• Bab 10 •

1.5K 157 8
                                    

KEPALA paip dipulas mengikut arah jam. Air yang mencurah-curah turun ke bawah segera ditadah disertakan sekali dengan niat. Kemudian disapu ke seluruh muka dan diratakan sebanyak tiga kali. Diikuti dengan anggota badan yang lain seperti tangan kanan dan kiri, dahi Dan rerambut, telinga kanan dan kiri, kaki kanan dan kiri sebanyak tiga kali. Semuanya diratakan sebelum Hafidz tadah tangan untuk berdoa.

"Weh, itu bukan Ketua ANC ke?"

Baru Hafidz mahu melangkah pergi, telinga dia menangkap perbualan tiga manusia yang baru masuk ke bilik air.

"Haahlah, betullah tu dia..."

"Tahu pula nak cari Tuhan. Peluk perempuan selama ni tak ingat Tuhan pula, bodoh ah manusia macam ini hahahahaha" Mereka bertiga sakan bergelak ketawa. Hafidz raup wajah yang masih bersisa dengan air wudhuk. Allah.. Allah..

"Dahlah pegang jawatan islamik, tapi perangai macam sial. Baik tak payah jadi Ketua ANC kalau pegang perempuan sana-sini. Tulah, nasihat orang pandai tapi diri sendiri tak amalkan! Dasar hipokrit! Munafik!"

Hafidz senyum sambil beristigfar. Okay...

"Bajet alim doh manusia macam ini! Orang macam dia ni tak payah nak respectlah. Belajar agama pun rujuk google, macam manalah orang boleh percayakan dia ni untuk pegang jawatan Ketua ANC. Ni pilih sebab rupalah ni, bukan sebab ada agama pun.."

"Ish! Tak faham aku! Orang yang tak pegang jawatan islamik ni lagi better dari dia doh! Kalau aku jadi dia, baik berhenti terus! Malu kat mak bapak je weh! Dasar penunggang agama! Gunakan agama untuk kepentingan diri. Puih!"

Hafidz masih mendengar. Siapalah yang bawa cerita ini. Kelakar betul. Tak tahu kisah sebenar, sembang macam tahu semua. Chet!

"Entah! Tunjuklah contoh yang baik sikit kat orang macam kita ni. Heyy! Kalau adik aku buat perangai macam ini dah lama aku lempang kasi otak tu berfungsi sikit! Datang sini nak menuntut ilmu, bukannya menggatal peluk anak dara orang sana sini. Halah.. Memalukan KMPP doh. Kalau aku kawan dia, tak mengaku dah! Pergi mampus!"

Hafidz gergam penumbuk sekuatnya. Ni kalau kena satu kat kepala, InshaAllah koma terus.

Sabar Hafidz.. Sabar! Kau baru je ambil wudhuk. Jangan ikutkan rasa marah tu. Semua itu syaitan.

"Hoi! Puas ke dapat peluk perempuan? Apa rasa? Buat benda haram memang best, kan?" Perli salah seorang dari mereka.

Hafidz munculkan diri. Setiap muka yang mengutuknya tadi direnung tajam. Budak junior rupanya. "Tak, sekarang ni apa masalah korang bertiga? Nak solat pun masih nak membawang?"

Ketiga-tiga terdiam. Tahu pun takut..

Tak tunggu lama, Hafidz berlalu pergi menuju ke ruangan solat. Dia berdiri tegak mengadap kiblat. Dia tekan lembut kedua kelopak mata yang mula mengalirkan air mata. Ya Allah... Kenapa mereka cabar kesabaran aku. Aku tak kacau mereka pun. Mengapa mereka sengaja uji kemarahan aku. Aku dah cuba bersabar, sabar dan sabar. Tapi... Aku tak kuat, ya Allah. Mereka dah melampau. Aku ada juga perasaan, aku bukan tunggul, tiada perasaan.

❇ ❇ ❇

"ASSALAMUALAIKUM warah matullah.. Assalammualaikum warah matullah.. "

Kanan kiri bahu diberi salam setelah solat taubat dilaksanakan dibahagian hujung sudut, jauh dari jemaah-jemaah lelaki yang lain. Sementara menunggu penceramah tiba, Hafidz ambil kesempatan yang ada untuk buat solat taubat ke atas kekhilafan dia sebagai manusia.

Tenang rasanya! Dapat solat taubat dan menangis bersungguh-sungguh dihadapanNya ketika sujud adalah nikmat yang tak dapat dilupakan. Ketika berdoa juga, air mata jatuh di telapak tangannya. Ujian yang menimpa dirinya kelmarin bukan melemahkan, malah menguatkan lagi dirinya. Manusia mana yang tidak pernah diuji. Semua diuji tanda Allah sayang. Nak dibandingkan ujian yang Hafidz hadapi, apalah sangat. Bahkan pasti ramai manusia diluar sana yang lagi berat ujiannya. Hafidz yakin, Allah menguji dirinya sebab dia mampu.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now