MUKA berkerut. Tangan sikit-sikit mengurut kepala yang berdenyut-denyut sakit. Mata cuba dibuka perlahan-lahan. Sedar-sedar dia sudah berada dibiliknya sendiri. Sejurus dia bangun dari pembaringan, sapu tangan di dahinya jatuh di atas perut sendiri. Hafidz renung semula tubuhnya yang tidak berbaju.
"Adam.." Lemah suara Hafidz memanggil nama rakan sebiliknya itu.
"Dah bangun?" Adam menoleh.
Hafidz angguk lemah.
Dia bingkas bangkit dari katil. Kepala dipegang. Masih terasa sakit. Berjalan pun terhuyung-hayang. Namun digagahkan juga untuk berjalan. Dia capai mana-mana baju yang ada di lantai, lalu disarungkan ke tubuh. Kemudian dia duduk bersila mengadap Adam.
"Badan kau panas lagi ke weh? Firdaus dah jelum badan kau tadi. Harap kuranglah sikit panas tu,"
Hafidz rasa dahi dan lehernya dengan belakang telapak tangan. Tak panas dah.
"Alhamdulilah. Dah kurang sikit. Terima kasih!"
Adam senyum sumbing sambil mengangguk.
"Apa jadi weh?"
Wajah Hafidz yang pucat lesu itu dipandang kejap.
"Kau pengsan. Nasib baik ada orang nampak pastu terus beritahu Munirah" kata Adam, dalam pada masa yang sama tangannya ligat melipat baju-baju Hafidz. Dia perlu segera selesaikan malam ini juga. Nanti baru boleh sambung buat kerja lain.
Hafidz senyum kelat.
"Makan bubur tu dulu, lepastu makan ubat. Semua tu ada atas meja kau"
Hafidz sengih. Dia salah dengar ke? Sejak bila Adam begitu berat terhadap dirinya. Jarang-jarang seorang Adam ini nak tunjuk sikap prihatinnya itu. Dasyatlah!
"Thanks Adam belikan semua ni untuk aku. Banyak jasa kau pada aku," ucap Hafidz, terharu. Mana nak dapat kawan sebaik Adam dan Firdaus. Tak tahu bagaimana nak balas jasa-jasa mereka. Terlalu besar. Moga Allah membalasnya.
"Bukan akulah,"
Cheh! Baru je puji tadi. Tarik baliklah..
"Habis, siapa yang bagi?"
"Kawan Munirah.. "Jawab Adam, tak pasti.
Dia manalah kenal siapa gadis itu tadi. Seingat dia, gadis itu pernah berborak dengan Kasyah di tasik tempoh hari. Hairan! Kenapa gadis begitu berat dengan keadaan Hafidz. Siap belikan bubur dengan ubat demam untuk Hafidz. Untunglah ada orang sayang..
Hafidz angguk sambil tersenyum. Terima kasih Syuhadah..
"Rajin kau lipat baju aku. Dah kenapa?"
"Terpaksalah weh. Bilik kita ni dah macam kucing beranak tujuh lepas pakcik buncit tu datang bilik kita. Geram betol aku,"
Dahi Hafidz berkerut. "Siapa pakcik buncit?"
"Encik Rosli tulah! Dah tahu buat selerak, kemaslah balik! Ish! Suka hati dia je nak selongkar barang kita," bebel Adam, tidak berpuas hati.
Hafidz hanya ketawa kecil sambil perhatikan sekeliling. Boleh tahan bersepah juga bilik mereka dengan pakaian mereka bertaburan sana sini. Baru semalam Hafidz kemas pakaiannya dan dia pasti, tiada benda yang mencurigakan dalam lokernya. Haih... siapalah punya angkara letakkan rokok dalam almarinya?
Mata Hafidz beralih ke Adam semula. Ini pertama kalinya dia lihat seorang Adam yang rajin bertukus lumus melipat baju-baju milik Hafidz. Alhamdulilah, dah rajin budak ni..
"Ya Rabbi.. Ini melipat ke mencanai ni?" usik Hafidz. Nak gelak, kang terasa budak tu nanti. Ini lah yang terjadi apabila seorang Adam buat kerja perempuan. Tak elok langsung hasilnya! Pakai lipat sahaja asalkan siap! Haih..
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...