• Bab 5 •

1.7K 185 18
                                    

TADI kelas tersangat-sangatlah 'pack'. Tamat sahaja waktu kelas terakhir, rata-rata rakan sekelasku mahu pulang ke bilik dengan segera. Berbeza pula dengan aku, aku lebih suka bersiar-siar sekejap sambil hirup udara segar sebelum balik ke penjara bilik.

Langkahku terhenti seketika tatkala mata ini menangkap keindahan ciptaan Allah betul-betul di atas kepala aku. Handphone lenovo aku angkat tinggi-tinggi. Langit biru yang cantik itu menjadi fokus utama aku untuk ambil gambar. Sedang aku berdiri tegak ditengah jalan tar itu, ada seorang hamba Allah ini main redah langgar aku. Disebabkan itu, aku gagal imbangkan diri dan akhirnya aku jatuh bagaikan nangka busuk diatas jalan tar.

"Aduh!" Jerit aku sekuat hati. Nasib baiklah tangan dengan lutut sempat menerkam permukaan tar sebelum muka aku yang jatuh dulu. Adeh.. Sakit itu hanya Allah yang tahu. Telefon aku sudah tercampak jauh. Luluh hati. Oh my baby...

"Sorry sorry.. Tak sengaja.." Lelaki yang berambut kerinting itu tak terus melangkah namun dia berhenti disitu. Aku sempat menoleh ke arah mamat yang berani tolak aku tadi. Cis! Patutlah aku boleh jatuh tergolek. Sado juga mamat ni.

"Tak nampak ke? Main langgar je.." Aku cuba bangun tapi sakit. Lalu aku terus bersimpuh disitu. Kedua telapak tangan aku habis pecah dan berdarah. Adududu.. Patutlah rasa sakit.

"Sorry. Tak sengaja.. Takkan itu pun nak marah?" Sengihnya macam kerang busuk.

"Meh saya tolong"

Dia duduk mencangkung dihadapan aku. Aku dapat rasakan tangannya cuba menyentuh belakang tubuh dan bawah peha aku seolah-olah dia mahu dukung aku. Sedari itu, aku cepat-cepat tolak lengannya.

"Tak payahlah sentuh! Aku boleh bangun sendiri" tegas aku. Hati rasa berdebar tak tentu pasal dengan tindakan lelaki ini.

Dia mengeluh perlahan sambil kepalanya digaru rimas. "Sombong gila kau ni perempuan. Tak padan dengan sakit. Aku nak tolong pun tak boleh? Bukan aku nak ngorat kau pun" Dia mendecit, tak puas hati.

Aku abaikan kata-katanya. Susah betul cakap orang yang tak faham bahasa. Dia yang tak tahu batas, suka hati nak kata aku sombong. Aku perasan kain aku berlubang dan berdarah di bahagian lutut. Aku pejam mata menahan pedih tatkala kain melekat pada lubang luka. Sekuat hati aku ketap gigi bagi menahan segala rasa sakit dan perit.

"Darahlah.." Lelaki itu terkejut.

Aku pandang dia. Apa yang dia terkejut sangat? Memanglah darah, takkan air sirap kut. Aku pandang pada lututku yang berdarah. Oh, patutlah.. luka lama aku terkoyak balik. Itu yang menyebabkan banyak darah pekat yang keluar mengalir ke bawah peha dan menitis jatuh ke jalan tar.

"Sikit je ni.." Balasku selamba. Cuba buat cool. Padahal rasa ngilu tengok darah sendiri. Rasa nak muntah pun ada.

"Kejap, aku pergi minta tolong kawan aku sat. Awak tunggu sini" Lelaki ini over-actinglah pula. Tak sempat aku nak halang dia pergi, lelaki itu berlari menuju ke surau tidak jauh dari sini. Sementara tunggu dia, aku cuba gagahkan diri untuk bangun semula tapi kudrat aku terbatas. Sudahlah perut tengah lapar ni. Kalau lambat makan ni, mahu gastrik aku dibuatnya.

❇ ❇ ❇

HAFIDZ dikejutkan dengan kehadiran Kasyah. Dengan nafas yang tercungap-cungap dia hampiri Hafidz. Macam ada hal kecemasan sahaja. "Haaa.. Kasyah, test macam mana?"

"Hafidz.." Panggilnya. Bukan main pucat muka Kasyah. Macam baru lepas nampak hantu. "Lupakan pasal test, ada benda lagi penting dari itu. Sumpah!"

"Ada apa ni?" Hafidz pula yang cuak.

"Ada perempuan keguguran!" Pantas Kasyah mengeluarkan kata-kata.

Terkejut Hafidz. "Kau biar betul? Jangan main-main" Nada suaranya dikawal sebaik habis. Takut orang surau dengar, kecoh satu KMPP nanti. Tak pasal-pasal diviralkan ke sosial media. KMPP nanti yang akan dapat malu.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now