• Bab 17 •

1.2K 148 4
                                    

"SYUHADAH.."

Aku sambut dengan senyuman nipis. Kami saling berpeluk antara satu sama lain. Cara Munirah yang bersahaja itu buat aku turuti rentaknya. Pipi kami saling berlaga kiri dan kanan.

"Syuhadah.. Lama tak jumpa, kan?" Munirah mula berbas-basi denganku.

Aku mengangguk lemah tanda bersetuju. Benarlah kata Munirah. Kami dah lama tak berjumpa. Sejak dia sibuk dengan program diluar kolej, dia tiada masa nak buat usrah bersama kami. Aku pun asyik mengelak dari bertemu dengannya dek peristiwa hari itu. Lepas aku sound Munirah, hubungan kami jadi janggal. Sangat-sangat janggal!

"Munirah buat apa kat sini? Bukan Munirah kelab keselamatan ke?" Dari tadi, aku tertanya-tanya dengan kehadiran Munirah disini. Nak senang cerita, tanya je terus.

"Munirah bantu Hafidz. Hari ini sepatutnya kami agihkan tugas untuk kalian, tapi sebab mood Hafidz tak begitu baik, kami akan buat lain kali" balasnya bersama senyuman.

Aku tayang sengih. Itulah fasal, aku pun kena serang oleh Hafidz tadi. Entah apa silap aku, dia marah aku sampai begitu sekali. Sebab aku datang lambat ke? Tapi tak silap aku hari itu, ada sahaja orang datang lebih lambat dari aku, mudah sahaja dia maafkan orang itu malah sambut dengan senyuman. Kenapa dengan aku, dia layan kasar? It is unfair!

"Syuhadah, boleh tunggu kejap? Nanti kita jumpa lepas saya settlekan urusan saya.. Syuhadah tunggu saya diluar dulu ye" Aku ikutkan sahaja arahannya tanpa banyak tanya. Sementara aku tunggu Munirah, aku cari kelibat Hafidz. Ke mana ye dia pergi?

❇ ❇ ❇

KAMI duduk dikerusi batu yang mengadap tasik besar di KMPP. Lama Munirah mendiamkan diri sampaikan aku pun naik bosan. Agaknya dia sedang fikirkan ayat yang sesuai untuk nasihat aku.

Aku hela nafas berat.

"Saya tahu saya salah. Saya tak patut buat macam tu kat Hafidz. Tapi, saya dah geram sangat dengan sikap dan mulut celupar dia tu. Selama ni saya sabar je. Tapi sabar saya ada limit, Munirah"

Nafas aku turun naik menahan amarah. Tasik yang luas itu aku pandang lama. Sedikit sebanyak buat hati aku tenang.

"Mereka tak tahu apa yang jadi antara saya dengan dia. Mereka tak tahu dia layan saya teruk setiap kali meeting. Yang mereka tahu, Hafidz tu baik! Soleh! Tak pernah buat silap, padahal..." Mamat tu menjengkelkan!

Aku hela nafas panjang. Tarik.. Lepas!

"Kalau sebab saya datang lambat, saya minta maaf. Saya salah sebab tak kunci jam.. saya penat sangat. Tapi perlu ke dia tengking saya depan orang ramai. Jagalah aib saya, perasaan saya"

Mataku sudah berair. Lama sudah aku pendam. Harap semua orang tak salahkan aku seorang dalam kes ini. Jika mulut aku jahat, aku minta maaf. Ya, bila aku tengah marah, segala perkataan yang meyakitkan hati manusia keluar terus dari mulut aku. Sebab tu jangan buat aku marah. Aku boleh layan orang baik-baik cuma jangan mulakan dulu baling batu. Aku bukan sebahagian manusia yang boleh baling bunga semula. Kalau dapat bunga pun, mungkin bunga kartus takpun bunga taik ayam dari aku.

Munirah tolong usap belakang badan aku. "Sabarlah Syuhadah." Munirah berjeda. "Entahlah.. saya sendiri pun tak faham dengan Hafidz. Ini pertama kali saya tengok dia marah betul-betul. Mungkin dia penat, sebab itu dia bad mood?"

Aku berdecit. "Penat?" Nak tergelak ayat husnuzon yang keluar dari mulut Munirah. Tolonglah! Ingat dia seorang yang penat dalam dunia ni? Aku pun penat juga. Sudahlah aku baru sampai, tiba-tiba sahaja nak bagi ceramah bagai. Kalau ceramah berkaitan dengan adab menghormati masa, aku boleh terima lagi. Tapi ceramah pasal dating, hal personal aku. Manalah aku tak berasap tadi.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now