AKU berjalan mengelilingi tasik KMPP sambil memikirkan tindakan yang harus aku buat dan bagaimana cara untuk meminta maaf pada ketua ANC itu. Ku sangkakan mudah, rupanya payah juga sebenarnya bila ego tinggi melangit. Jenuh aku fikir ayat yang sesuai untuk meminta maaf.
Typing...
"Ketua ANC, sorry. Aku tak rasa aku salah,"
Padam...
Typing...
"Hafidz.. Aku minta maaf. Salah kau juga sebab tuduh perkara yang aku tak buat. Cuba tanya elok-elok. Kata nak jadi kawan. Macam ni cara kau berkawan?"
Perkataan yang aku tulis diruangan mesej, aku padam semula. Macam tak kena je ayat aku ni.. Nak minta maaf tapi cara nak bergaduh. Haih.. Ini dah masuk kali ke tiga aku pusing satu tasik KMPP. Masih tak lengkap satu ayat untuk aku beri pada dia.
Aku perasan ada sesuatu yang bergoyang disebalik pokok besar itu. Bergerak-gerak seperti ada sesuatu sedang bergayut disitu. Uwahh.. Seram sejuk pula badan aku. Bulu romaku naik meremang.
"Siapa tu?" Nampak je berani tegur, padahal penakut. Memang cari nahaslah, Syuhadah oi..
Hamba Allah itu munculkan diri. Dia ni macam pernah kulihat! Haahlah, budak sado berambut maggi yang tolak aku sampai jatuh masuk hospital. Hampeh!
"Hai.." Tegurnya dengan senyuman.
"Beraninya duduk sorang-sorang kat sini. Tak takut eh? Waktu senja-senja begini, syaitan banyak meliar tau." Kasyah kerling pada jarum jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 6.57 p.m.
Kau ke setan tu? Hahaha!
Aku senyum nipis. "Tak. Nanti aku baliklah. Dah lama ke duduk kat pokok tu?"
"Rasa-rasa?" Eh dia ni. Main teka-teki pula dengan aku. Kakinya diatur mendekati aku. Kalau tak silap aku, lelaki ini kawan Hafidz. Apahal dia tegur aku ni?
"Awak still ingat saya tak?" soalnya sambil tersenyum manis kepada aku.
"Oh budak yang langgar aku hari tu sampai masuk hospital. Gila tak ingat!" Sinis. Entah mengapa, naluri aku mengatakan dia bukan lelaki yang baik. Cara dia melihat aku dengan pandangan sesuatu, buat aku rasa tak selamat.
Dia senyum kelat. "Amboii, marah nampak? Tapi kan, comel juga bila awak bila marah.. Saya suka," Kasyah memuji. Eeuwww..
"Thanks but sorry. Aku tak makan pujian.."
Aku susun langkah untuk tinggalkan tempat ini, dia main acah-acah dengan aku. Aku ke kiri, dia pun ke kiri. Aku ke kanan, dia pun ke kanan. Deyy! Dia ni memang sengaja. Boleh pula dia sengih. Ingat sweet?
"Tepilah, orang nak lalu." Aku tiada masa lah nak main galah panjang kat sini.
"Kasarlah awak ni.. Cuba cakap lemah lembut sikit. Muka dah cun, tapi.. Perangai brutal!" Matanya renung aku atas bawah.
Heks! Ada aku kesah? Memang aku kasar, tapi hanya pada lelaki sahaja. Dengan siapa sahaja yang aku layan baik? Oh kecuali Sir Danny. Itupun sebab dia pensyarah, haruslah aku bercakap sopan sebagai tanda aku hormat dia.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...