Bunyi loceng yang bingit itu membuatku tersedar dari lena. Aku bangun dari katil dan terus ke luar untuk ke pintu. Di pintu itu, aku melihat gerangan siapakah yang datang dengan menggunakan benda yang bulat yang ada di tengah tengah pintu itu. Apa nama benda alah tu eh?
"Assalamualaikum!" Jerit sang suara garau.
Terlihat akan tubuh badan Arash bersama seorang perempuan yang lebih muda melalui benda bulat yang ada di tengah pintu itu, tanganku segera ingin membuka pintu. Namun niat itu terbatal apabila menyedari akan pakaianku ini.
"Waalaikummussalam, kejap!" Jeritku dari dalam segera masuk ke bilik.
Aku segera menggapai sweater lalu sweater itu aku zipkan di bahagian tengahnya. Untuk menutup kepala, aku mengikat rambut lalu hoodie itu aku naikkan di kepala.
Aku mengeluarkan kepalaku sedikit di celah pintu itu.
"Eh Arash..." Kataku pura pura baru tahu akan kehadirannya. Walhal aku sudahpun tahu akan kehadirannya melalui benda alah itu.
Arash hanya senyum.
Pintu grill dicapai olehku lalu grill dibuka untuk mereka masuk. Aku mempersilakan mereka masuk dengan kelam kabutnya. Terasa pelik pula apabila kita sebagai penumpang mempersilakan tuan rumah. Kan?
"Rania, kenalkan ni adik saya Bella. Bella akan temankan korang untuk buat sementara waktu ni. Tempat belajar dia pun tak jauh dari sini, so senang lah nanti.." Dia memperkenalkan adiknya kepadaku.
Aku mengangguk mendengar kata katanya.
"Hi akak! Nice to meet you.." Bella menyapaku dengan nada yang ceria lalu menyalami tanganku. Aku memandang Bella. Cantik, sama seperti abangnya. Bella juga tinggi orangnya. Memang keluarga Arash ni tinggi kah orangnya?
"Nice to meet you too, Bella.." Jawabku dengan senyuman yang tak lekang dari bibirku. Walaupun dah lenguh.
"Eh kejap ya? Saya buatkan air dulu.." Aku segera ke dapur.
"Eh tak payah tak payah.. Kami berdua baru je lepas minum tadi.. Lagipun saya dah nak balik ni," Halang Arash.
Aku kembali berpatah balik kepada mereka. Terasa betul betul janggal. Lagi lagi apabila aku berpakaian seperti ini. Bersweater dengan kain songket dari sarawak itu. Ini semua disebabkan terlalu penat, sehinggakan kain dari baju kurung pun belum dibuka.
"Baru bangun tidur eh?" Soal Arash sambil tersenyum. Bella pula sudah memasuki biliknya yang bersebelahan dengan bilik aku dan Imanina.
"Hah? Oh— haah penat sangat tadi. Ni pun terpaksa batalkan kelas tambahan dengan student.." Kataku sambil membetulkan hoodie di kepalaku.
"Oh patut la baju pun tak tukar lagi..." Katanya sambil mengangguk-angguk. Aku hanya diam membatu, malu.
"Takpe lah kalau macam tu, saya balik dulu. Malam nanti saya call," Arash bangun dari sofa.
"Hah buat apa nak call?"
"Saja nak borak borak, lepaskan rindu? Lagipun sekarang kan awak jadi girlfriend saya. So why not? Ke awak busy malam ni?"
"Oh, tak. Tak busy pun. Wait, bila masanya saya jadi girlfriend awak? Perasan betul dia ni," Jawabku.
"Suka hati la Rania.. But for me, you're my girlfriend.. Okay la, I need to go now. Take care okay? Kalau apa apa call je saya. Bella pun ada tu, nanti tanya je dia kalau perlukan apa apa okay sweetie?" Dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku yang terkejut itu terus membuat muka menyampah kepadanya. Walhal aku masih terkejut bercampur dengan gembira. Gembira? Eh?
"Bella! Abang dah nak balik ni!" Jeritnya kuat. Beberapa saat selepas itu, Bella terus keluar untuk menyalami abangnya.
"Jangan nakal nakal! Kau nakal, abang suruh buah hati abang ni report kat abang.. Jaga diri, jangan lupa solat, dengar apa akak Rania cakap.."
YOU ARE READING
Please Be Mine, Sayang.
RomanceHati yang tak akan pernah berubah. Sejak dulu. # 8 in romance #33 in romance #196 in romance #170 in romance #139 in romance