Prolog

15.8K 204 10
                                    

Luggage ditangan masih dipegang. Aku topangkan daguku pada meja makan. Kak Ana dan umi masih di ruang tamu.Menyelesaikan satu masalah yang paling rumit.

Dan aku pula sengaja memilih duduk di ruang dapur, tidak mahu mencampuri masalah kak Ana dan umi sejak minggu lepas.

Yang tak pernah aku sangka akan berlaku.

Suasana masih tegang. Umi pula langsung tidak mahu memberi peluang kepada kak Ana untuk membela diri serta perkahwinannya. Manakan tidak, diam-diam outstation tiga minggu di Terengganu, kak Ana bawa perkhabaran dia sudah berkahwin dengan jejaka mat salleh.

" Umi, Ana kena pergi. Daniel dan tunggu Ana lama dalam kereta" tangan kak Ana dihulur mahu bersalam. Umi tetap kaku berdiri memandang skrin TV yang gelap tidak bergambar. Aku perhatikan kak Ana juga sudah mula bergenang dengan air mata.

"Umi, jangan buat Ana macamni. Ana minta restu dari umi. Ana tak kahwin lari dan senyap-senyap. Tapi kalini Ana kena ikut Daniel. Umi mesti faham kan dengan keadaan Ana?" kak Ana masih lagi menanti respon umi. Umi masih sama, memandang skrin TV tidak mahu melayan kak Ana.

" Pergilah Raihana. Umi tiada anak macam kamu. Kecewanya umi membesarkan Ana selama 24 tahun, dan Ana belakangkan umi macamni sekali. Kalau Ana rasa keputusan yang Ana buat tu betul, Ana tinggalkan umi dengan Maira. Jangan pedulikan umi dengan adik lagi lepasni"

Aku pandang umi dengan perasaan tidak percaya. Sanggup umi buang kak Ana? Umi dengan kak Ana sangat rapat.

"Umi" aku melangkah ke arah umi dan aku peluk lengan umi. Perlahan-lahan pelukan aku pada lengannya dilepaskan.

Dia bergerak ke sliding door, menolaknya lalu menolak luggage kak Ana dengan kakinya.

"Umi jangan buat Ana macamni. Umi jangan buang Ana" kak Ana masih lagi meragu. Dipeluknya kaki umi, namun umi lepaskan semula pelukan kak Ana.

" Umi tak pernah kisah Ana nak berkawan dengan siapa. Nak kahwin dengan siapa. Tapi keputusan Ana untuk belakangkan umi dalam hal ini, buat umi kecil hati. Kenapa Ana tak boleh bincang baik-baik dengan umi?"

Aku duduk di sofa. Kak Ana yang semakin sugul mula bergerak ke pintu. Dia mengangkat luggagenya dan memandang umi semula. Air matanya dikesat-kesat dengan belakang tangannya. Matanya tak lepas-lepas memandang umi. Seperti meminta umi merestui dengan apa yang telah berlaku.

" Umi, Ana anak umi. Walau apa pun yang jadi, Ana akan jadi anak umi buat selamanya. Ana ada sebab kenapa Ana buat macamtu. Tapi umi jangan takut, Ana tak pernah terlanjur dengan Daniel, macammana yang orang lain kata. Umi halalkan segalanya, apa yang umi pernah beri pada Ana. Ana sayang umi" terus kak Ana melangkah keluar dari rumah.

Aku perhatikan umi yang bersandar di dinding, mula menangis dan mengurut dadanya. Dalam diam, aku tahu umi tak rela dengan perpisahan ini.

Dengan takut-takut aku mendekati umi. Aku peluk bahu umi dan aku urut belakang badannya. Dia masih lagi menangis.

" Maira jangan buat umi sakit hati. Cukuplah Raihana sorang kecewakan umi. Maira belajar pandai-pandai, dapatkan kerja yang bagus. Jaga umi masa umi tua nanti ye sayang?" umi pegang pipi aku.

Sayunya aku dengar rintihan umi yang kecewa dengan tindakan kak Ana. Entahlah aku bukan tidak menyebelahi kak Ana, dan tidak juga aku menyebelahi umi, namun aku yakin, kak Ana punyai alasan kukuh untuk semua ini.

Mungkin waktu sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia menjelaskan segalanya. Serta keputusan kak Ana yang tergesa-gesa mahu berpindah ke luar negara mengikut Daniel mungkin menambahkan lagi rasa sakit hati dan marah umi.

" Insya Allah umi. Maira janji, Maira takkan kecewakan umi. Maira akan jadi anak yang baik. Tapi umi janganlah buang kak Ana. Kak Ana kan anak umi juga?"

HUMAIRAWhere stories live. Discover now