• Bab 36 •

1.3K 158 13
                                    

STUDY week telah pun bermula. Syuhadah ambil peluang ini untuk pulang ke rumah. Cukuplah tiga hari dia luangkan masa bersama keluarga tercinta. Itu pun disebabkan lamaran entah siapa-siapa, menjadi asbab utama Syuhadah terpaksa balik pada hari ini, jumaat ini. Ikutkan hati, dia lagi selesa berada kolej dan mengulangkaji disana. Rasanya itu lebih afdal berbanding dirumah. Rumah kan terlalu banyak godaan, nauzubillah.

Sebaik menyalami dan memeluk erat tubuh mak, Syuhadah senyap-senyap melangkah ke bilik Sakinah. Kebetulan Syed juga melepak dibilik itu. "Assalamualaikum! Kakak dah balik," kata Syuhadah dengan riak wajah penuh teruja. Serentak itu kepala mereka diangkat. Terkejut.

"Kakak!" Syed menjerit penuh semangat.

"Siapa rindu kakak?" Syuhadah lebarkan tangan seakan-akan menanti adik-adiknya masuk dalam dangkapannya. Cepat-cepat Syed dan Sakinah bangun dari duduk lalu bergegas menuju ke arah Syuhadah. Sakinah terlebih dahulu menyalami kakaknya sebelum Syed. Tangan Syuhadah dikucup kejap sebelum mereka berdua saling berpelukan.

"SPM macam mana? Boleh buat?"

"Bolehlah..." Reda Sakinah membalas.

"Banyakkan berdoa tau" Sempat Syuhadah titipkan pesanan buat adiknya itu. Sakinah respon dengan senyuman nipis. "InshaAllah, kak"

Berbola mata Syuhadah kemudian beralih ke Syed yang sedang sabar menunggu. Demi Syed yang pendek, Syuhadah duduk ber­tinggung agar Syed dapat memeluknya. Pelukan Syuhadah dibalas erat.

"Hurm! Bucuknya adik akak ni..." Sengaja Syuhadah mengusik adik bongsunya itu.

"Mana ada! Ayed wangilah!" Masam wajah Syed membela dirinya. Dalam pada itu, dia hidu bau bajunya. Syed sengih sendiri. Haahlah, ada sikit bau masam.

"Lama betul kakak tak balik. Sibuk sangat ke kat sana?" Sakinah menyoal tenang. Untuk dia mengaku rindu itu bukan mudah. Cukuplah dengan ambil berat dan berdoa buat kakak sulungnya itu. Kira okay apa.

"Haah. Akak terlibat dengan satu program ni. Dan pada satu masa yang sama, akak kena study, buat kerja kursus, join event, join usrah, dan macam-macamlah. Ni pun balik kejap je sebab ada urusan penting.."

"Urusan apa?" Kening Sakinah bertaut. Syuhadah beralih pandang ke wajah mak yang hanya memerhati dari jauh. Ada hal yang perlu dia uruskan sebelum dia balik ke KMPP semula. Semoga ini pilihan yang terbaik.

❇ ❇ ❇

DRAMA best dari cerita 'Andaianya Takdir' betul-betul buat dua beranak itu tidak senang duduk. Ada sahaja makian yang nak dimuntahkan kepada Airil iaitu suami kepada Fatehah dalam cerita tersebut. Mujur Syed sudah tidur manakala Sakinah mengisi masanya dengan membaca novel dibilik masing-masing.

Syabas kepada pengarang dan pelakon dalam drama ini kerana berjaya buat dia marah. Syuhadah sedari dia mudah melatah tatkala melihat cerita itu lebih-lebih lagi ada agenda pukul. Panas hatinya melihat lakonan Syukri Yahya yang bertubi-tubi memukul Nina Iskandar dek cemburu melihat isterinya berbual dengan lelaki lain walaupun sedang berurusan penting.

"Dahlah tidak selidik betul-betul, lepas tu main pukul sahaja. Eeee, geramnya! Fatehah pun satu, macam manalah boleh sabar dengan lelaki macam tu" Nafas dihela kasar.

"Sabar" kata mak seraya melihat wajah bengang anak daranya itu. Itu baru tonton di televisyen, belum lagi depan-depan. Entah apalah tindakan Syuhadah nanti.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now