33

11.8K 416 7
                                    

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari, aku keluar untuk check out. Segala persiapan untuk pulang, sudah lama aku kemas. Perjalanan yang selama beberapa jam itu aku tempuh dengan bertemankan radio.

Aku mengeluh. Semua siaran radio yang diputarkan itu langsung tidak menarik minatku untuk mendengar. Pantas aku mencucukkan pendrive yang ada semua lagu kesukaanku. Sesekali mulutku bergerak bernyanyi nyanyi kecil sambil memandu.

Setelah sampai, benda pertama yang aku lakukan ialah mengemas segala pakaian dan memasukkan semua baju kotor kedalam bakul lalu membasuhnya. Oleh kerana Imanina masih belum pulang dari kampungnya, aku hanya mengurung diriku di dalam bilik ini.

To : Arash
Arash, saya dah sampai rumah dah ni. Esok kita date kan? Pukul berapa nak ambil? Actually saya ada banyak benda yang nak dipersoalkan.

Sementara tiada apa yang perlu dilakukan untuk saat ini, lalu kertas kertas peperiksaan yang ada dalam beg itu aku ambil lalu menandakannya. Mujur sesetengah kertas soalan sudahku tandakan sebelum kesana, kalau tidak terpaksalah berhadapan dengan ini selama berjam jam.

Message yang dihantar tadi itu langsung tiada balasan darinya. Aku sedikit hairan. Oh okay, mungkin kreditnya habis? Lalu tanganku membuka aplikasi Whatsapp. Nama Arash aku sentuh untuk menghantar pesanan.

Last seen 12.00 am
Yesterday

Last seen dia semalam. Tepat waktu dia keluar untuk ke hospital. Okay ni memang sah, dia habis data. Takpun, dia tersangat busy. Lalu aku membiarkan sahaja. Mungkin, malam ini Arash akan online?

"Rania, Rania!!" Jerit suara di luar. Kejap, itu suara Imanina. Ya, aku yakin sangat itu adalah suara Imanina. Dengan segera aku melompat dari katil dan menuju kearah pintu yang berkunci itu lalu dibukanya.

"Imanina, aku kat atas lah!" Jeritku semula memanggilnya. Mulutku menghasilkan senyuman apabila melihat muka Imanina. Rindu!

Tapi, kenapa mukanya begitu cemas?

"Imanina, kau kenapa?" Soalku kepadanya. Imanina yang cuba untuk mengambil nafas setelah mendaki tangga untuk kebilik aku pandang.

"Kau kena ikut aku sekarang Rania. Urgent!" Kata Imanina lalu menarik lenganku.

"Nak ke mana? Kalau kau nak suruh aku temankan kau pergi mana mana, aku taknak. Aku tak nak keluar ke mana mana buat masa sekarang. Aku penat. Esok lah ye?"

"Bukan! Ini tentang Arash." Jawabnya dengan suara yang mengendur. Aku mula merasa tidak sedap hati. Kenapa dengan Arash?

"Arash? Kenapa dengan dia Imanina?"

"Dia.." Imanina seperti ragu ragu untuk menjawab persoalan aku.

"Kenapa dengan Arash, Imanina jawab!" Kataku dengan tegas. Tangannya aku genggam dan menggoncangkannya.

"Dia accident. Kau pergi bersiap then ikut aku sekarang, kita pergi lawat dia. Keadaan dia parah Rania. Dia tak sedarkan diri dari semalam." Beritahu Imanina.

Aku terkedu.

Terkaku.

Terpaku.

Terkejut.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now