SEBAIK sahaja kaki Hafidz melangkah keluar dari kedai runcit tersebut, tangannya ditarik oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 11 tahun. Budak itu hanya seorang diri tanpa ibu bapa disisi. Hafidz ambil langkah berjaga-jaga. Takut budak itu hanya umpan sahaja untuk orang jahat ambil kesempatan ke atasnya.
"Abang.. lapar" Beritahu adik itu sambil perutnya diusap menujukkan dia sangat-sangat lapar. Hafidz mengecam wajah adik ini. Dari asar tadi adik ini mengutip tin minuman dan botol kosong di halaman utama hospital. Tak sampai hati pula Hafidz nak tinggalkan budak itu tanpa apa-apa habuan.
Kasihan.. Kecil-kecil dah kena bekerja sebelum masanya. Sepatutnya budak sebaya dia seharusnya berada dirumah dan siapkan kerja sekolah atau bergurau senda bersama keluarga. Peliknya, ke mana pergi ibu bapa adik ini? Kenapa biarkan anak ini bekerja tanpa sebarang pantauan?
Hafidz sedikit membongkok lalu merenung lembut ke dalam anak mata budak itu. Sayup hati Hafidz melihat keadaan budak ini. Bajunya lusuh, serabai dan serba kekurangan.
Ya Allah.. usah difikirkan masyarakat susah di luar negara Malaysia, rupanya dalam negara Malaysia pun ramai juga orang yang hidup susah dan majoritinya adalah orang melayu.
"Adik lapar ye? Nak roti?" soal Hafidz sambil mengusap rambut anak kecil itu yang agak kusut masai. Lihat sahaja mata anak kecil itu, dia boleh bayangkan betapa susahnya hidup adik ini. Hidup dalam kelaparan dan kepenatan.
Ya Allah.. apalah agaknya budak ini dah lalui sepanjang umurnya ini? Dia tak bersekolah ke? Ibu bapanya tak kesah ke?
Budak itu mengangguk laju. Sesekali mata adik ini melihat isi plastik bag yang Hafidz pegang. Segera Hafidz berikan dua bungkus roti vanila dan dua air kotak milo kepada adik ini.
"Adik.. Makan tao. Kalau tak cukup.." Lantas dompetnya dikeluarkan. Wang tunai sebanyak dua puluh ringgit dihulurkan kepada adik ini. Teruja adik itu menerimanya.
"Adik beli lagi. Beli banyak-banyak. Makan puas-puas. Okey?" Sambung Hafidz. Budak itu mengangguk suka. Mata adik ini mulai berair. Pada waktu itu tangan Hafidz ditarik lalu dikucupnya lama.
"Terima kasih abang. Terima kasih. Ya Allah.. kerana kau kurniakan aku rezeki dan seorang hambaAllah yang berhati mulia" Sebak adik ini mengucapkan terima kasih sambil menadah tangan. Jatuh air matanya ke pipi. Hiba dengan nikmat pemberian dariMu.
"Sama-sama. Nama adik apa?"
"Hamzah.."
"Okey adik Hamzah. Nanti kita jumpa lagi. Belajar rajin-rajin tau.. abang kena jumpa kawan. Bye, assalamualaikum"
Hafidz kembali mengatur langkah untuk dapatkan Syuhadah. Namun niatnya terbantut tatkala jiwanya memberontak ingin tahu kehidupan adik ini lebih lanjut. Dia jadi berminat perkara sebegini kerana dulu inilah kerja Hafidz menerjah orang-orang susah. Jadinya, dia sudah terbiasa. Hafidz luangkan masa sebentar dengan membantu adik ini mengutip tin dan botol-botol kosong.
❇ ❇ ❇
"BOSANNYA.." Keluh aku. Sudah setengah jam aku tunggu dia. Eh, bukan dia. Tapi roti vanila aku.. Perut aku dah lapar sangat ni.. asyik meragam dari tadi. Sambil kaki sebelah ini menguis tanah, mata melilau melihat bintang dan bulan sabit diatas permukaan langit. Cantiknya..
Teringat aku pada kejadian tempoh hari. Berkaitan dengan soalan Hafidz yang tak mampu aku nak balas. Dari hati mungkin menjawab 'boleh' tapi dari mulut tidak. Hairan aku, apa sebab dia nak berkawan dengan aku? Baru jumpa aku sekali, tiba-tiba nak jadi kawan aku, apa kes?
Sedang aku melayan perasaan sendiri, datang seorang lelaki dalam lingkungan umurnya 40an, duduk dikerusi sebelah dengan aku. Kalau difikirkan logik, boleh sahaja pakcik ini duduk dikerusi kosong diseberang sana. Banyak kerusi yang kosong. Sebelah aku juga yang dia nak duduk.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...