kesitu pulak.. Cikgu ni still single tau, but not available!" Kataku bergurau membuat mereka ketawa kecil.

Please Be Mine, Sayang.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang