"Maka di sini kisah kita bermula"
❇ ❇ ❇
ALARM mula berdendang ditelinga Nurul Syuhadah, tolong sedarkan gadis itu untuk bangun dari terus dibuai mimpi. Tangan kanan meraba-raba permukaan tilam mencari di mana telefon lenovo miliknya berada supaya dapat dia matikan segera bunyi alarm yang menbingitkan telinganya itu.
Lantas telefon itu diambil dalam keadaan matanya separuh terbuka. Silau mata tatkala skrin telefon itu mula menyala. Terkebil-kebil dia menatap skrin telefon.
Pukul 5? Awal lagi ni...
Syuhadah pejamkan mata usai mematikan alarm itu. Lalu dia mengiring tubuhnya ke kanan untuk kembali tidur. Namun... Ada satu suara kecil yang menyapa telinga ini.
"Syud.. bangunlah tahajjud. Sudah lama kau tak bangun malam".
Suara itu sangat menganggu fikirannya.
Tidak semena-mena, selimut itu ditolak dari menyelimuti tubuh. Dia kena dengar kata-kata halus itu walaupun tidur itu nikmat. Perlahan-lahan Syuhadah mengesot punggung ke birai katil. Dia duduk sekejap sementara kelompak mata kanan ditenyeh lembut.
Serentak itu tangan kanan menerkup mulut yang sedang menguap. Dia mengeliat sepuasnya. Malas-malas Syuhadah berjalan menuju ke bilik air.
Masuk dengan langkah kiri disertai dengan doa, dia menuju ke sinki untuk membasuh muka ala kadar dan mengambil wudhuk. Selesai berwudhuk, Syuhadah berjalan longlai ke biliknya semula. Kain telekung disarung ke tubuh dan siap sedia untuk solat sunat.
"Allahuakbar."
Berdiri tegak di atas sejadah, sayup-sayup Syuhadah membaca surah dalam setiap rakaat. Sesekali dia menguap besar. Rahang terasa lenguh dek asyik menguap.
Usai solat Tahajjud, dia paksakan diri dengan melakukan solat sunat yang lain seperti solat Hajat dan solat Taubat. Alang-alang suidah bangun kan? Buatlah selagi berkesempatan dan selagi diberikan nafas. Buat, dapat pahala. Tidak buat, rugi. Selesai sahaja solat, dia kerling pada rakan sebiliknya yang masih lena dibuai mimpi indah. Senyuman terukir dibibir.
Lenanya mereka tidur.
Syuhadah bangkit dari duduk antara dua sujud dan berjalan ke arah Syira, Wani dan Ayu. Satu persatu wajah mereka aku renung. Saja... memang tabiat dia sejak kecil lagi. Suka melihat wajah-wajah orang tidur. Kadang-kadang mereka nampak comel ketika diulit mimpi indah kecuali kalau... Syira! Sebab Syira suka tidur sampai keluar air liur basi. Kadang-kadang Syuhadah rasa nak tergelak dengan gaya Syira tidur. Lasak dan tidak senonoh yang amat!
Syuhadah jeling kejap jam di dinding. Lagi beberapa minit nak masuk subuh. Kalau dia tidur balik ni, sah-sah dia dengan rakan sebiliknya itu bangun subuh gajah. Pernah terjadi ya. Sudahlah waktu itu ada kelas pagi, memang mereka berempat terpaksa ponteng kelas pagi. Sejak hari itu, Syuhadah tak tidur semula.
Azan subuh berkumandang. Merdu sungguh suara yang mengazankan waktu subuh ini. Siapakah pemilik suara merdu ini? Betul-betul menusuk ke dalam sanubari hati. Rasa tenang sahaja bila dengar. Sejuk perut ibunya mengandung. 'Kan bagus kalau dia adalah suami aku. Boleh tiap-tiap hari aku dengar. Hehe!' Syuhadah menolog gedik di dalam hati.
Tumbuhnya bunga Tekoma ala-ala pokok sakura di KMPP, tandanya semua pelajar akan pulang ke rumah dan membawa memorinya ke ingatan kekal. Kehidupan Syuhadah berjalan seperti biasa sehinggalah satu tragedi yang telah mengubah kesuluruhan hidupnya sebagai Nurul Syuhadah. Pertemuan dia dengan manusia-manusia di sini Sungguh mengajar Syuhadah bahawa kehidupan itu tidak seindah yang dia sangka.
Pahit manis itu datang seiring dan sejalan. Tapi... pahitlah yang banyak aku rasa dari manis. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Memang sukar untuk diterima, tetapi disebalik kesukaran itu pasti ada penawarnya. Dan ketika itu barulah dia sedar - kerana cinta, kepahitan itu telah bertukar menjadi manisan. Dia yang maha Esa, telah mengubah warna hidup Nurul Syuhadah.
Maka disini kisah Nurul Syuhadah bermula.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
EspiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...