• Bab 34 •

1.3K 124 5
                                    

PUAN Laila hari ini masak makanan kegemaran Kasyah. Ketam masak lemak cili api. Berselera sungguh Kasyah makan siap tiga kali tambah nasi ke pingan. Tersenyum lebar Puan Laila dan Encik Badrul memerhati gelagat Kasyah yang makan sambil bercerita itu dan ini.

"Kasyah.. makan pelan-pelan. Nanti tercekik" tegur Puan Laila. Kasyah lekas capai cawan yang hampir dengannya lalu diteguk gelojoh. Masin betul mulut ibunya itu.

"Kan mak dah cakap. Tengok, dah tercekik" Belakang badan Kasyah ditepuk lembut oleh Encik Badrul. Risau dia dibuatnya melihat warna kulit Kasyah berubah merah. Haih.. macam-macamlah.

Kasyah tepuk dada. Sengih ditayang. "Sedap sangat mak masak! Sampai tercekik Kasyah dibuatnya. Patutlah abah sayang mak. Kan abah?" usik Kasyah.

Encik Badrul berdehem seraya memalingkan wajahnya. Segan nak mengaku.

"Ye-yelah tu. Nak sedapkan hati mak je kan," Lengan Kasyah dipukul manja oleh Puan Laila. Malu bila diusik sebegitu.

Kasyah sambung menyuap nasi bersama isi ketam ke dalam mulut. Dapat berkumpul satu keluarga adalah nikmat yang tak terhingga. Kalau ada adik, kan best?

"Ha, Kasyah. Kamu tak ada plan sambung belajar ke?" soal Encik Badrul yang baru selesai makan. Takkan Kasyah tak terfikir nak sambung belajar. Rugi duduk rumah tak buat apa.

Kasyah renung wajah kedua ibu bapanya silih berganti. Mesti mereka nak sangat aku sambung belajar. Tapi.. dia sudah lama mengalah. Bagaimana dia hendak beritahu pada kedua orang tua itu agar mereka faham?

"Tak semestinya di Matrik, Kasyah.. ambil Diploma dulu pun okay juga" tambah Encik Badrul lagi. Dia masih berharap agar Kasyah terbuka hati untuk sambung belajar semula. Dia tahu anaknya itu genius sejak kecil lagi. Rugi kalau dibiarkan begitu sahaja. Masa depan Kasyah mungkin lebih cerah sekiranya dia memilih untuk sambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat Degree.

Kasyah berhenti makan. Terbantut seleranya mendengar kenyataan dari bibir Encik Badrul. Dia ada terfikir untuk bantu ayahnya usahakan kebun sayur di kampung seberang sana jika itu yang terbaik. Tipulah kalau dia tidak mahu sambung belajar dan buat yang terbaik bagi menembus kesilapannya itu. Tapi bila fikir soal duit, terus dia kuburkan sahaja niatnya itu.

"Tak apalah, abah. Kasyah ingat nak tolong abah je kat kebun. Pastu buat beberapa kerja part time. Lagipun Kasyah dah banyak habiskan duit abah.." ujar Kasyah sambil menguis-guis nasi dipinggan. Serba salah.

"Kenapa cakap macam tu? Dah memang tanggungjawab abah tanggung pembiayaan pelajaran kamu. Abah tak kisah habiskan berapa banyak ringgit pun untuk Kasyah asalkan anak abah ni belajar betul-betul dan buat mak ayah bangga." Tekan Encik Badrul.

Kasyah telan air liur. Gulp.

"Betul tu, Kasyah. Nanti bila Kasyah dah grad, dah kerja, dah berjaya, bolehlah bawa kami pergi Mekah. Itu sahaja impian mak. Tak bawa mana-mana pun takpe, mak tak kesah cuma Mekah tu dah lama mak berangan nak pergi" kata Puan Laila dengan sebak.

Kasyah senyum sendiri. Dari kecil sampailah dia membesar panjang, itulah ayat Puan Laila selalu disebut-sebut. Lama-kelamaan ayat itu melekat dalam minda dan menjadi kekuatan untuk dia penuhi apa yang Puan Laila impikan.

"InshaAllah, mak. Doakan. Kasyah bukan apa abah, mak.. Kasyah taknak bazirkan duit ayah mak lagi. Bukan senang nak sambung belajar kalau tiada duit. Lagipun nak sambung belajar ni pakai banyak duit tau. Tak payahlah eh? Baik abah simpan jelah duit tu untuk keperluan harian kita" Kasyah tersenyum kelat.

"Tu kamu janganlah risau. Kami ada peruntukan duit untuk kamu sambung belajar nanti. Kan abang?" Puan Laila pandang wajah suaminya yang sudah dimamah usia itu. Lambat-lambat Encik Badrul mengangguk.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now