LENGAN kanan mendarat diatas dahi. Tersenyum Hafidz sendiri apabila teringatkan peristiwa malam tadi. Geli hati Hafidz melihat gelagat gadis itu. Hari itu bukan main kasar dengan dia. Tapi tak sangka juga Hafidz, gadis itu pemalunya orangnya. Tona wajahnya jelas kelihatan merah. Sempat Hafidz menangkap perbualan dia dengan kawannya.
"Kenapa ni Syud? Merah muka.. asal?"
"Huh? Takde apa-apa.."
"Yeke takde apa-apa?"
"Betul.. Tak de apa-apa. Dah-dah jom balik! Ngantuklah"
"Iya iyalah tu.. Mesti ada benda lain ni"
Hafidz senyum sendiri. Nama dia, Shud ke Shoot? Ah! Confuselah..
Entah mengapa, Hafidz jadi tak segan untuk meluahkan isi hatinya untuk 'berkawan' dengan gadis itu. Bukan sebab gadis itu mudah diusik, tapi perwatakannya yang garang dan tegas buat Hafidz suka. Sikapnya unik. Bila gadis itu malu, merahnya bak buah tomato.
Hafidz pejam mata rapat-rapat. Dia tersedar sesuatu. Muka diraup kasar. Kenapa dia asyik fikirkan pasal perempuan itu dari tadi. Ish, tak boleh jadi ni. Hafidz bangun dari katil. Terfikir untuk ambil wudhuk sebelum dia tidur. Tiba-tiba daun pintu biliknya ditolak masuk. Kenal sekali figura bertubuh sado yang sedang menghampirinya.
Kasyah.
Baru balik budak ni?
Pergi ke mana Kasyah sepanjang hari?
Masih melepak lagi ke dengan budak-budak tu?Hairan Hafidz. Dari pagi hingga ke petang, tak nampak langsung batang hidung Kasyah balik ke bilik ini. Malam ini baru mereka bersua muka. Masuk sahaja Kasyah ke dalam bilik, terhidu satu bau yang sudah Hafidz tahu baunya. Bau yang membuat Hafidz rasa kurang enak. Bau rokok! Dari jauh dapat hidu bau rokok dari bau badan Kasyah.
Kasyah merokok lagi? Kata dah berhenti?
Kasyah terus menapak ke Hafidz dan berdiri dihadapannya. Atas bawah Hafidz melihatnya. Sesekali nafasnya terpaksa ditahan kerana bau rokok yang kuat dari badan kawannya itu. Muka Kasyah yang kelihatan mengantuk itu sungguh jelas sekali.
"Kau merokok lagi ke, Kasyah?" soal Hafidz, tegas. Tidak berkelip matanya memandang Kasyah dengan wajah kusut masai. Dah kenapa dengan kawannya malam ini? Diam seribu bahasa tanpa sebarang bunyi. Kena rasuk ke? Takkanlah..
"Er Hafidz.. Nanti kau bangun malam kan?" Tanya Kasyah dengan soalan yang tiba-tiba menerjah mindanya. Soalan Hafidz tadi, tak perlu rasanya dia balas. Ada hidung, tahu sajalah.
Hafidz angguk perlahan. "InsyaAllah.. kenapa?"
"Tolong gerakkan aku.. aku nak bangun jugak"
"Oh.. Nak bangun malam juga ke?" Pertanyaan Hafidz buat dia garu kepala beberapa kali. Bibirnya mengungkir senyuman kambing.
"Eh tak.. Aku nak bangun sebab nak study. Besok ada test biologi. Aku risau weh.. satu bab pun aku tak study lagi"
Hafidz bangun dari tilam dan berdiri tegak dihadapan sahabatnya itu. Memandang ke dalam anak mata Kasyah yang semakin kuyup. Patutlah suruh Hafidz gerakkan dia besok, dia sudah mengantuk rupanya. Tapi.. kan bagus... kalau...
"Asal kau tak study sekarang? Kan awal lagi.." Hafidz berikan cadangan.
"Aku ngantuklah.. kalau belajar pun, bukannya masuk pun." Rambut kerintingnya itu diramas kasar. Rimaslah orang tanya banyak-banyak. Dahlah ngatuk ni..
"Basuhlah muka, buat nescafe ke.."
"Malaslah aku.. leceh! Nanti aku ngantuk balik.. Hafidz, tolonglah! Gerakkan aku.." Kasyah beri alasan. Boleh sahaja kalau ada kemahuan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
EspiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...