• Bab 20 •

1.4K 158 22
                                    

SAMBIL menghirup aroma bau nescafe, aku tunggu talian bersambung. Nak bertanya khabar dan nak ceritakan segalanya kepada Mak apa yang dah jadi semalam. Apa khabar Mak agaknya? Tengah buat apalah Mak waktu-waktu begini? Tak sampai beberapa minit menunggu, Mak beri salam.

"Assalamualaikum Syuhadah"

"Wa'alaikumusalam Mak! Mak sihat? Mak buat apa? Adik-adik buat apa? Adah rindu Mak sangat-sangat! Adah tak sabar nak balik jumpa Mak dengan adik-adik" Kataku bertalu-talu, tak beri peluang Mak mencelah.

"Amboi, rindu sangat tu sampai tak bagi chance Mak nak bercakap." Dihujung talian Mak ketawa kecil. Aku pun turut ketawa.

"Haah, rindu..." Balasku dengan nada manja.

"Alhamdulilah, Mak sihat. Yang lain pun sihat wa'afiat. Adah sihat? "

"Alhamdulilah, sihat! Mak tengah buat apa tu?"

Aku menghirup air nescafe panas sikit demi sikit. Ingatkan nak studi, tapi disebabkan mood aku sudah merantau jauh, aku ambil peluang ini untuk berkongsi cerita dengan ibu tercinta. Aku capai mug nescafe dan membawa diri keluar dari bilik, jauh dari rakan-rakan sebilikku. Kaki diatur menuju ke hujung blok ini, kerana disitu tersedia satu ruangan belajar. Biasanya waktu pagi tiada siapa yang mahu ke situ.

"Mak tengah jaga si Syed ni, dia demam panas. Si Sakinah pula tengah study, SPM kan nak dekat.." Aku tersenyum lebar.

"Atototo ciannya adik akak.. Semoga Allah berikan kesembuhan pada Syed. Nanti Adah doakan kesembuhan Syed ye," Aku melabuh duduk diatas kerusi plastik lalu mug nescafe aku letak di atas meja berhadapan denganku. Aku tarik kaki ke atas kerusi dan duduk bersila.

Jeda.

"Mak.. Semalam Adah lagi kena histeria. Mak tahu tak siapa yang rawat Adah?"

"Ya Allah, yeke Adah.. Siapa?"

"Hafidz si Ketua ANC tu, Mak.."

Sebut sahaja Ketua ANC, Mak sudah tahu siapa gerangan yang aku maksudkan walaupun Mak tak pernah melihat wajahnya. Disebabkan aku suka berkongsi cerita dengan Mak dan Makcik Gayah, secara tak langsung mereka berdua tahu tentang Hafidz dari A sampai Z. Tiada yang rahsia. Segala perbuatan baik mahupun jahat Hafidz pada aku, semua aku luahkan.

"Adah rasa malu sangat dengan dia. Dahlah asyik gaduh dengan dia. Pastu semalam, dia yang rawat Adah dari histeria. Adah tak tahu nak letak muka Adah ni kat mana.." Aku rasa serba salah pada Hafidz. Aku belum ada kekuatan nak ucap terima kasih padanya.

"Pandai ke dia merubat kamu?"

"Pandai lah juga sebab dia ada ilmu perubatan islam.. Tapi kan Mak.. Adah rasa malu sangat! Mesti tak senonohkan perangai Adah. Malunya!"

"Hish ke situ pula kamu ni.. Dia tu merawat kamu. Darurat kan. Tulah mak dah pesan.. Jangan benci kat orang sangat, nanti orang itu yang bantu kita bila susah. Tengoklah Adah kena rasuk, dia yang datang merawat" bebel Mak aku dari hujung talian. Aku ketawa kecil. Benar kata Mak.

"Ada ucap terima kasih kat dia?"

"Tak.. Semalam tak sedar langsung apa jadi." Sedar sahaja aku dari tidur, semua tidur di bawah. Kalau Ayu tak cerita, memang aku tak tahu yang aku kena rasuk semalam.

"Nanti kalau jumpa dia, ucap terima kasih. Jangan nak pertahankan ego tu sangat" Mak tahu-tahu sahaja anak perempuan sulungnya bagaimana. Sejenis keras kepala.

"Seganlah mak..."

"Nak segan apa pula.. Cakap terima kasih je pun. Bukan cakap I love you" Mak dah ada modal nak mengusik aku. Habislah..

"Mak nak jumpa dia, boleh? Kalau Mak berkenan, boleh buat menantu.." Mataku membulat.

"Makkkk! Eeee, tak payahlah" Merah padam muka aku. "Apalah mak ni.. Merepek.." Malu aku diusik begitu. Tapi dalam hati, mahu. Siapa yang tak nak suami seperti Hafidz. Cuma itulah.. Dia tak suka aku.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now