"GELAKLAH selagi kau boleh gelak, Hafidz. Lepas ni mesti kau dah tak boleh rasa macam tu lagi, kan? Kesian.."
Kasyah tersenyum sinis melihat kemesraan Hafidz dengan gadis bernama Minah itu semalam. Kali ini dia perlu jalankan rancangannya. Rancangan untuk jatuhkan Hafidz. Biar satu KMPP tahu bahawa Ketua ANC itu bermasalah!
Kasyah bernasib baik hari ini kerana bilik itu kosong tiada orang dan tidak berkunci. Beberapa batang rokok disimpan dalam loker Hafidz. Disimpan disebalik baju-baju Hafidz yang berlipat. Hafidz kali ini tidak boleh terlepas.
"Kau tunggu, Hafidz. Pasti kau akan berhenti tersenyum macam selalu kan, sa- ha- bat? Puih!" Geli rasanya bila dia sebut perkataan sahabat. Gelaran sebegitu khas untuk orang yang poyo-poyo sahaja. Istilah sahabat itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Langkah diatur keluar dari bilik tersebut. Bilik yang pernah dihuni sewaktu ketika dulu. Disebabkan kejadian tempoh hari, hubungan Hafidz dan Kasyah jadi amat janggal. Kasyah terpaksa bertukar bilik dengan Adam atas paksaan Adam sendiri. Buat apa duduk dengan orang yang kau tak suka? Buat semak je!
"Hoi Kasyah! Kau buat apa tu?" Jerkah Adam yang dari jauh. Dek terlalu terkejut, Kasyah lantas menutup kasar pintu bilik itu. Jelas kelihatan pucat wajah Kasyah ketika ini bagai ayam berak kapur. Namun dia sedaya upaya pura-pura seperti tiada apa berlaku. Kasyah mengatur langkah mendekati Adam.
"Eh Adam.. Lama tak nampak kau,"
"Kau buat apa kat depan bilik aku?" Soal Adam, sangsi. Dari jauh dia perhatikan tingkah laku Kasyah yang mencurigakan itu. Lagak seperti seorang penyanggak.
"Lah.. Tak boleh ke? Dulu kan ini bilik aku. Apa salahnya? Manalah tahu ada barang aku tertinggal ke.."
"Masalahnya sekarang, ini bilik aku dengan Hafidz! Tiadanya barang kau tertinggal. Dah, pergi berambus!" Halau Adam. Peduli apa dia kalau Kasyah nak terasa hati. Budak seperti Kasyah memang layak dilayan kasar. Bila dilayan baik-baik, naik kepala pula.
Kasyah akur dengan senang hati. Dia kemudian mengatur langkah menuju ke bilik Encik Rosli. Rancangan seterusnya adalah melaporkan hal ini ke unit yang bertanggungjawab. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali sehingga dia dibenarkan masuk. Tanpa membuang masa, Kasyah tampilkan diri bertemu empat mata dengan Encik Rosli selaku, unit hal ehwal pelajar dan Ketua disiplin tatatertib pelajar. Sebarang aduan dan masalah pelajar boleh diadukan kepada Encik Rosli dan itulah sebab utama Kasyah ke sini.
❇ ❇ ❇
TUK! Tuk! Tuk!
Pintu bilik Hafidz diketuk berkali-kali. Adam tayang muka malas sebaik pintu bilik dibuka. Matanya ditenyeh banyak kali. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Kacau betul orang nak tidur petang. Hesyy...
Matanya terbeliak luas. Hush! Ayah siapa ni tersesat sini? Lama Adam mengecam wajah lelaki dihadapannya itu. Macam kenal. Berwajah begis, berperut bucit dan sedekit pendek dari Adam.
"Encik Rosli.." Tegur Adam bersama senyuman nipis. "Harini ada spot check ke?" Baju yang sedia sangkut dibelakang pintu, dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya.
"Hafidz duduk bilik ni?" tegas Encik Rosli bertanya sambil matanya meliar mencari susuk tubuh Hafidz.
Adam angguk lemah.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...