"WHAT? No! Sya tak setuju" ujar Raisyah, menyuarakan ketidak puasan hati. Kenapa Hakim tiba-tiba buat keputusan begini tanpa berbincang dulu dengannya. "Hafidz cakap apa pada you? Beritahu I apa dia dah cakap sampai you ambil keputusan sedrastik ini?"
"I minta pindah je pun, bukan minta kahwin lagi satu" Hakim berpeluk tubuh sambil mengeluh kecil. Susah betul nak pujuk isterinya yang satu ini. Sudahlah terkantoi dengan suami sendiri, pastu tiada langsung perasaan serba salah terhadapnya. Sabar jelah..
Raisyah menjeling tajam. "Eee!" Dada bidang Hakim dipukul kuat. Bab kahwin lagi sekali jangan disebut dihadapannya. Lantaklah auranya hebat bagaimana sekalipun, jangan pernah terlintas dalam kepala apatah lagi minta nak kahwin lain. Peduli apa dia jika calon itu calon ke-18 yang ditolak.
"Kenapa tak nak? Sebab Hafidz? Am I right?" Terus Hakim tebak. Sudah terang lagikan bersuluh, buat apa nak berdalih lagi.
Raisyah buat muka tak percaya. "No!" Sekeras hati dia menindak. Gila apa nak mengaku yang dia tak mahu tinggalkan rumah ini kerana Hafidz.
Hakim hela nafas panjang, cuba tenangkan hati dengan istigfar. Kalau ikutkan rasa hati, nak sahaja dia kemas barang dan berangkat ke Johor malam ini juga. Tetapi apa pula Umi dan Abi fikirkan nanti. Tak manis pula.
Tenang, Hakim.. Benda boleh settle.
"Sya dengar cakap abang boleh tak? Abang buat semua ni untuk kebaikan kita berdua.. Abang tak suka tengok isteri abang menggatal dengan lelaki lain. Plus, lelaki tu adik abang sendiri. Mana pergi malu Sya? Itu baru abang yang tengok, kalau Umi Abi tengok? Abang juga yang terkena tempiasnya sebab tak reti jaga isteri abang. Apa abang jawab kalau Umi Abi tanya abang?" Ujar Hakim.
"Sya tak buat benda teruk pun,"
"Tadi tu sya kata tak teruk?! Hafidz tu dah berubah. Sya tak malu ke sentuh dia sesuka hati? Dia bukan Hafidz yang Sya kenal dulu. Hormat dia at least," Tutur Hakim dengan nafas turun naik. Sebagai seorang suami, dia rasa dia gagal. Kalau dia dah hilang sabar, mungkin boleh terlafaz jua kata-kata itu. Namun dia sedar semua ini berlaku berpunca dari salahnya sendiri kerana tidak didik isteri dengan sempurna. Nak tak nak, perubahan itu bermula dari dirinya dulu sebagai suami.
Raisyah terkedu.
"Okey, macam ni. Sya cuba untuk tak dekati Hafidz lagi but Sya tak setuju kita pindah dari sini.. pleasee.. Sya janji Sya akan behave," Raisyah bersuara separa memujuk. Lengan Hakim digergam erat. Harap-harap suaminya termakan pujuk rayunya.
Hakim merengus kasar. Matanya setia merenung tajam wajah Raisyah yang beku itu. "Everything is about Hafidz, right? Sya nak tinggal sini sebab boleh selalu jumpa Hafidz, betul kan apa abang cakap ni?"
"No.. Sya memang suka tinggal sini. Takde Hafidz pun, kita tetap stay sini juga kan? Apa masalah you ni?" Raisyah tarik muka, masih tak mahu mengaku.
"I tiada masalah, you yang cari masalah"
Hakim bersuara tegas. Walaupun kisah itu berlaku setahun yang lalu, Raisyah masih tak dapat lupakan Hafidz miskipun adiknya itu jarang sekali pulang ke rumah. Adakah silap dia sendiri kerana tidak bertegas dan terlalu ikutkan sangat kata isteri?
"Sya.." Bahu isterinya dipegang lembut.
"I tetap tak mahu.. I tahu sikap I tadi keterlaluan but I dah menyesal. I janji takkan buat lagi.. Pleasee Hakim. Sya lagi suka stay sini.. Sya tak nak balik sana.." Mata Hakim, dia pandang redup. Tubuh Hakim dipeluk erat. Tolonglah faham.
"Sya, you should know something. Kita akan ada baby suatu hari nanti.. I tak nak susahkan Umi I untuk jaga anak kita. Cukuplah kita dah susahkan Umi untuk jaga makan minum kita sepanjang 3 tahun kita tinggal sini. So, mulai esok ini, kita kena hidup berdikari. Kita akan pindah esok. Titik!" Hakim segera rungkaikan pelukan itu. Tahu sahaja taktik isterinya itu untuk buat hatinya cair. Namun, tidak untuk kali ini. Dia tawar hati dengan sikap isterinya. Kali ini dia kena lebih bertegas sebagai seorang suami. Sampai bila dia nak ikut telunjuk Raisyah.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...