• Bab 26 •

1.2K 137 21
                                    

BADAN dihempaskan di atas tilam empuk itu sebaik dia selesai mandi. Tangan didepakan lalu digerakkan keatas dan kebawah. Begitu juga kakinya. Dia buat seolah-olah dia terdampar di atas salji. Nak gambarkan betapa gembiranya berada di rumah. Malam ini dia memakai baju melayu hitam dan berkain pelikat. Kejap lagi azan maghrib, terus ke masjid dengan pakaian itu. Senang cerita.

Hafidz ukir senyum tatkala sepasang miliknya ralit memerhatikan setiap sudut ruangan di biliknya itu. Sudah lama dia tinggalkan rumah ini, bilik ini. Banyak kenangan pahit tersisa di sini. Hafidz lekas bangun dari baring dan berjalan menuju ke bingkai gambar yang tergantung pada setiap dinding. Gambar keluarga direnung lama.

Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Semua dah besar panjang. Semua dah lain. Ketika itu, gambar diambil pada tahun 2010. Sekarang dah tahun 2017. 7 tahun sudah berlalu. Rambut Umi Abi dari hitam bertukar putih. Abang Hakim yang ketika ini masih belajar, sudahpun bekerja dan berkahwin dan tak lama lagi nak menimang cahaya mata sulung. Hanis pula yang dulunya comot, sekarang dah semakin cantik.

Kan bagus bila semua ada di rumah. Bolehlah berkumpul bersama-sama dan bergurau senda seperti dulu-dulu. Sekarang nak berjumpa pun susah. Lagi-lagi dengan Abang Hakim yang tak habis-habis sibuk dengan kerja. Hanis pula berada di asrama. Memang tak tiada peluang kalau nak tunggu semua ada. Haih.. Rindunya!

"Allahuakbar, Allahuakbar"

Azan maghrib mula berkumandang disurau berdekatan. Sebelum dia keluar dari bilik, air wudhuk di ambil siap-siap. Sudah lama Hafidz tidak berkunjung ke surau Al-Falaq semenjak dia sambung belajar di matrik.

Hafidz berjalan kaki menuju ke masjid yang tidak jauh dari rumahya. Berpusu-pusu jemaah memasuki kawasan masjid. Tidak kurang juga jemaah wanita dan warga emas yang boleh dikatakan tidak digalakkan untuk ke masjid, turut memeriahkan masjid. Masing-masing sibuk mengejar bekalan untuk akhirat. Hafidz berasa kagum. MasyaAllah.

❇ ❇ ❇

PULANG dia dari masjid, mata Hafidz terus tertacap satu susuk tubuh seseorang dari belakang, tegap orangnya, sedang bersandar pada kerusi sofa sambil ligat mengoyangkan kaki kiri. Dari jauh, Hafidz dah boleh teka siapa orangnya.

"Abang Hakim!" Jerit hatinya.

Terhibur Hafidz melihat telatah abang Hakim yang pegun menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia. Suara abang Hakim nyaring menjerit 'gol' apabila bola hampir-hampir memasuki gawang. Aduhai, rumah ini riuh dengan suara dia aje.

"Assalamualaikum!"

Hafidz dahulunya memberi salam. Hakim yang terdengar suara itu, pantas menoleh ke belakang. Anak matanya membulat besar.

"Hoii! Wa'alaikumusalam.." Hakim bangun, lalu memeluk tubuh adiknya itu. Erat sungguh pelukan itu bagaikan tak mahu lepas. Hakim ketawa suka.

"Rindu gila aku kat kau, Fidz!" katanya.

Hafidz sengih.

"Aku pun rindu kat kau, abang!" Pelukan dileraikan. Tersenyum mereka antara satu sama lain. Bahu Hafidz ditepuk-tepuk berkali-kali.

"Makin tinggi kau ye! Sama tinggi dah kita.. Dulu kau pendek!" Hakim meramas rambut Hafidz. Geram melihat adiknya semakin tinggi darinya.

"Aku tunggu masa je nak kalahkan kau.." Hafidz tayang muka bangga. Dia sebenarnya sudah melepasi ketinggian Hakim. Nanti orang keliru pula, mana satu abang, mana satu adik.

"Kau dah kalahkan aku pun.. Tengok kau sekarang, dah makin kacak dari aku! Mesti ramai peminat ni. Jangan kau goda bini aku sudahlah.."

Terus berubah air muka Hafidz. Hanya senyuman tawar disajikan kepada abangnya. Walaupun abang Hakim hanya bergurau, benda begini dah pun terjadi.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now