• Bab 14 •

1.3K 156 5
                                    

AKU dalam perjalanan ke bilik Sir Danny Oh. Katanya markah ujian matematik baru-baru ini aku yang paling rendah antara yang lain. Sedihnya. Aku dah buat sebaik mungkin. Sanggup berjaga malam untuk memahami konsep pengiraan matematik. Mungkin, rezeki aku untuk dapat A belum tiba lagi. Apa-apa pun, aku bersyukur dapat pensyarah sebaik Sir Danny. Sekiranya ada soalan yang kami tidak faham, digalakkan untuk berjumpa dengannya. Sir Danny akan mengajar pelajarnya sehingga faham. Itu yang aku suka tentang Sir Danny. Pelajar dari kelas lain pun sibuk bertanya pada Sir. Cuci mata pun ya juga.

Sepanjang perjalanan menuju ke bilik, aku dah berdoa agar Sir baik hati hari ini. Risau aku kalau dia rasa menyesal ajar pelajar seperti aku. Sudah ajar berkali-kali tapi masih bodoh juga. Harap-harap Sir tetap bersabar mengajar aku. Kini, aku berada dihadapan bilik Sir Danny. Nafasku ditarik dalam-dalam sebelum masuk ke biliknya. Gemuruhnya rasa!

Pintu Sir aku ketuk tiga kali.
Tuk! Tuk! Tuk!

"Come in" Dengar suara Sir dari dalam, mengarahkan aku masuk. Seperti biasa, aku akan tanggalkan kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Pintu biliknya aku kuak seluas-luasnya.

"Good morning Sir" ujarku dengan nada ceria. Padahal hati dah debar semacam. Aku pantas berpusing tubuh sebaik melihat keadaan Sir hanya memakai singlet ditubuhnya. Tak jadi nak masuk.

"Sir!" Nak marah, pensyarah kut. Ish!

Aku gigit bibir bawah. Rasanya tadi, aku tak salah nampak. Lengan kanan Sir bertatoo. Dari bahu hingga ke siku. Tidak aku perasan simbol apa yang dilukis di lengannya. Tapi nampak seperti naga.

"Sorry-sorry. Panaslah hari ini" ujar Sir, selamba. "Ala, I bukan berbogel pun" Sir Danny ketawa. Sir Danny segera menyarung baju kemejanya ke tubuhnya. Bau perfume yang baru dia semburkan ke tubuhnya menusuk ke roga hidungku.

"Haiya. Masuk-masuk"

Aku jegulkan kepala. Okey, line clear!

"Have a seat" katanya. Aku perhatikan kertas-kertas yang berada di mejanya. Ligat tangan Sir menanda kertas-kertas ujian. Mungkin kertas ujian pelajar-pelajar yang lain sebab nama yang tetera pada kertas ujian itu pun aku tak pernah dengar.

Sir Danny Oh, umurnya tahun ini sudah mencecah 28 tapi Sir masih belum berkahwin lagi. Hairan. Sir Danny bukannya tiada rupa, cuma dia agak memilih. Dia pernah beritahu aku yang dia nak cari wanita melayu. Tapi dia belum bersedia untuk masuk Islam hanya kerana untuk mengahwini mereka. Sekurang-kurangnya biarlah dia menganut agama Islam kerana dia cinta akan agama itu, bukan semata-mata nak kahwin sahaja. Itu cerita beberapa bulan lepas, sekarang ini aku tak pasti samada Sir Danny dah bertukar selera.

Mataku terus fokus pada rantai yang Sir Danny pakai. Berlambang salib berwarna emas. Aku ingat lagi, kali pertama aku ceritakan kisah kecerdikan sallahuddin al-ayubi menentang tentera kristian dalam perang salib, Sir hanya mendengar dengan teliti tanpa mempersoal atau menyangkal penceritaan aku tentang kisah itu. Dia kata, dia tahu islam adalah agama benar, dia tahu tuhan cuma ada satu, iaitu Allah tapi dia belum terbuka hati untuk memeluk islam. Mungkin hidayahnya belum sampai. Semoga Sir terbuka hati untuk peluk islam, Aamin.

"Have a seat I kata.. You renung I lama-lama buat apa?" tegas arahannya disitu. Mataku dia renung lama. Aku pun tarik kerusi dan duduk dikerusi dihadapan mejanya. Tak perasan aku terpandangnya lama. Sempat aku senyum sumbing kepada Sir untuk tenangkan hati yang gelabah.

"Saya dapat markah berapa, Sir?" soalku dengan tenang. Dalam hati siapa yang tahu. Berdebar macam nak ambil keputusan sebenarnya pula.

"Speaking pleasee..." pintanya. Mata Sir ralit menyelak beberapa kertas ujian yang bertimbun diatas meja.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now