• Bab 29 •

1.2K 137 15
                                        

SEUSAI aku sampai dikolej, aku diminta untuk beri keterangan mengenai kes lemas yang berlaku pagi tadi. Segalanya aku ulaskan tanpa sembunyikan atau menokoh tambah apa-apa fakta. Aku juga diberitahu encik Rosli bahawa Kasyah akan dibuang dari matrik serta merta dek isu lemas aku yang melibatkan dia.

Walaupun aku backup Kasyah dengan menceritakan niat baiknya untuk selamatkan aku, Encik Rosli tetap teguh dengan pendiriannya. Katanya, nama Kasyah dah banyak tercatat dalam rekod salah laku pelajar dan jenayah ringan. Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan keputusan tegas Encik Rosli.

Cuma aku tak habis fikir siapakah yang merakam video itu? Bila aku ingati keadaan itu semula, tiada sesiapa yang berada disekitar tasik. Hanya aku dan Kasyah. Kalaulah Encik Rosli beritahu siapa orangnya, mahu aku berterima kasih kepadanya kerana merakam video tersebut dan berani serahkan rakaman itu kepada Encik Rosli. Malangnya encik Rosli minta aku untuk hormati keputusan saksi dan teruskan hidup seperti biasa.

❇ ❇ ❇

"BILA kau balik?"

Hafidz menoleh ke pemilik itu sejurus Adam masuk ke dalam bilik. Buku pelajarannya ditutup dan diletak ditepi bantal. Belajar sambil baring boleh tempah ngantuk. Nanti bukan dia yang baca buku, tapi buku yang baca dia. Mata Hafidz kini setia menatap wajah lesu kawan sebiliknya itu. Tak cukup tidurlah tu.

"Tak cakap pun nak balik hari ni?" Adam bersuara lagi.

"Semalam lagi aku dah balik. Kau pergi mana? Kenapa tak balik bilik semalam?"

Dari semalam dia tunggu kepulangan Adam untuk makan bersama. Dia ada bawa lauk kegemaran Adam sekali. Sayangnya Adam tidak juga pulang. Mesej yang dihantar semalam hanya dibluetick oleh Adam. Nampak sangat sibuknya. Terpaksalah Hafidz habiskan seorang diri sebelum ia basi. Nasib baik perutnya mampu habiskan nasi sebanyak itu.

Hafidz memerhati gerak-geri rakannya sehinggalah si Adam baring ke tilam. Rakannya itu merenung siling putih sambil mengenangkan apa yang bakal berlaku nanti. Risau sekiranya program MEMORI tak berjalan seperti yang dirancang. Dia melepaskan keluhan kecil setelah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab yang digalasnya bagi mengantikan posisi Hafidz. Penat. Cukup memenatkan.

"Lah.. Aku tak ke manalah. Aku uruskan program MEMORI tulah. Kan tinggal beberapa hari je lagi.." Adam mengeliat sepuasnya. Penat badannya seharian menguruskan persiapan untuk program MEMORI.

Hafidz bangkit dari baringnya dan duduk bersila mengadap Adam. Baru dia teringat pasal program MEMORI itu. Asallah dia boleh terlupa dan buat rileks sahaja sedangkan kawan-kawannya yang lain sibuk menguruskan program itu. Patutlah bilik Firdaus dan Faiz berkunci.

"Ya Allah, macam manalah aku boleh lupa. Ada apa-apa yang belum settle? Kalau ada, biar selebihnya aku urus"

"Semua dah settle.. kau tinggal siap sedia nak berucap kat depan orang je. Text semua dah siap.."

Hafidz menghela nafas lega "Alhamdulilah.. Thanks bro.. thanks sebab tolong aku,"

"Sama-sama" balas Adam sekadar.

"So, bila kita boleh praktis nyanyi lagu tu?"

Hafidz jadi tak sabar nak tunjuk bakatnya yang boleh menyanyi sekaligus melaksanakan idea Syuhadah yang pernah gadis itu bagitahu semasa meeting kelab Makanan. Dia pernah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan nasyid solo sewaktu zaman sekolah. Jadi itu tak menjadi masalah buatnya

TEKOMA [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang