• Bab 31 •

1.3K 132 5
                                    

SURAU pagi ini agak lengang. Hari sabtu, siapa sahaja yang rajin ke surau. Kalau bukan hujung minggu, semestinya ramai pelajar singgah menunaikan solat fardu di Surau An-Nur ini. Mungkin ada yang masih kepenatan dengan program MEMORI yang baru semalam dilancarkan. Rata-rata kelab terpaksa pulang lewat dek urusan selepas majlis.

Namun itu langsung tidak menganggu rutin harian Hafidz dan Firdaus yang biasanya turun ke surau sebelum subuh dan banyak isi masa lapangnya disurau. Dia dan Firdaus sudah menganggap surau An-Nur ini sebagai rumah kedua mereka. Lagipula, surau ini sentiasa terbuka untuk pelajar yang ingin melakukan qialmulail. Tidak pernah berkunci.

Hafidz baring disebelah Firdaus. Dia pejamkan mata rapat-rapat setelah lengan kiri diletakkan diatas kelopak mata. Ngantuk dan penat. Hari ini otak dan tubuh dia bekerja keras bukan main lagi. Menjadi seorang Ketua ANC benar-benar mengerah tenaganya.

"Dah masuk waktu, gerak aku" sempat Hafidz berpesan.

Sedari itu, Firdaus lantas menggoyangkan bahu Hfidz. "Kejap ah weh. Aku baru nak tanya kau something"

"Hmm apa?" Hafidz layankan sahaja.

Firdaus sengih suka. Macam inilah kawan. "Kau kenal tak Sir Danny Oh?"

Firdaus alih tubuhnya ke kiri seraya memandang wajah Hafidz. Kawannya itu masih berkeadaan begitu.

Hafidz geleng sikit. "Tak. Siapa?"

"Kan.. aku ingat aku je kurang ajar tak kenal semua pensyarah kat sini. Rupanya kau pun sama.."

Hafidz angkat lengannya dan pandang wajah Firdaus bagai tak percaya. "Kau ni agak-agaklah weh. Pensyarah sini ramai kut. Mana nak kenal semua," ujar Hafidz. Kedua lengan diletak dibelakang kepala. Kaki disilangkan.

Firdaus ketawa kecil melihat respon Hafidz. Memanglah mereka berdua tidak kenal siapa Sir Danny Oh itu. Sir Danny Oh merupakan pensyarah matematik yang mengajar pelajar aliran akaun sahaja. Silibus matematik bagi pelajar aliran akaun dan pelajar sains sangat berbeza. Akan tetapi tidak menjadi masalah sekiranya pelajar aliran akaun mahu bertanya soalan matematik kepada pensyarah matematik yang mengajar pelajar aliran sains. Ianya kerana pelajar aliran sains hanya belajar basic matematik.

"Kenapa dengan Sir Danny tu?" tanya Hafidz, ingin tahu. Nama pensyarah itu seperti biasa disebut-sebut oleh para pelajar terutama sekali pelajar perempuan. Kalau dapat lihat wajah pensyarah itu, mungkin dia kenal.

Firdaus bangkit dan duduk bersila mengadap Hafidz. Wajahnya jadi segar bugar bila dapat membawang subuh-subuh begini.

"Kau tahu tak weh.. selama ni Sir tu beragama islam tau. Dia cina mualaf. Aku dengar 2 bulan lepas dia dah peluk islam"

Hafidz alih pandangan ke siling. Dia senyum. "Alhamdulilah. Baguslah macam tu"

Firdaus renung wajah Hafidz dengan riak tak puas hati. Macam tu aje dia respon?

"Ye.. tapi dia senyap je tak kecoh kat sesiapa lagi. Aku dengar, lecturer cina tu masuk Islam sebab dia terpikat dekat seorang pelajar melayu ni. Mesti budak perempuan tu soleha kan?" Firdaus menduga. Dia terbayangkan wanita itu pasti seperti Munirah. Bertudung labuh dan sangat menjaga kehormatan diri. Sebab itu kut pensyarah cina itu nekad tukar agama.

"Ish kau ni.. asal kuat membawang sangat ni?" Hafidz pejamkan mata semula.

"Ala, aku cuma rasa perempuan tu bukan calang-calang orang sampaikan lecturer cina tu pun nekad tukar agama. Ke sebab perempuan tu cantik? Hmm boleh jadi"

"Daus.. siapa kita nak judge dia. Adakalanya hidayah itu dihantar melalui seseorang. Selebihnya biarlah hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Kita jangan cepat sangat nak assume orang. Biarlah dia nak buat apa pun asalkan tak langgar syariat agama.."

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now