AKU bawa buku latihan perakaunan dan kalkulator sebelum bersama sebelum aku meniarap di atas tilam. Muka surat tujuh belas diselak. Sementara memikirkan jawapan bagi soalan nombor 2, aku gerakkan kaki ke depan dan ke belakang. Setelah setengah jam aku menelaah pelajaran, telefonku tiba-tiba berbunyi, menandakan WhatsApp masuk. Nama 'Sir Danny Oh' tetera diskrin telefonku.
Besok datang ke pejabat saya tepat pukul 4. Saya tunggu! - Sir Danny Oh.
Aku gigit hujung pensil sambil menaip. Dalam bernak hati tertanya-tanya, ada urusan apa lagi sehinggakan Sir ajak berjumpa. Kalau urusan kelas, kan boleh harapkan ketua kelas. Tanpa terus bersangka buruk, terus aku bertanya.
Ada apa, Sir? - Nurul Syuhadah.
Sir Danny Oh is typing..
Urgent task. Datang je esok - Sir Danny Oh.
Aku mengeluh perlahan. "Urgentlah sangat!" gumamku dalam hati. Aku dah faham sangat dengan perangai Sir. Cakap sahaja 'Urgent', padahal ada sahaja rancangan pelik dia tu. Nanti kalau aku tolak, mulalah dia ugut markah matematik aku. Sabar jelah..
Aku kembali menyambung kerjaku yang tergendala tadi. Dek bosan membuat kira-kira tanpa lagu, earfone yang tersimpan di dalam laci meja, segera aku capai lalu ku sumbatkan ke dalam lubang telinga. Aku sebenarnya lebih enjoy buat kerja sambil dengar lagu. Malam ni rasa nak layan lagu Animelah.
"Hah! Baru ada mood nak belajar.. Semangat!"
Ting! Ting!
Mesej yang baru masuk itu aku buat tak tahu. Itu mesti Sir Danny lagi. Biarlah! Lepas siap kerja aku, baru boleh buka WhatsApp. Ini kalau aku buka sekarang, boleh tambah stress aku dibuatnya.
❇ ❇ ❇
TERSEMBUR air nescafe panas dari mulut aku. Habis buku-buku aku menjadi mangsa percikan air nescafe. Allahu. Kelam kabut aku selamatkan apa yang patut. Aku tepuk dada sendiri. Sakit pula dada bila tersedak tiba-tiba. Air nescafe yang terkeluar dari mulut segera aku seka dengan tangan.
Aku baca semula mesej yang aku terima tadi bila keadaan kembali tenang. Ku sangkakan Sir Danny, rupa-rupaanya..
Salam Syuhadah. Awak ke bagi bubur tu kat saya semalam? Awak cuba nak bunuh saya ke apa ni, Syuhadah? - Ketua ANC.
Dahiku berkerut. Aku cuba bawa bertenang dan berfikir sejenak. Dah kenapa pula aku nak bunuh dia? Dah sah-sah aku nak dia sihat. Sanggup aku berlari dari cafe ke koperasi, dari koperasi ke gazebo, semata-mata nak beli bubur dan ubat demam untuk dia. Boleh pula dia kata aku nak bunuh dia? Hati aku mula rasa tak sedap.
Entah-entah dia alergik tak dengan ikan keli?
Atau jangan-jangan dia tercekik tulang ikan keli?!
Aku diam terkaku. Weh, aku hampir nak bunuh anak orang! Astagfirullah al adzim. Jari jemari laju menaip mesej untuk Hafidz.
Haah, aku yang bagi. Kenapa?! Aku tak letak racun pun.. - Nurul Syuhadah.
Saya tak bolehlah dengan ikan keli ni 😣 - Ketua ANC.
Aku dah cuak. Ya Allah, manalah aku tahu Hafidz tak boleh makan ikan tu. Munirah pun tak kata apa-apa. Ala, Hafidz ni pun satu. Dah tahu tak boleh makan, yang kau pergi makan tu dah kenapa?!
Habislah aku. Kang tak pasal-pasal muka aku terpampang di muka hadapan surat khabar berita harian dengan tajuk 'Seorang pelajar KMPP masuk penjara gara-gara memberi mangsa makan ikan keli'.
Weh! Ini tak lawaklah!
Aku taip lagi.
Dah tu kenapa makan juga? - Nurul Syuhadah.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...