8

17.2K 657 42
                                    

"Kenapa dengan kereta ni rosak ke Rania?" Soal Doktor yang bernama Arash itu.  Dia menyoal sungguh lembut. Lengan kemejanya yang diangkat sehingga ke siku itu benar benar membuatkan ku seperti tidak keruan. Handsome tahap baboon!

"Err— rosak kut. Saya tak tahu, tiba tiba dia berhenti sampai keluar kepulan asap hitam." Percakapanku agak gagap.

Dia kemudian menge-check apa yang patut dan kemudian telefon pintarnya dikeluarkan. Wow, Samsung S7 Edge! Jeritku dalam hati. Nampaknya, doktor itu benar benar membeli telefon yang baharu.

"Saya dah call pomen untuk ambil kereta awak. Saya nak tolong pun memang tak boleh sebab memang kena servis dekat car service." Beritahunya.

Aku mundar mandir.

"Saya kena ikut pomen tu ke?" Soalku polos.

"Tak. Awak ikut saya," katanya lalu masuk ke kereta miliknya.

Aku hanya mengangguk kecil.

"Rania, nak duduk situ sampai balik ke?" Soalnya. Aku sudah terpinga pinga. Sempat pula aku mengelamun tadi. Aku menggelengkan kepalaku dan tergelak dengan sikap sendiri.

Aku ambil tempat di sebelahnya. Baru sahaja kereta itu nak bergerak aku sudah memberhentikan doktor itu.

"Kejap! Tunggu doktor, saya lupa nak ambil barang dapur kat dalam bonet.."

"Duduk dalam kereta ni diam diam. Biar saya ambilkan barang awak." Arahnya membuatkanku terpaku dan diam tak berkutik sehingga dia kembali kedalam kereta bersama barang dapurku.

Tiba tiba badannya mendekati badanku. Aku sudah mula panik. Apa yang harus aku lakukan? Tangan doktor itu kemudian seperti mahu menyentuh kulitku. Lalu, aku menyilangkan kedua dua buah tanganku dan menutup bahagian dadaku dengan mata yang terpejam.

"Doktor, jangan buat macam ni please.. Saya merayu," kataku dengan mata yang masih terpejam rapat. Air mataku sudah mahu melimpah tumpah.

Klikk!!

Tali pinggang sudahpun melekat di badanku. Rupanya, niatnya hanya untuk memakaikan tali pinggang kepadaku.  Aku membuka mata, memandangnya dengan pipi yang sudah berubah warna. Kain tuala kecil diberikan kepadaku.

"Lap air mata tu, jangan menangis." Pujuknya. Lambat lambat aku ambil kain itu.

Dia ketawa kecil sambil memandu.

"Saya tak akan sentuh awak, Rania. Saya masih tahu hukum hakam agama. Kalau saya nak sentuh awak pun, tunggu malam pertama.." Ujarnya membuatkan pipiku kembali berubah warna merah. Apa ni cakap pasal malam pertama.

"T—thanks sebab tolong saya." Kekok benar bunyinya. Hanya itu yang dapat aku ungkapkan buat seketika ini.

"My pleasure. Saya gembira dapat tolong awak, Rania.." Ujarnya. Aku hanya membisu. Hanya kedengaran suara DJ radio yang bersuara memecahkan kesunyian antara kami.

Kekok yang amat. Inilah yang aku rasa sekarang.

"Doktor, saya nak cakap something boleh?" Tanyaku memecahkan kesunyian.

"Cakap je lah.. Berjuta awak nak cakap pun saya tak kisah, saya sudi mendengar.." Katanya tenang sambil memandu kereta.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.

"Saya nak minta maaf atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap doktor. Saya pernah cakap doktor ni miang, lepas tu rosakkan telefon doktor dan yang terbaru tadi, saya salah anggap kepada doktor. Saya betul betul minta maaf doktor. Saya harap doktor sudi maafkan semua kesilapan yang menyinggung hati doktor. Kalau doktor tak maafkan, hati saya tak tenteram!" Kataku dengan sekali lafaz dan sekali nafas.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now