35

13.1K 444 32
                                    

"Kau kena kahwin!!"

Suara Imanina berulang ulang kali kedengaran di telingaku. Di bilik guru ini, aku sedang memikirkan hal itu. Wajarkah aku belajar untuk move on? Wajarkah aku lupakan dia serta melupakan setiap apa yang berlaku diantara aku dan Arash?

Aku mengeluh panjang.

"Biasalah tu Rania, kita sebagai Cikgu ni kena sentiasa bersabar ajelah dengan sikap murid murid ni. Bukan apa, murid murid sekarang bukan macam pelajar dulu. Aish sekarang ni, parents pun mana nak bagi kita pukul anak diaorang walaupun anak dia tu perangai macam malaun. Parents sekarang nak kita sebagai guru ni beri layanan 5 stars untuk anak diaorang." Kata Puan Azreen iaitu guru Kimia.

Nampaknya dia dah salah tafsir ni. Aku mengeluh bukannya fikir pasal kerja. Aku mengeluh ni pasal masa depan aku yang belum lagi lengkap. Kehidupan yang seumpama puzzle/jigsaw. Dalam kehidupan ini, amat tidak lengkap jika tiadanya pasangan yang menemani.

Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi andartu atau lebih tepatnya lagi anak dara tua. But wait, aku still muda bukan? Hey man, I'm just 24 years old! Not too old right?

Aku hanya memberi senyuman kambing kepada Puan Azreen. Secara tidak formalnya, aku memanggilnya dengan nama Kak Azreen.

"Ye lah Kak, risau jugak Rania takut takut tak boleh kawal diri. Ibu bapa zaman sekarang ni melampau, anak diaorang kena denda sebab datang lewat pun dah kecoh satu Malaysia. Tapi alhamdulillah lah, buat masa ni student Rania semuanya baik baik belaka." Balasku sambil menggeleng gelengkan kepala apabila mengenangkan sikap ibu bapa yang tidak memberi kerjasama itu.

***

Ting!

Aku membuka aplikasi WhatsApp memandangkan handphoneku bergetar menandakan ada satu notifikasi yang perlu dilihat.

SMKMYG's batch 07- 09 Reunion

Eh eh, dengan tiba tibanya tanpa pengetahuan aku, nombor aku sudah dimasukkan ke dalam group entah apa apa ini. Oh wait, SMKMYG? SMK Murni Yaz Ghaiffar! Itulah tempat terakhir aku selepas tamatnya SPM. Batch 09, ketika aku berusia 17 tahun.

Aku tertanya tanya, siapakah gerangan yang memasuki aku kedalam group ini? Malas mahu bertanya, aku hanya membaca setiap mesej yang dihantar oleh bekas pelajar SMKMYG tahun 2009.

Dari apa yang aku sudah baca, aktiviti Reunion ini akan diadakan 2 minggu sahaja lagi bertempat di sebuah Hotel. Wah, nampak macam seronok. Perasaan teruja muncul di hati aku apabila teringat akan rakan rakan lamaku. Ah rindunya!!

Nampaknya, Reunion untuk batch kali ini sedikit mewah kerana diadakan di Marriot Hotel Putrajaya.

Satu per satu gambar profile aku lihat untuk mengecam mereka. Dan dari situ juga, aku kembali berjumpa dengan rakan rakanku yang sudah lama tidak berjumpa. Setelah bertanyakan kepada beberapa rakanku, mereka juga tidak tahu siapa yang memasukkan nombor aku.

Okay aku fed up.

Bagi aku, bukankah ini terlalu awal untuk melakukan reunion? Kalau diikutkan, perpisahan kami baru sahaja berusia 7 tahun. Walau apa apa pun, reunion ini akan aku sertai juga untuk menghidupkan kembali kenangan ketika di zaman sekolah dulu.

Mana tahu, kot kot terjumpa jodoh.

Eh?

Desperate sangat kau ni Rania.

***

Memandangkan hari ini adalah hujung minggu, aku bercadang ke pasar raya untuk membeli sedikit bahan basah dan barang keperluan yang lain.  Sedang aku memilih shampoo, tiba tiba kedengaran suara perempuan dan juga lelaki.

Please Be Mine, Sayang.Where stories live. Discover now