CIS! Tak sangka rupa-rupanya aku dah terlepas subuh. Rasanya baru sahaja aku lelapkan mata semalam, sedar-sedar dah masuk subuh gajah. Punyalah aku tunggu mesej dari Ketua ANC itu dari semalam lagi, sampai terlanjak subuh aku dibuatnya. Yang pelik, kenapa makcik Gayah tak gerakkan aku bangun untuk solat subuh. Haih..
Aku mengesot punggung ke birai kantil lalu aku capai tongkat yang berada ditepi kepala katil. Perlahan-lahan aku ayun diri kedepan menuju ke bilik air untuk cuci muka, gosak gigi dan ambil wudhuk. Selesai dengan rutin itu, aku segera tunaikan solat subuh dengan niat nak qada subuh. Seusai solat subuh, aku baringkan badan aku ke tilam semula. Apa lagi? Tidurlah balik!
Lagipun, aku bukan boleh buat apa pun kat dalam rumah ni. Nak tolong Mak pun, mesti dah siap-siap kena halau dengan Mak dan Makcik Gayah. Tak mengapalah. Baik aku berehat sepuasnya sebelum cuti aku habis. Inilah dinamakan peluang keemasan! Tapi sebelum itu, aku nak main cek WhatsApp. Manalah tahu ada orang kata dia rindu aku. Baru aku 'on' skrin telefon, tak semena-mena biji mataku terbeliak. Hafidz dah balas rupanya mesej aku. Pukul 4.30 pagi tadi. Tapi apa pasal tak muncul kat skrin?
Dahi aku berkerut berlapis-lapis.
Syuhadah, roti dengan air kotak tu bukan untuk awak seorang. Saya beli untuk saya, Munirah dan Fahtia juga. Kasihan kami terpaksa berlapar malam itu. Tapi tak apalah. Benda dah jadi. Tak boleh nak buat apa. Haih... 😌 - Ketua ANC.
Gulp. Air liur yang ditelan terasa kesat dikerongkong. Muka terasa panas. Tangan mula sejuk dan berpeluh. Sumpah ini tak kelakar langsung, Ketua ANC! Manalah aku tahu roti tu untuk sorang satu. Aku fikir semua itu untuk aku seorang sebab aku yang lapar semalam. Hmmm.. Nampak sangat aku kebulur sangat nak makan. Eee... Memalukan betul!
Kenapa tak cakap beli untuk semua, manalah aku tahu! Habis tu kau nak aku ganti ke? - Nurul Syuhadah.
Send!
Berpeluh satu badan aku tunggu mesej dari Hafidz. Dia ni satu! Tak boleh ke halalkan? Tak payahlah nak buat aku lagi bersalah. Ish..
Aku tunggu lagi mesej dia. Kali ini, sekejap sahaja dia balas. Tapi.. Lepas aku baca satu perenggan, terus rasa menyirap. Sah! Sah ni dia memang nak kenakan aku! Aku rasa nak hempuk-hempuk muka Hafidz dengan batal busuk aku. Baru dia tahu azab.
Tak apalah.. Nak buat macam mana. Sedih tu sedihlah juga. Bukan boleh nak putarkan balik masa. Tapi awak kena janji dengan saya, habiskan semua makanan tu. Saya tak suka membazir. Nanti hantar gambar plastik roti dengan dengan air kotak yang awak makan tu kat saya sebagai bukti awak dah habiskan semua sekali. Make sure kempiskan semua air kotak tu. Kalau boleh, muka awak pun kena ada sekali. Senang nak tahu orang yang habiskan makanan tu sorang-sorang. - Ketua ANC
Aku speechless! Ini betul-betul dah melampau! Dia memang nak perli aku ke apa ni? Lagi satu, perenggan terakhir tak boleh bawa bincang langsung, kena bawa bergusti. Hei! Perlu ke ambil gambar? Ingat aku ni model makanan roti krim dengan milo kotak ke apa. Eee... Geram pula aku rasa. Kuat berdrama pula tu.
Seriuslah. Tak kelakarlah! - Nurul Syuhadah.
Seriuslah ni.. Tak, saya tak bergurau. Betul, saya tak main-main dan saya tak cakap pun ianya kelakar. So, bila boleh send gambar? Saya nak kena tunjuk kat umi saya nilah manusia yang habiskan semua makanan tu. Mesti mereka bangga.. - Ketua ANC
Aku dah tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar disaluran yang betul. Weh! Ketua ANC ni dah kenapa? Lepas kena tumbuk dengan Pakcik gatal itu terus jadi dah tak betul. Tahap kritikal dah ni! Timbul satu idea nakal dalam kotak kepala aku. Kau tunggu, Hafidz... Tunggu kau!
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...